20 Tip Masuk Ke ‘Raudhah’ Khas Buat Jemaah Wanita

Menziarahi Rasulullah di bumi Madinah, adalah salah satu impian yang ada pada setiap orang Islam. Sementelah dalam beberapa hadith, Nabi pernah mengatakan bahawa sesiapa yang menziarahi baginda selepas kewafatan baginda, maka mereka seolah-olah telah menziarahi Nabi semasa hayat baginda.

Nabi juga bersabda bahawa orang yang menziarahi baginda, berpotensi dan mungkin mendapat syafaat baginda kelak.

Rasulullah dimakamkan di Madinah, di dalam bilik yang pernah menjadi rumah Saidatina Aishah. Bilik ini sebenarnya adalah rumah Rasulullah, dengan ukuran anggarannya 7 meter darab 8 meter.

Bilik Saidatina Aisyah ini diduduki oleh beliau selepas kewafatan Nabi sehinggalah beliau sendiri meninggal dunia dan dikuburkan di Baqi’.

Raudhah mempunyai ukuran sekitar 22 meter panjang dan 15 meter lebar. Pada hari kiamat nanti, Allah akan menjadikan di bawah mimbar Nabi, mengalirnya kolam al-Kauthar, tempat Nabi memberikan air kepada umat Islam. Sesiapa yang meminum air ini, tidak akan dahaga lagi selama-lamanya.

Bagi Jemaah wanita, ada cara dan teknik tersendiri untuk memasuki Raudhah. Jom kita baca tip-tip masuk ke Raudhah khusus untuk Jemaah wanita.

#1. Mengetahui Jadual Kumpulan Umrah

Jadual kumpulan umrah biasanya pada hari pertama adalah program Ziarah Dalam. Iaitu melawat di sekitar kawasan Masjid Nabi, antaranya memasuki Raudhah, melawat Makam Rasul, makam para sahabat dan permakaman Baqi’.

#2. Dibawa Oleh Pembimbing Wanita Khas

Bagi agensi umrah yang besar, mereka menyediakan pembimbing khas wanita untuk masuk ke Raudhah. Pembimbing ini akan bersama Jemaah wanita masuk ke Raudhah.

#3. Pintu 25

Pintu bagi Jemaah wanita masuk ke Raudhah adalah melalui pintu 25. Tiada pintu lain yang disediakan.

#4. Mengetahui Waktu Yang Ditetapkan

Pada masa dahulu, Jemaah wanita agak sukar memasuki Raudhah dan hanya 1 atau dua waktu sahaja diperuntukkan untuk memasuki Raudhah. Raudhah dimonopoli oleh Jemaah lelaki suatu ketika dahulu.

Kini tidak lagi kerana pihak pengurusan masjid sudah membuat jadual waktu yang lebih baik dan sistem giliran kepada Jemaah supaya semua Jemaah yang beratur akan dapat masuk ke dalam Raudhah.

#5. Tidak Masuk Ke Kumpulan Arab

Elakkan memakai pakaian Arab dan masuk ke dalam kumpulan Arab sebab ada bahayanya apabila kita berhimpit-himpit dengan orang Arab.

Sebahagian orang berpandangan bahawa polis wanita atau penjaga pintu masuk ke Raudhah mendiskriminasi Jemaah dari Asia atau Malaysia.

Namun, sebenarnya tiada diskriminasi dilakukan. Bagi kumpulan agensi umrah yang besar dari Malaysia, mereka sengaja tidak mahu masuk lebih awal supaya tidak berhimpit-himpit dan supaya masa di dalam Raudhah lebih lama dan Jemaah lebih relaks.

#6. Mengikut Aturan Yang Ditetapkan

Masuklah ke dalam grup orang Melayu ataupun orang Indonesia kerana lebih mudah diuruskan dan lebih teratur berbanding Jemaah negara lain yang suka berebut-rebut.

#7. Berakhlak Mulia

Jangan berlari-lari atau berebut-rebut di dalam masjid. Berakhlaklah dengan pakaian akhlak Nabi.

#8. Elakkan Pergi Bersendirian

Elakkan pergi bersendirian ke sana, pergilah bersama kawan-kawan. Kerana jika ada kemungkinan sesat atau jatuh sakit semasa di dalam Raudhah, ada sahabat yang akan membantu dan mengkhabarkan berita kepada agensi umrah.

#9. Menjaga Tutur Kata

Jaga mulut daripada berkata-kata yang bukan-bukan. Bumi ini bumi berkat. Jangan banyak mengeluh dan bersembang kosong.

#10. Peka Dengan Arahan

Ikuti arahan dan situasi semasa di dalam Raudhah. Kadang-kadang ada arahan mengejut daripada petugas. Apabila arahan mengejut untuk masuk diberikan, Jemaah perlu bersedia untuk masuk segera. Jika kita masuk terlalu lambat, pintu akan ditutup.

11. Pemeriksaan Keselamatan

Pegawai polis akan memeriksa beg yang kita bawa. Jangan melawan atau mengelak daripada pemeriksaan polis. Ikuti sahaja arahan mereka.

Pastikan tidak membawa senjata tajam atau makanan berlebih-lebihan seperti makanan dalam bekas. Melainkan untuk yang membawa anak, dibenarkan membawa jumlah makanan yang bersesuaian.

Ada 7 checkpoint sebelum masuk ke dalam Raudhah untuk wanita. Kadangkala ada masanya checkpoint dibenarkan lalu begitu sahaja, tanpa perlu pemeriksaan.

#12. Bawa Uncang/Plastik

Bawa uncang kasut atau plastik untuk membawa kasut. Pastikan kita membawa kasut masuk ke dalam kerana kita akan masuk melalui pintu lain dan keluar melalui pintu lain.

#13. Niat Iktikaf

Jangan lupa niat iktikaf di dalam masjid. Ratusan malaikat akan mendoakan keberadaan kita di sana sepanjang kita berada di dalam masjid.

Ada beberapa seksyen di mana Jemaah wanita boleh bersembahyang. Antaranya seksyen Jemaah wanita dengan kanak-kanak, dan orang tua. Dan seksyen satu lagi untuk wanita dewasa sahaja, dilarang untuk kanak-kanak duduk di situ.

Polis akan menyuruh kita duduk jika sudah mendapat tempat. Tapi, sebelum duduk, pastikan kita tidak lupa solat sunat tahiyatul masjid.

Jangan solat lama-lama di sini kerana kita perlu pastikan kita masuk ke dalam kawasan solat Jemaah lelaki dahulu.

#14. Bersedia Awal

Pastikan kita sudah melepasi pintu penghadang yang memisahkan tempat solat lelaki. Tempat ini akan dibuka dalam masa yang terhad, dan sekiranya mahu masuk, kena pastikan kita berada berhampiran kawasan itu, baru boleh masuk. Jika terlambat, kemungkinan kita tidak dapat masuk ke Raudhah.

