Fahami Personaliti Diri Anda, Melalui 16 Soalan Mudah Ini Sekiranya Ia Benar Berlaku

Anda ambil sedikit masa untuk jawab soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

 

Ambil sehelai kertas dan cuba jawab soalan ini dengan spontan. Analisis nye selepas ini ye

 

Situasi:

Anda berada di dalam hutan

1- nyatakan dengan siapa anda berjalan?

 

Sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan

2- nyatakan apakah haiwan itu

 

Tindakan anda terhadap haiwan itu

3- (biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

 

Anda teruskan perjalanan, tiba-tiba ternampak segugus kunci

4- nyatakan bilangan kunci itu

(dari 1-10 anak kunci)

 

Anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..

5- adakah rumah itu berpagar?

 

6- pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

 

Anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.

7- apakah bentuk meja itu?

(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

 

Atas meja ada pasu…

8- Berapa banyak air dalam pasu itu?

(Penuh / Setengah / Kosong)

 

Pasu itu diperbuat daripada apa?

9- (Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)

 

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.

10- Berapakah laju air itu?

( Skala 1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

 

Anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.

11- Apa ukuran kotak itu?

(kecil / sederhana / besar)

 

Kotak itu diperbuat daripada?

12- (cupboard/ kertas / kayu / logam)

 

Tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.

13- jambatan diperbuat daripada apa?

(logam / kayu / rotan)

 

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.

14- Apakah warna kuda itu?

(putih / kelabu / coklat / hitam)

 

Apa yang kuda lakukan?

15- (diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

 

 

16- Tiba-tiba, tak disangka ribut datang, tak jauh

daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:

(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?

(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?

(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?

 

Berikut adalah tafsiran jawapan anda:

(1) Dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

 

(2) Haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

 

(3) Tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

 

(4) Kunci

1 – kamu punya satu teman baik dalam hidup anda

2-5 – anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda

6-10 – anda punya banyak teman baik

 

(5) Rumah

berpagar : close-minded

tidak berpagar : open minded

 

(6) Pintu

terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain

tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

 

(7) Meja

Bulat / oval – teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya

Persegi – anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja

Segitiga – kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

 

(8) Pasu

Kosong – cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi

Setengah penuh – apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah tercapai

Penuh – hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

 

(9) Kaca / tanah liat / seramik – kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh

logam / plastik / kayu – and kuat dalam hidup anda

 

(10) Air terjun

0 – tidak ada dorongan seksual sama sekali

1-4 – ghairah seks rendah

5 – ghairah seks sederhana

6-9 – ghairah seks tinggi

10 – ghairah seks sangat tinggi …

 

(11) Saiz kotak:

kecil – ego rendah

menengah – ego sederhana

besar – ego tinggi

 

(12) Material peti:

cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) – rendah hati

kepribadian

logam – bangga diri

 

(13) Adapun material jambatan:

jambatan logam – punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda

jambatan kayu – hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda

rotan – anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

 

(14) Warna kuda:

putih – pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.

kelabu / coklat – pasangan anda sederhana di hati.

hitam – pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

 

(15) Tindakan kuda:

diam dan tenang / menggigit rumput – pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.

berlari-lari – pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

 

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.

Dari bagaimana saya menamatkan cerita … pendekatan tornado …

Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:

(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?

(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?

(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

 

Apa yang akan anda pilih?

Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:

Tornado – masalah dalam hidup anda

peti – anda

Jambatan – kawan-kawan anda

Kuda – pasangan

 

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.

(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.

(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

 

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? Jika ye, kongsikan kepada kawan anda yang lain.

 

Sumber: Nakbebel via Sehinggit

Sekian Lama Siasat Akhirnya Wartawan Temui Result SPM Syed Mokhtar Al-Bukhary Yang ‘Mengejutkan’ Ramai. Agak-Agak Berapa A Dapat?

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan salah seorang Melayu terkaya di Malaysia. Dia seorang yang misteri dan jarang sekali keluar dalam media. Beberapa tahun dahulu, seorang wartawan, Tuan Ku Seman berjaya temuramah beliau dan terkejut bila tau kisah SPM nya. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

DAPAT TEMURAMAH PUKUL 11 MALAM

Pada tahun 2007 saya mewakili Mingguan Malaysia membuat wawancara eksklusif dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary selama dua jam setengah bermula pukul 11 malam di Muzium Kesenian Islam. Saya membuat wawancara itu bersama wartawan saya, Amran Ahmad .

Sebelum itu Syed Mokhtar juga memberi peluang kepada dua Wartawan Eksekutif Mingguan Malaysia, Noor Azam Shairi ( kini Pengarang di Malaysian Insight) dan Siti Mariam Mat Zain mewawancara beliau. Setahu saya Syed Mokhtar menolak untuk diwawancara oleh media lain dan tidak pernah memberikan kenyataan kepada wartawan.

Saya tidak tahu apakah yang membuatkan beliau terbuka hati untuk memberikan keizinan kepada Mingguan Malaysia mewawancaranya sebanyak dua kali. Tetapi yang pasti Syed Mokhtar lebih senang berkerja daripada bercakap dan mencari publisiti di media.

 

SIFAT SANGAT RENDAH DIRI

Beliau seorang yang sangat ringkas, mesra dan paling ketara ialah sikap merendah diri yang tinggi. Syed Mokhtar tidak nampak di mana perlunya seorang manusia yang diberikan rezeki oleh Allah boleh membanggakan diri. Ini kerana pada pegangan Syed Mokhtar, beliau hanya menyalurkan kekayaan yang Allah anugerahkan kepada golongan yang memerlukan.