#15. Membuat Persiapan Awal

Apabila sampai di kawasan sebelum Raudhah, bacalah buku panduan yang diberi. Baca doa yang mahu dibacakan seperti doa di dalam Raudhah.

Baca buku panduan sebelum ke dalam, kerana dikhuatiri tidak sempat membacanya semasa di dalam Raudhah. Cara menyampaikan salam:

“Ya Rasulullah, saya menyampaikan salam orang yang berkirim salam kepadamu dengan lafaz Assalamualaika ya Rasulallah warahmatullahi wabarakatuh.”

Janganlah sampaikan salam dan membaca nota pula di situ. Baca untuk semua orang sekali sahaja sudah cukup.

Pembimbing wanita biasanya tidak dibenarkan bercakap di dalam. Justeru, Jemaah perlu peka dengan isyarat tangan pembimbing.

#16. Checkpoint Akhir

Sampai checkpoint terakhir sebelum masuk Raudhah, pastikan kita mengetahui di mana sempadan Raudhah, khususnya yang pertama kali nak masuk ke Raudhah. Hadith Nabi menyebut;

“Di antara rumahku dan mimbarku ialah salah satu daripada taman syurga.”

Ingat, rumah Nabi berada di sebelah kiri, manakala mimbar sebelah kanan. Apa tanda lain yang kita boleh lihat? Terdapat sempadan karpet. Karpet berwarna merah adalah kawasan masjid biasa, manakala karpet berwarna hijau adalah kawasan Raudhah.

Juga terdapat ukiran di atas tiang dalam kawasan Raudhah yang menyebut nama-nama tiang. Tiang di dalam kawasan Raudhah juga berbeza corak dan bentuknya berbanding tiang dalam masjid yang lain.

#17. Lakukan Sebanyaknya Amalan

Apa nak buat di dalam Raudhah? Boleh solat sunat apa sahaja selain solat tahajud dan witir. Dan mintalah doa sebanyak-banyaknya. Apabila ada peluang solatlah sebanyak yang mungkin.

Jika mahu berdoa, berdoalah semasa di dalam solat. Jangan berdoa selepas sembahyang, kerana jika petugas nampak kita sudah selesai solat, kita akan disuruh keluar.

#18. Berhati-Hati

Jika membawa beg, letakkan di hadapan kita dan rapat dengan kita. Beg yang tidak dijaga baik akan mudah dicuri orang.

#19. Jemaah Yang Berkerusi Roda

Jemaah berkerusi roda perlu masuk bersama tukang tolak, jadi perlu membawa masuk kerusi roda masuk bersama dan solat perlu dilakukan di atas kerusi.

Jika disuruh keluar selepas solat, tidak perlu kata apa-apa, jangan pula kita menipu dengan mengatakan kita sudah solat. Pindah sahaja ke tempat lain.

#20. Setelah Selesai

Sebelum keluar, minta izin Nabi dan bacalah selawat Ibrahimiyah dan al-Fatihah. Jangan melambai ‘bye-bye’ kepada Nabi. Tidak perlu melambai kepada Rasulullah, kerana tidak disyariatkan.

Jangan lakukan perkara khurafat atau syirik yang Rasulullah tidak suka bahkan Allah murka. Misalnya mengusap-usap dinding, mencium makam dan hiasan yang ada di dalam masjid.

Peringatan

Waktu terbaik untuk masuk ke Raudhah adalah pada waktu malam, iaitu waktu selepas Isya’ kerana waktu lebih panjang atau awal pagi selepas Subuh.

Jika wanita uzur syarie, boleh masuk ke kawasan dataran untuk menziarahi Rasulullah, namun tidak boleh masuk ke dalam Raudhah dan kawasan masjid.

Jangan sampai ada terganggu kekhusyukan semasa berada di Raudhah, misalnya terfikirkan keluarga yang terpisah atau hilang, teringatkan benda lain yang mengganggu fikiran dan sebagainya.

Stroller hanya boleh dibawa sehingga luar masjid sahaja. Tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam.

Demikianlah sebahagian tips yang dapat dikongsikan kepada para pembaca sekalian.

Sumber : Tazkirah.net

Inilah Rahsia Disebalik Surah Yassin Ayat Ke 58 Kenapa Diulang 7 Kali..Ternyata Benar-Benar Hebat Ayat Allah

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ‘SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’ diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku…..

Aamiin Ya Allah.

Berikan dakwah ini pada sahabat anda seramai orang yang bisa atau lebih, tidak ada kerugian bahkan juga digalakkan..Aamiinkan doa ini saudaraku.

Allahumma ya ALLAH tanamkan di hati kami perasaan senantiasa rindu kepada-Mu, ingatkanlah senantiasa kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hamba tidak tertipu dengan kesenangan dunia sebentar ini, ya ALLAH, ya Tuhan kami, Penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah supaya tetaplah dijalan-Mu hingga akhir hayat kelak… Aamiin ya Rabbal’alamin

Semoga semuanya apa yang telah jadi doa dan hajat kita segera dikabulkan Allah, dan selekasnya dapat panggilan Allah untuk bertandang dan menunaikan beribadah haji ke mekkah. Aamiin..

Marilah kita berdoa, bermunajat pada Allah. Semoga Allah mengampuni kita, dan menghapuskan kita dari semuanya dosa yang telah lalu.

Ya Allah, Ampunilah semuanya dosa-dosa kami, baik punya niat maupun tidak, berkahilah kami, ramahtilah kami, berikanlah kami hidayah-Mu supaya kami senantiasa dekat kepada-Mu sampai akhir hayat.

Aamiin ya Rabbal’alamin.

Sumber: islamituindah

Wanita Ini Pesan Amalkanlah Yasin 7 Mubin Kepada Mereka Yang Ditimpa Ujian Atau Dugaan Luar Biasa.

Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang Yassin 7 Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT. Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.

Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.

Ayat mubin ni ada pada ayat (12), (17), (24), (47), (60), (69), & (77),

Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.

Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.

Sejak itu..

Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini. Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.

Sumber : AtieQa Hod via Khairunissaq Zainal Abidin

10 Tanda ‘Si Dia’ Bukan Jodoh Kamu.

Ketahui pelbagai tanda si dia bukan jodoh yang bakal dihadapi oleh pasangan. Jodoh itu memang rahsia Allah dia telah tetapkan siapa untuk kita tetapi kita perlu berusaha untuk mencari siapakah dia. Walaupun serapat manapun kita dan apa jua cara untuk kita buat untuk menghalang jika dia bukan jodoh kita maka bukanlah, sejauh mana pun kita berlari jika kita di takdirkan bersatu maka akan bersatu. Hari ini kami ingin kongsikan 10 tanda bahawa dia bukan jodoh yang baik untuk kamu. Berikut merupakan 10 tanda-tanda yang dari pandangan kami berdasarkan pemerhatian orang sekeliling.

1. Senarai perkara yang tidak kamu setujui.

Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya dia mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.

2. Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua.

Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian., di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.

3. Dia tak pernah menghiraukan tentang kesihatanmu.

Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu.

4. Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.

Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu.Tapi bila tiba dia ? dia tak mahu lakukan perubahan , katanya susah untuk lakukan berubahan.

5. Dia tidak mempercayai dengan kamu.

Kepercayaan ada teras dalam perhubungan, tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu di teruskan ? sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok
wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat ? sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.

6. Dia tak pernah menyokong apa yang kamu suka (impian dan cita-cita).

Sebagai contohnya impian kamu adalah teringin mahu jadi doktor, tetapi apa yang si dia katakan bahwa ” tak payahlah jadi doktor, perempuan bila dah kawin tugaskan kat dapur juga”.

7. Dia selalu buat kamu bersedih, duka dan tiada mood.

Bila jumpanya tak sah kalau tak bergaduh, tak sah kalau kamu mesti tak menangis kerananya. Sehinggakan menjejaskan aktiviti harian kamu dan buatkan kamu tak ada mood. Buat itu tak boleh, buat ini tak berkenan di matanya.

8. Dia tak pernah hargai dan peduli apa yang kamu buat.

Dalam perhubungan saling menghargai satu sama lain itu satu pekara yang penting, tetapi bila kamu buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai ? kamu cuba masak mee goreng dan minta dia rasa,” awak saya tak makan mee goreng la ,lain kali tanya dulu sebelum masak tu,sama ada saya suka atau tidak” Si dia belikan tudung, “ishh awak nie belikan tudung nie tak cantiklah tak pandai betul pilih warna”.

9. Tiada chemistry atau keserasian.

Keserasian itu penting kerana kamu adakan hidupnya dengannya dalam jangka waktu mungkin lama. Jika setiap hari bergaduh, salah faham sikit bertumbuk, tak boleh buat salah sikit maka nak marah-marah? bagaimana nanti bila dah berkahwin?

10. Dia tak pernah membicarakan tentang masa depan hubungan kamu berdua, hal perkahwinan dan membawa jumpa ibu bapanya.

Tujuan perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan itu untuk apa ? bukankah untuk ke arah menjadi yang halal atau perkahwinan ? Jika hanya untuk couple ? rasanya itu bukan tujuan untuk kamu hidup. Dan tak pernah perkenalkan langsung pada ibu bapa kamu ? itu membukti dia tidak serius dengan kamu. Fikir-fikirlah.

Ini hanyalah pandangan sahaja, tiada kaitan dengan siapa-siapa. Hidup kita adalah mencari perhubungan yang halal dan di restui oleh ibu bapa dan ALLAH. Jika ke arah pekara yang baik in sha ALLAH Dia aturkan yang baik-baik untuk kamu, bersangka baik dengan ALLAH. Jika ada kesepuluh ciri-ciri ini kepada pasangan kamu maka fikir-fikirkanlah. Tak semestinya ada 10 pekara di atas tak bahagia, boleh bahagia.. pucuk pangkalnya adalah diri kita sendiri. Jodoh itukan rahsia Allah siapalah kita untuk menidakkannya. Setiap manusia boleh berubah jika di berikan peluang. 10 tanda-tanda ini hanya sebarang rujukan sahaja, mari kita sama-sama muhasabah diri.

Sumber : ikhawin

Surah Yang Mampu Membuatkan Rezeki Anda Mengalir DerasDan Laju. Bacalah Selama 40 Hari Dan 40 Kali Berturut-Turut!

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:

1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:

Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.

Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.

Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.

Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.

7.Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.

1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).

2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

3. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.

Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.

Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

Sumber: shafiqolbu

Dari Manakah Sebenarnya Keturunan Imam Mahdi Dan Berapa Lamakah Imam Mahdi Memerintah Di Bumi

Soalan :

Adakah Imam Mahdi yang akan terbit nanti dari keturunan Rasulullah saw?

Berapa lamakah Imam Mahdi memerintah di bumi?

Jawapan :

Imam Mahdi adalah dari keturunan Rasulullah saw.

Diriwayatkan dari Ummu Salah r.a. katanya Rasulullah saw telah bersabda :

‏ الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِي مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ

Maksudnya: “Al-Mahdi dari keturunanku dari anak Fathimah r.a.” (Hadith Abu Daud)

Dan diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. nabi saw bersabda :

المَهديُّ منَّا أَهلَ البيتِ يُصلحُهُ اللَّهُ في ليلةٍ

Artinya : “Al-Mahdi itu dari keluarga rumah kami yang Allah elokkannya dalam satu malam.” (Hadith Ibnu Majah, As-Suyuthi & Abu Nuaim)

Berkenaan lama mana Imam Mahdi memerintah bumi yaitu selama 7 atau 8 tahun.

Abu Said Al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda :

يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا، كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا، يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ

artinya : “Imam Mahdi memerintah bumi dengan penuh kebaikkan dan keadilan seperti mana bumi telah dipenuhi kejahatan dan kezaliman. Memerintah ia selama 7 tahun.” (Hadith Abu Daud)

Dan pada satu riwayat yang juga dari Abu Said Al-Khudri r.a. sabda Nabi saw :

يَعِيشُ سَبْعًا أَوْ ثَمَانِيًا، يَعْنِي حِجَجًا

artinya : “Hidup ia selama 7 atau 8 tahun dibumi.” (Hadith Al-Hakim)

Wallahua’lam

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Masanya Kian Hampir, Keluarnya Binatang Bekaki Empat Mendatangi Setiap Manusia

APABILA kita merujuk bahan bacaan yang menyenaraikan tanda-tanda kecil kiamat, boleh dikatakan hampir semuanya sudah berlaku.

Antara tanda yang mahsyur dan terbukti berlaku pada hari ini adalah wanita berpakaian, tetapi telanjang. Seorang wanita itu terdapat dua sifat padanya iaitu dia berpakaian dan dia juga telanjang.

Berpakaian tetapi telanjang itu maksudnya pakaian yang dipakainya memperlihatkan bentuk tubuh badannya. Bahkan, lebih buruk daripada itu seorang wanita berpakaian, tetapi nampak kulit tubuh badan serta aurat mereka untuk menarik perhatian lelaki.

Selain itu, terdapat banyak lagi tanda-tanda kecil kiamat seperti masa berlalu begitu pantas, zina dan fitnah berleluasa dan munculnya gaya hidup mewah dalam kalangan umat Islam.

Maka, selepas berlaku semua tanda-tanda kecil kiamat itu, pada bila-bila masa muncul pula tanda-tanda besar kiamat.

Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, terdapat enam tanda besar kiamat dicatatkan.