Sehari sebelum wawancara pegawai beliau memberitahu, Syed Mokhtar tidak boleh memberikan masa dan tempat, tetapi bila-bila masa beliau ada masa senggang. Dua jam sebelum wawancara saya diminta datang ke Muzium Kesenian Islam pukul 11 malam.

PENAMPILAN YANG SANGAT SEMPOI

Malam itu Syed Mokhtar hanya baju T berkolar berwarna putih, seluar kelabu dan memakai sandal. Apabila saya memperkenalkan Ketua Jurugambar ketika itu, Syed Agil Syed Jaafar kepadanya, beliau berseloroh, ” Awat tak habaq ada nak ambik gambaq. Kalau tidak boleh pakai cantik sikit.”

Saya berkata,

“Tak apa. Gambaq bilionaire pakai cantik dah biasa. Gambar pakai baju T dengan selipa ni yang unik.”

Ketika itu beliau berusia 56 tahun dan wajah kearaban sangat ketara. Loghat Kedah sangat pekat dan kebetulan malam itu semuanya orang utara, termasuk Pengerusi Pelabuhan Tanjung Pelepas Datuk Sidik Osman yang turut berada di situ. Pelabuhan Tanjung Pelepas adalah milik Syed Mokhtar.

KEKAYAAN HANYA DIKETAHUI RAMAI MELALUI LAPORAN FORBES

Syed Mokhtar tidak pernah memperagakan kekayaannya seperti sesetengah “orang kaya Melayu” yang lain hingga kemewahan di bilik tidur pun semua didedahkan kepada media. Kereta dan rumah jangan cakaplah, macam sudah menjadi prasyarat “orang kaya Melayu” dedahkan kekayaan mereka.

Kekayaan Syed Mokhtar diketahui umum apabila didedahkan oleh majalah antarabangsa, Forbes. Tetapi umum dapat menjangka kekayaan beliau apabila mempunyai banyak syarikat dan meneroka pelbagai bidang perniagaan.

 

TAKDE KEPUTUSAN SPM SEBAB TAK MAMPU AMBIL PERIKSA

Anak seorang penjual daging di Alor Setar ini sebenarnya tidak sempat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana keluarga tidak berkemampuan.Beliau membantu ayahnya sebelum menceburi perniagaan beras.

Kata Syed Mokhtar, lori pertama yang dibelinya untuk berniaga beras masih menjadi miliknya. Itu satu kenangan berharga sebelum menjadi orang Melayu terkaya di negara ini. Bagaimanapun beliau tidak gemar bercakap tentang kekayaan yang dimiliki tetapi banyak memperkatakan bagaimana kekayaan itu dimanfaatkan oleh golongan yang kurang kemampuan.

KAYA DENGAN BANTU MISKIN

Kesimpulan daripada wawancara panjang itu ialah Syed Mokhtar mengamalkan konsep kekayaan adalah satu proses untuk membantu golongan yang memerlukan.

Beliau berpendapat, kekayaan yang diperoleh dengan izin Allah mahu dikongsikan dengan pihak yang memerlukan. Misalnya beliau menubuhkan Yayasan Al Bukhary yang mengeluarkan biasiswa dan menaja beribu pelajar miskin melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan luar negara.

Tidak cukup itu yayasan ini juga membiayai orang miskin mengerjakan haji pada setiap tahun. Syed Mokhtar berpendapat zakat yang dikeluarkan setiap tahun tidak memadai berbanding rezeki yang Allah berikan kepadanya. Oleh kerana itu beliau menubuhkan Yayasan Al Bukhary untuk membantu golongan yang miskin.

Misalnya pada suatu hari jawatankuasa surau Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur menghantar surat memohon bantuan untuk membaikpulih surau berkenaan. Apabila Syed Mokhtar mendapat tahu permohonan itu, beliau bertanya kenapa tidak didirikan masjid? Kemudian Syed Mokhtar sedekahkan sebuah masjid di Jalan Hang Tuah dan berdirilah Masjid Al Bukhary menggantikan sebuah surau usang dan uzur sebelum ini.

KATA LAGENDA SYED MOKHTAR

Kata-kata Syed Mokhtar yang masih saya ingat,

“Apalah sangat hendak dibanggakan dengan kekayaan. Rumah besar macam singahsana pun pada satu-satu masa kita tidur satu bilik sahaja. Kereta banyak nak buat apa, satu masa kita pandu satu kereta dan makan hanya sampai kenyang sahaja.”

Sebab itu orang tidak tahu apa jenis kereta, rumah dan cara hidup Syed Mokhtar seperti sesetengah orang kaya lain.

Saya sangat setuju dengan Syed Mokhtar bahawa kekayaan bukan untuk diperagakan atau disalurkan kepada kegiatan yang tidak ada kaitan membantu golongan miskin. Kaya lawannya miskin, maka apabila dianugerahkan kekayaan, itu adalah hak golongan yang miskin.

Saya berbangga ada orang Melayu kaya yang mempunyai pemikiran dan keinsafan seperti Syed Mokhtar. Sebaliknya saya bukan sahaja tidak berbangga malah rasa diperbodohkan apabila ada orang kaya yang memperagakan kekayaan yang semuanya untuk dirinya. KONGSIKAN.

Sumber :  Ku Seman via Syahril Kadir

Kredit : khalifahmailonline.com

 

Bila Di Tanya Soal ‘KEKAYAAN’ , Ini Jawapan Syed Mokhtar Al-Bukhary Yang Buat Ramai Sentap.

“Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?”

Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah.

“Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.”

“Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.”

“Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah. Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.”

“Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya rasa ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.”

“Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.”

“Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.”

“Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah.” – TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (Mingguan Malaysia 17 Oktober 2004)

 

Sumber:- FB Syahril A.Kadir