Dalam satu riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah dalam beramal sebelum datang enam perkara: Terbitnya matahari dari barat, asap, Dajjal, al-Dabah, perkara khusus daripada kalangan kamu (kematian) dan urusan umum (kiamat).”

Kata ulama, pada setiap pagi perkara paling mereka takut ialah apabila bangun melihat sama ada matahari terbit dari sebelah timur atau terbit dari sebelah barat.

Sebelum matahari terbit dari barat, seluruh bumi ini akan gelap. Kita boleh bayangkan, setiap pagi biasanya kita bangun tidur jam 5.30 pagi untuk bersiap-siap melaksanakan solat Subuh serta persiapan ke tempat kerja.

Bagaimanapun, setibanya di pejabat jam 9 pagi, kita melihat keadaan itu tidak seperti biasa di mana keadaannya masih gelap.

Keadaan itu pastinya menyebabkan manusia berasa takut dan tertanya-tanya fenomena berkenaan. Disebabkan suasana itu amat pelik dan tidak pernah berlaku, pasti manusia mula panik dan keadaan menjadi kecoh.

Menurut pendakwah, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub, terdapat riwayat menyatakan suasana gelap itu berlaku selama dua hari dan riwayat lain menyatakan akan bergelap selama tiga hari.

Katanya, seandainya gelap itu berlaku selama tiga hari, bermakna pada hari keempat matahari tidak lagi muncul dari sebelah timur, sebaliknya dari sebelah barat.

Ketika seluruh penduduk bumi menyaksikan tanda besar itu, mereka mula beriman kepada Allah. Bagaimanapun, Allah sudah menutup pintu taubat serapat-rapatnya.

Pada waktu itu, tidak berguna lagi taubat serta segala amal ibadat yang hendak dipersembahkan kepada Allah. Bagi yang ditakdirkan masih hidup, mereka akan meneruskan kehidupan mengikut ajal masing-masing.

Seandainya sepanjang usia yang berbaki itu, seseorang bersungguh-sungguh melakukan ibadat, namun Allah tetap tidak akan menerima amalannya.

Manakala bagi orang beriman, mereka akan hidup dalam keadaan beriman sehingga akhir hayat.

Pada hari pertama matahari terbit dari barat itu mengambil masa selama setahun. Tempoh setahun itu seperti dinyatakan oleh Nabi SAW seperti hari-hari yang dilalui manusia.

Hari kedua juga panjang iaitu seperti sebulan. Berikutnya, hari ketiga panjangnya seperti seminggu manakala pada hari keempat baru ia kembali seperti biasa.

Ketika itu baru manusia menyedari betapa nikmatnya Allah kurniakan waktu malam. Pada hari ini, ramai manusia mengubah cara hidup mereka dengan tidur waktu siang, manakala malam mereka berjaga untuk melakukan perkara sia-sia.

Rasulullah menyatakan, apabila muncul tanda besar kiamat pertama, maka akan muncul tanda-tanda besar lain.

Tanda besar kiamat kedua, ketiga dan seterusnya muncul dengan cepat sekali. Ia ibarat mutiara di dalam satu ikatan di mana setiap satunya akan mengikuti yang lain.

Daripada Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tanda-tanda (kiamat) seperti mutiara yang tersusun pada seutas benang, jika benang itu dipotong maka sebahagiannya akan mengikuti sebahagian yang lain (jatuh).” (Riwayat Ahmad)

Dabbah Pembawa Pesan Kiamat

Tanda besar kiamat seterusnya, keluar binatang berkaki empat yang akan mendatangi setiap manusia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.” (Surah an-Naml, ayat 82)

Binatang itu akan berjumpa dan bercakap dengan manusia menggunakan bahasa yang kita fahami. Ia turut membawa dua alat iaitu tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman.

Apabila mendatangi seseorang, Allah ilhamkan kepadanya untuk keluarkan salah satu daripada alat itu. Apabila ia keluarkan tongkat Nabi Musa, maka wajah orang yang menerimanya akan bercahaya dan manusia lain mula memanggilnya dengan gelaran ‘Mukmin’.

Sebaliknya, jika binatang itu menyerahkan cincin Nabi Sulaiman, maka wajah orang yang menerima cincin itu bertukar hitam.

Namanya tidak lagi diseru melainkan orang akan mula memanggilnya ‘kafir’.

Lihat sedutan Kuliah Ustaz Wadi Annuar ini.. Allah.. gerunnya hati bila dengar..

Begitu antara tanda-tanda kiamat besar yang kedatangannya cukup menggerunkan hati kita. Hanya iman saja yang dapat menyelamatkan kita daripada segala bentuk fitnah dan ujian berkenaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan al-Dabbah?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, keluarnya al-Dabbah merupakan salah satu daripada tanda besar kiamat. Tanda ini disebut dan terdapat di dalam al-Qur’an dan juga al-Sunnah. Firman Allah SWT:

وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ

Maksudnya: “Dan apabila tiba masa berlakunya hukuman ke atas manusia, Kami keluarkan bagi mereka Dabbah (sejenis binatang) dari bumi yang akan menyatakan kepada mereka bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat (keterangan dan pengajaran) Kami”. [al-Naml:82]

Ini merupakan ayat atau firman Allah SWT yang menceritakan akan kewujudan al-Dabbah sepertimana yang disebutkan. Menurut ahli tafsir, ayat ini menunjukkan bahawa akan keluarnya al-Dabbah ini di akhir zaman ketika manusia berada dalam kerosakan iaitu dengan meninggalkan perintah-perintah Allah SWT dan mereka juga menukar agama mereka yang haq (benar). Dengan itu, Allah SWT akan keluarkan al-Dabbah dari bumi yang akan berkata-kata kepada manusia. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 210/6]

Definisi al-Dabbah

Al-Dabbah (الدابة) menurut bahasa adalah setiap yang berjalan di atas muka bumi. [Lihat: Mukhtar al-Sihah, 101/1] Manakala, menurut istilah pula, al-Dabbah adalah sejenis binatang yang akan keluar di akhir zaman (apabila manusia dalam keadaan yang jauh daripada agama) dan keluarnya al-Dabbah ini merupakan antara tanda-tanda besar hari Kiamat sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith yang banyak. [Lihat: Tafsir al-Sa’di, 610/1]

Hadith-Hadith Berkaitan al-Dabbah

Antara hadith-hadith berkaitan al-Dabbah adalah seperti berikut sebagaimana yang kami nyatakan pada Irsyad al-Hadith sebelum ini iaitu yang bertajuk Tanda-Tanda Besar Kiamat:

Daripada Huzaifah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ السَّاعَةَ لَا تَكُونُ حَتَّى تَكُونَ عَشْرُ آيَاتٍ: خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ فِي جَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَالدُّخَانُ وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ الْأَرْضِ، وَيَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ، وَطُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَنَارٌ تَخْرُجُ مِنْ قُعْرَةِ عَدَنٍ تَرْحَلُ النَّاسَ”.

Maksudnya: ““Sesungguhnya al-Sa’ah (hari Kiamat) tidak akan berlaku sehingga berlaku sepuluh tanda ini iaitu gerhana bulan di Timur, gerhana bulan di Barat, gerhana bulan di jazirah Arab, Asap, Dajjal, Dabbah yang melata di bumi (sejenis haiwan),Ya’juj dan Ma’juj, terbit matahari dari Barat, api yang keluar dari lembah Aden yang akan mengiringi manusia ”. [Riwayat Muslim (2901)]

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ سِتًّا: طُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، أَوِ الدُّخَانَ، أَوِ الدَّجَّالَ، أَوِ الدَّابَّةَ، أَوْ خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ أَوْ أَمْرَ الْعَامَّةِ

Maksudnya: “Bersegeralah dalam beramal sebelum datang enam perkara: Terbitnya matahari dari Barat, asap, Dajjal, al-Dabah, perkara khusus daripada kalangan kamu (kematian) dan urusan umum (Kiamat)”. [Riwayat Muslim (2947)]

Berdasarkan hadith-hadith di atas, keluarnya al-Dabbah merupakan salah satu daripada tanda-tanda besar atau hampirnya hari Kiamat.

Pendapat Ulama’ Berkaitan al-Dabbah

Para ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan maksud atau makna al-Dabbah ini, maka kami ringkaskannya dalam bentuk nokhtah:

Pertama: Imam al-Qurthubi menyatakan al-Dabbah adalah seekor anak unta daripada unta Nabi Soleh AS yang dimasukkan oleh Allah SWT ke dalam batu dan unta tersebut akan keluar pada bila-bila masa dengan izin Allah SWT.

Kedua: Al-Dabbah yang dimaksudkan adalah al-Jassasah yang disebut atau diceritakan di dalam hadith Tamim al-Dari.

Ketiga: Al-Dabbah adalah ular yang menjaga dinding Ka’bah.

Keempat: Al-Dabbah adalah manusia yang bercakap bagi menentang orang yang melakukan bid’ah dan kekufuran.

Kelima: Perkataan al-Dabbah adalah isim (kata nama) bagi setiap binatang yang melata dan ia bukanla haiwan tertentu yang memiliki berbagai keajaiban dan keanehan. Berkemungkinan yang dimaksud dengannya adalah bakteria yang berbahaya yang telah membuat manusia menderita dari sudut badan dan kesihatannya.

Untuk itu, kami nukilkan sebagai kesimpulan daripada pendapat-pendapat di atas daripada pengarang kitab Mausu’ah al-Akhirat bahawa al-Dabbah mempunyai ciri-ciri khas yang berbeza dari sudut kekuatan, keluasan, keilmuan dan juga kecantikan yang mana ia diutuskan oleh Allah SWT bagi tujuan tertentu untuk diselesaikan. Tambahan pula, tidak sesiapa yang mampu untuk lari daripadanya atau daripada tujuannya dan jika seseorang itu ingin mencari atau menghendakinya nescaya dia tidak mampu untuk melakukan hal sedemikian. Ia juga akan datang kepada sekalian manusia di atas muka bumi ini seakan-akan nama-nama mereka (manusia) ada dengannya iaitu al-Dabbah. [Lihat: Mausu’ah al-Akhirat Ashrath al-Sa’ah, 173, 174]

Tempat Keluar al-Dabbah

Para ulama’ juga berbeza dalam menentukan tempat keluarnya al-Dabbah ini:

Pertama: Al-Dabbah akan keluar dari Makkah al-Mukarramah iaitu dari masjid yang paling mulia.

Kedua: Al-Dabbah ini akan keluar melalui tiga tempat. Ia akan keluar di sebahagian lembah dan kemudiannya bersembunyi. Kemudian ia keluar lagi di sebahagian kampung, lalu ia muncul di Masjid al-Haram.

Terdapat beberapa lagi pendapat-pendapat lain yang menceritakan berkaitan tempat keluarnya al-Dabbah ini. Akan tetapi, sebahagian besar daripada pendapat-pendapat dalam masalah ini menyatakan bahawa tempat keluarnya al-Dabbah ini adalah dari tanah haram Makkah.

Penutup

Kesimpulannya, kita sebagai seorang yang beriman wajib beriman dengan apa yang dikhabarkan oleh Allah SWT serta Rasul-Nya. Ini kerana, hal ini termasuk di dalam beriman dengan perkara-perkara yang ghaib. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita semua daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Wallahua’lam

Sumber : Harian Metro , Mufti Wilayah Persekutuan

Disediakan oleh Adam Hawa

Apakah Rahsia Disebalik 30,000 Permaidani Masjidil Haram Yang Sentiasa Bau Harum?Ini Jawapannya

RIYADH – Percaya atau tidak, sekitar 30,000 permaidani hijau dibentang di Masjidil Haram dan kawasan sekitar dengan panjangnya secara terkumpul boleh menjangkau hampir 100 kilometer! Penjaga dua Masjid Suci umat Islam itu, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud memang menumpukan perhatian khusus kepada permaidani berbau seharum bunga mawar supaya jemaah boleh menunaikan solat dalam suasana selesa.

Malahan ada sebuah jabatan yang dikhususkan dan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan segala kerja pembersihan permaidani. Sebanyak lima fasa pembersihan dilakukan setiap hari di sebuah gudang khas di Makkah. Portal tempatan Al Arabiya melaporkan, pada fasa pertama, habuk dan kotoran dibersih dengan menggunakan mesin canggih. Permaidani itu kemudian dicuci dengan sabun dan bahan penghapus jangkitan pada fasa kedua.

Malah ia dibersih dengan sebuah mesin canggih yang tidak memerlukan tenaga manusia untuk beroperasi. Selepas itu, permaidani dibilas dan diletak di atas sebuah ‘jambatan’ bergerak sebelum ia bersiap sedia melalui fasa ketiga. Ia kemudian dikeringkan secara automatik pada kelajuan tiga permaidani bagi setiap seminit setengah. Pekerja akan mengambil permaidani yang sudah dikering dan menjemurnya di bawah terik matahari seharian pada musim panas.

Bagaimanapun jika musim sejuk, proses ini mengambil masa dua hari. Dalam fasa terakhir, setiap permaidani akan dibersihkan sekali lagi dengan lebih teliti tetapi menggunakan penyapu sahaja bagi memastikan tiada lagi habuk. Akhir sekali, sebagai tanda berakhirnya proses pembersihan itu, permaidani akan disembur dengan wangian berbau bunga mawar, jelas penyelia gudang dan proses cuci permaidani, Mohammed Al-Otaini kepada Al Arabiya. Gudang moden tersebut ujar beliau, mampu menerima sebanyak 200 permaidani setiap hari dengan ia disusun, diproses dan disenggara dari semasa ke semasa oleh pekerja yang sudah dilatih khas.

Sumber: berita.mediacorp

Sumber: kualalumpurviral

7 KELEBIHAN KENAPA KITA PERLU MENGERJAKAN UMRAH

Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah. Di antaranya ialah :

1. MENJADI TETAMU ALLAH

Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”

2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah :

“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH

Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'”

4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :

“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”

5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN

Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”

6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)

Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”

Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :

“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)

7. PENGHAPUSAN DOSA

Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :

“Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”

Sumber : Telegram

Tak Sangka Rupa – Rupanya Boleh Servis Aircond Sendiri Hanya Guna Remote Sahaja!

Penggunaan penghawa dingin atau aircond pada zaman sekarang sudah boleh dikatakan satu keperluan yang mesti ada untuk lbih keselesaan sama ada untuk kediaman rumah mahupun premis perniagaan.Ditambah pula dengan suhu bumi yang semakin hari semakin meningkat, menguatkan lagi penggunaan aircond dalam kehidupan seharian.

Namun perkara yang kita tidak dapat elakkan adalah julah bil elektrik akan melambung tinggi akibat penggunaan aircond yang sudah pasti menggunakan tenaga elektrik yang banyak bagi menghasilkan udara yang sejuk dalam rumah.Antara cara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkkan penggunaan elektrik oleh aircond tersebut adalah dengan melakukan “servis” penyelenggaraan secara berkala.Ini bertujuan supaya penggunaan aircond dapat digunakan secara optimum tanpa perlu menggunkan tenaga elektrik yang lebih akibat aircond yang kotor.

TEKNIK-TEKNIK BERSIHKAN AIRCOND

  1.  Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
  2.  Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
  3. Kemudian barulah matikan aircond.

MENGAPA TETAPKAN KE MODE ‘FAN’?

Mengapa tetapkan ke mode “Fan” ??. Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)

PESANAN…

Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.

Sumber: Roller Shutter Johor Bahru Specialist

Khas Buat Suami Isteri. Inilah Cara Berkesan Cara Cukupkan Duit Belanja Setiap Bulan.

Bukan senang nak jadi pasangan yang bijak handle bab ekonomi rumah tangga, tetapi nak tak nak anda patut tahu cara cukupkan duit belanja dengan cara paling berkesan.

Seronok tarik barang waktu membeli barang dapur, sekali tengok bil yang kena bayar, terus rasa menyesal. Ini kes ambil barang ikut kehendak!

Adakah anda pernah sedar, berapa banyak bajet keseluruhan yang dibelanjakan untuk membeli barangan dapur dan barangan runcit? Berbelanja membeli barangan keperluan ini memang tidak dapat dielakkan. Tetapi terdapat beberapa cara untuk menjadikannya anda mampu melakukannya.

Berikut adalah tip menjimatkan perbelanjaan membeli-belah barangan dapur dan barangan runcit untuk berjimat.

1. Setiap kali keluar membeli barang, pastikan perut anda penuh. Ini dapat mengelakkan anda kurang membeli makanan ringan atau barang yang anda tidak perlukan. Cara ini juga dapat memastikan anda beli barangan dapur dan barangan runcit yang memang anda perlukan sahaja.

2. Biasakan membuat senarai barang yang ingin dibeli. Kekal kepada senarai itu terutamanya jika anak-anak ada sama ‘membantu’ dalam membeli-belah.

3. Rancang hidangan atau menu makanan untuk seminggu sebelum anda membeli-belah. Beli barang yang ada dalam hidangan atau menu. Mula merancang makanan untuk tiga atau empat hari jika anda rasakan seminggu itu terlalu lama.

4. Beli barang sekali seminggu sahaja. Ini kerana anda cenderung berbelanja lebih jika anda setiap hari ke kedai atau beberapa kali ke kedai dalam masa seminggu

5. Berbelanjalah di kedai yang biasa anda kunjungi apabila berasa letih, stres atau ketika mahu cepat. Anda sudah pasti akan menjumpai barangan yang diperlukan dengan cepat dan mudah.

Rancang Terlebih Dahulu Barangan Dapur

1. Rancang hidangan atau menu makanan supaya anda ada makanan lebih yang boleh dijadikan bekalan untuk makan tengah hari keesokan harinya. Atau sejuk beku makanan lebih untuk dijadikan hidangan cepat pada hari-hari berikutnya.

2. Buat bekal sendiri. Beli makanan ringan atau salad dalam kuantiti besar. Bungkus dan jadikan bekal yang boleh dijadikan sebagai makanan segera yang mudah dibawa ke mana sahaja.

3. Bersih dan susun peti sejuk dan almari menyimpan makanan sebulan sekali. Guna barang yang anda beli dan masih ada dalam simpanan sebelum anda membeli barang baru. Ini juga dapat mengelakkan anda daripada membeli barang yang sama yang masih ada dalam simpanan.

4. Jika anda menyimpan barang atau makanan, periksa tarikh luput makanan itu bagi mengelakkan anda mengguna atau menyimpan barang atau makanan yang tidak boleh digunakan lagi.

5. Luangkan masa sekali seminggu untuk mencuci dan memotong sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini akan mempercepatkan penyediaan makanan. Cara ini juga boleh membantu anda menyediakan snek atau makanan ringan yang mudah dibawa ke sana-sini.

Beli Barang Secara Bajet

1. Jangan beli makanan ringan kerana ia lebih mahal dan kurang menyihatkan.

2. Jadi kreatif dan cuba makanan baru. Anda mungkin bertemu dengan makanan murah yang anda suka.

3. Membeli-belah dengan kalkulator dapat membantu anda mengetahui jumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk membeli barang. Jika anda membeli-belah dengan anak-anak, berikan mereka kerja untuk mengira berapa banyak yang dibeli. Cara ini juga dapat membantu anda merancang dalam berbelanja.

4. Beli barangan yang tidak boleh dimakan seperti sabun basuh atau beg sampah di kedai yang menawarkan harga murah.

5. Sentiasa periksa harga barang untuk mengetahui sama ada barang tersebut ada tawaran harga murah atau diskaun. Jika ada kupon, boleh gunakan. Anda juga boleh menggunakan apps membeli-belah yang terdapat dalam telefon pintar anda.

Sumber : Mingguan Wanita via Media Maklumat

5 Amalan Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Perolehi Keberkatan Rezeki Tidak Pernah Putus. Jom Amalkan

Belum sampai hujung bulan poket dah kering. Rezeki bagai tak lekat. Stress giler dibuatnya. Kadang tak tahu di mana silapnya sampai duit gaji tidak pernah cukup. Dah puas berjimat, dah belanja ikut bajet tapi ada je tak kena.

Jangan kata nak menyimpan nak bayar bil pun kadang-kadang ramai yang sangkut. Sebelum kita menyalahkan sesiapa dan terus merungut, apa kata kita audit diri. Mesti ada silap kita sehingga rezeki tidak lekat.

Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah.

  1. Bayar Hutang

Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita.

Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang.

  1. Bagi Duit Pada Mak Ayah

Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki.
Buat baik dengan mak ayah, jangan derhaka dan jangan kedekut dengan mereka. Amalkan tip ini mesti rezeki tidak putus kerana mendapat keberkatan.

  1. Sedekah Punca Rezeki Berkat

Satu lagi cara untuk Allah luaskan rezeki apabila kita memberi sedekah. Kita meringankan beban orang dalam kesusahan. Maka Allah akan gandakan rezeki kita dan Allah beri kita kesenangan.

Jangan berkira nak bagi sedekah, boleh bagi pada sesiapa sahaja yang kita mahu. Tapi ingat bagi sedekah kena ikhlas bukannya menunjuk-nunjuk.

  1. Buat Baik Pada Binatang

Binatang pun ada perasaan, jangan kita dera mereka. Tapi layan binatang dengan kasih sayang. Kalau ada kucing lapar, bagi kucing makan. Jika ada binatang yang cedera, bawa ke klinik untuk dirawat.

Jangan zalim dengan binatang, mereka juga makhluk Allah. Apabila kita baik dengan binatang, binatang akan mendoakan kesejahteraan kita. Rezeki kita akan bertambah, yakinlah dengan janji Allah.

  1. Solat Dhuha

Dalam Islam sudah diajar, salah satu amalan untuk murahkan rezeki adalah melakukan solat Dhuha. Buat secara konsisten, yakin dengan Allah. Insya-Allah kita akan sentiasa diberi rahmat daripada Allah.

Buat 2 rakaat atau 4 rakaat, ikut kemampuan kita. Tak rugi pun luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari meminta Allah melimpahkan nikmatnya pada kita.

Sumber : PelikDunia.com

Sebuah Kisah Bagaimana Tabung Haji Bermula

Awal tahun 1950-an, Ungku Aziz (kini Profesor DiRaja Ungku Aziz yang merupakan pensyarah ekonomi di Universiti Malaya) telah menjalankan satu kajian bertajuk “The mobilisation of domestic savings in South East Asia”. Melalui kajian ini, Ungku Aziz dapat mengkaji bagaimana orang Melayu menyimpan duit dan tujuan mereka menyimpan duit. Beliau mendapati bahawa tujuan utama orang Melayu menyimpan adalah untuk menunaikan haji.

(Gambar) Profesor DiRaja Ungku Aziz

(Gambar) Hasil jualan getah oleh bakal-bakal haji dan gadaian tanah rizab digunakan untuk menampung perjalanan ke tanah suci. Sumber : arkib negara

Selain menyimpan duit secara tradisional (celah atap, bawah bantal etc), orang melayu juga akan membeli beberapa haiwan ternakan dan haiwan-haiwan ini akan dijual bila tiba masanya untuk menunaikan haji. Kita selalu dengar atuk nenek kita jual tanah, kebun, sawah, jual ternakan dan sebagainya untuk ke haji. Sebahagian pula, menyewakan atau memajak harta harta ini untuk beberapa tahun.

(Gambar) 12 April 1966 – Rombongan haji dari Makkah tiba di perlabuhan Port Swettenham menaiki kapal haji “Kuala Lumpur”. Ahli rombongan merupakan antara 453 jemaah yang datang dari Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terangganu dan Kelantan.

Tapi cuba bayangkan, dah bertahun pergi Haji naik kapal dan apabila pulang ke tanah air dah tidak ada aset lagi. Lebih malang ada yang dah jual rumah sekali. Ini sudah tentu tidak baik bagi ekonomi umat Islam di Tanah Melayu.

(Gambar) Antara Syeikh haji yang mengiklankan perkhidmatan mereka.

Selain itu, Jemaah Haji Malaysia perlu mendapatkan sendiri khidmat syeikh-syeikh haji. Meraka ini terdiri daripada ulamak dan broker atau ejen syarikat tempatan. Perkhidmatan yang disediakan tidak seragam dan banyak bergantung pada budi bicara mereka kerana ketika ini belum wujud peraturan atau undang-undang yang menjaga kebajikan jemaah haji.

(Gambar) Dr Zaki Badawi

Bermula dengan kunjungan seorang kawan lama, Dr. Zaki Badawi (almarhum), seorang ulamak dari Mesir, Ungku Aziz cuba mendalami soal riba (faedah) yang dilarang dalam Islam bagi membolehkan rancangannya untuk menubuhkan sebuah tabung kerana orang Melayu menjarakkan diri daripada simpanan bank kerana Riba’. Beliau mahu memastikan wang yang digunakan untuk ke Mekah tidak bercampur riba. Ungku Aziz mengatakan :

“Saya tahu Islam mengharamkan bunga (riba), iaitu bayaran tetap bagi kegunaan pinjaman wang, tetapi tidak melarang sebarang bentuk pembahagian keuntungan yang tidak ditetapkan semasa pinjaman. Jadi soal ini serta soal wang untuk ke Mekah yang saya mahu satukan.”

(Gambar) 1963 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein Mengetuai mesyuarat pertama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji di Kuala Lumpur.

Melihat kepada keadaan ini, Ungku Aziz telah menyerahkan satu memorandum bersejarah bertajuk “Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal–Bakal Haji” kepada kerajaan Malaysia pada Disember 1959. Memorandum ini mencadangkan penubuhan sebuah badan yang boleh menyimpan wang serta menguruskan perjalanan bakal haji ke Mekah. Tabung ini akan memberi pembahagiaan keuntungan bukan pembayaran bunga (riba’) kepada penabung.

Namun, idea ini tidak dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Malaysia tidak dapat membuat keputusan muktamad berhubung dengan soal riba hinggalah apabila Rektor Universiti Al-Azhar iaitu Sheikh Mahmoud Al-Shaltut melakukan kunjungan ke Tanah Melayu.

(Gambar) Syeikh Mahmoud Al-Shaltut, iaitu Pengarah (Sheikh Al-Azhar) Universiti Al-Azhar

“Setelah menerima memorandum itu, Kerajaan telah mengundang delegasi Arab yang pakar dalam soal ini untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut lagi dengan saya.”

“Tanggungjawab mengendalikan soal ini diberi oleh Kerajaan kepada Datuk Khalid bin Awang Osman. Beliau mengadakan pertemuan yang dihadiri oleh Syeikh Mahmoud Al-Shaltut, iaitu Pengarah (Sheikh Al-Azhar) Universiti Al-Azhar. Kepada beliaulah terletaknya kata putus. Kalau tak silap, hampir dua belas orang tiba. Perbincangan itu diadakan di tempat kediaman saya dan pada masa itu Allahyarham Haji Wan Kadir, Timbalan Menteri dari Kuala Terengganu menjadi jurubahasa kami.” kata Ungku Aziz.

“Perbincangan itu penting kerana kerana kalau delegasi tersebut menolak cadangan saya, maka kerajaan tidak akan meneruskannya. Jadi, lama juga kami berbincang, saya memang sudah sedia untuk menjawab setiap yang dikemukakan termasuk pelaksanaannya nanti. Berbagai-bagai soalan dikemukakan pada saya dalam pertemuan itu. Nampaknya mereka sedar konsep ini belum ada dalam dunia Islam dan akhirnya mengakui ini memang satu langkah yang baik, sambil bergurau memuji pula,” kata Ungku Aziz.

Setelah mengkaji secara mendalam Rektor Al-Azhar merasa yakin sepenuhnya tentang kebaikan cadangan ini malah beliau menyifatkan rancangan itu sebagai usaha yang akan memberi manfaat besar kepada umat Islam.

(Gambar) 2 September 1968 – Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein merasmikan pembukaan bangunan Tabung Haji di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Pada Jun 1960, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kebajikan Ekonomi Bakal-Bakal Haji yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Muda Kementerian Luar Bandar, Tuan Haji Abdul Khalid bin Awang Osman. Jawatankuasa ini kemudiannya mengemukakan Kertas Putih 22/62 pada Kerajaan pada 24 Januari 1962. Pada September 1962, Rang Undang-Undang Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji telah dilulusakan Parlimen. Maka lahirlah Tabung Haji.

Sumber : FB Ambil Peduli

‘Geniusnya Orang Melayu Dulu’ – Ini 4 Sebab Kenapa Rumah Melayu Dinobatkan Memiliki Seni Bina Terbaik Dunia

Saya rasa orang Melayu dulu cukup genius. Bahkan, pensyarah saya pun cakap Rumah Melayu dinobatkan antara architecture terbaik di dunia. Wow tak wow.

Jadi, disebabkan saya sangat suka dengan Rumah Melayu, izikan saya berkongsi sedikit ilmu. Kalau ada yang kurang, mohon tambah ya.

LALUAN ANGIN.

Perasan tak, bila kita balik ke kampung, rumah kayu ni sejuk saja. Nak-nak lagi pada waktu tengah malam, pehhh kalah rumah berhawa dingin. Merekot kesejukan kalau tak ada selimut.

Sebabnya, rumah kayu ada banyak laluan angin. Papan lantai rumah ada sedikit ruang. Atas tingkap ada lubang angin. Bumbung pula kebiasaannya berlapis. Kalau tidak pun, mesti ada lubang angin.

Kenapa?

Sebab haba (angin panas) bergerak dari bawah ke atas. Bila ada banyak lubang angin, haba ada laluan untuk keluar. Sebab itu, kalau rumah ada siling tinggi rasa kurang panas berbanding dengan rumah bersiling rendah.

PINTU MASUK LELAKI LAIN, PEREMPUAN LAIN.

Masa saya kecil-kecil dulu, bila ikut Mak pergi kenduri di kampung, orang perempuan mesti masuk ikut pintu tengah atau pintu dapur. Saya jadi pelik. Macam tak adillah, sebab ayah masuk ikut pintu depan.

Rupanya, pengaruh Islam bukan setakat pada agama saja, bahkan dalam kehidupan seharian orang Melayu itu sendiri.

Sebab itu ada 2 pintu. Biasanya ruang anjung atau serambi, ruang untuk orang lelaki berbual-bual. Orang perempuan pula bersosial sebelah dalam rumah; bahagian dapur atau rumah ibu. Rumah ibu ni biasanya bahagian tengah rumah dan sedikit luas. Kalau tengok cerita drama, biasanya mak-mak terlantar sakit di ruang rumah ibu inilah.

RUMAH TINGGI.

Pernah terfikir tak kenapa rumah kampung ni tinggi? Ada banyak faktor sebenarnya.

Rumah kampung dulu tak ada pagar. Masa dulu, orang lalu celah-celah rumah kalau nak ke kedai atau surau. Cuba bayangkan kalau kita tak dapat kawal mata, mau kita skodeng rumah orang lain. Atas sebab itu jugalah, kenapa rumah kampung biasanya tinggi-tinggi.

Selain itu, nak elak binatang buas atau liar masuk ke dalam rumah dan juga faktor iklim kita iaitu musim hujan yang kadang-kalanya menyebabkan banjir.

Lagipun, ruang bawah rumah boleh dijadikan tempat simpanan barang. Macam stor.

KIBLAT LURUS.

Bila saya balik kampung Mak atau Ayah, nak cari kiblat cukup mudah. Bentang saja sejadah, tegak dan lurus.

Biasanya bahagian depan dan belakang rumah menghadap arah Utara Selatan. Manakala bahagian kiri kanan rumah menghadap Timur Barat. Secara tak langsung, rumah menghadap kiblat dan laluan angin (cross ventilation). Sebab itu kalau duduk di serambi, sedap ditiup angin sepoi-sepoi.

Orang dahulu, bukan setakat bahasanya indah. Semuanya berseni. Bahkan susun atur rumah pun bermaksud.

Ini sajalah yang saya boleh share. Jenuh jugalah nak ingat kembali apa yang saya study dulu. Dengan harapan, dah tua nanti merasa duduk kampung ada kebun.

Manalah tahu kan.

Nazia Suhaimi
Belajar architecture dulu tapi sangkut.

Sumber : Nazia Suhaimi

Lelaki Ini Ikat GoPro Pada Belon Dan Lepaskan Ke Angkasa. Hasil Rakamannya Buat Ramai Teruja

Pada tahun 2015 seorang lelaki di Amerika Syarikat telah membuat satu projek di mana dia akan menggunakan belon dan kamera gopro untuk melihat bumi dari angkasa.

Ramai tidak sangka bahawa projek tersebut akan berjaya atau boleh sampai ke angkasa melepasi bumi.

Namun akhirnya, projek itu berjaya katanya

Lelaki tersebut telah merakamkan perjalanan belon tersebut hanya menggunakan kamera GoPro sahaja. Sungguh menakjubkan.

Berbekalkan sebuah belon udara bersaiz besar, kamera tersebut kemudiannya diikat dan dilepaskan ke udara.

Kos & Peralatan Yang Di Gunakan

Bajet saya jauh lebih rendah, sebahagiannya kerana saya sudah mempunyai GoPro  dan banyak komponen lain yang saya hasilkan sendiri. Saya menganggarkan secara keseluruhannya saya  membelanjakan kira-kira $ 400 (RM1600++), di mana kos utama adalah GPS dan Helium.

Components
I spent a lot of time in hardware and party stores only to find out that I could get almost everything I needed on Amazon.

Things I procured on my own:

  • Styrofoam Cooler
  • Radar Reflector: Cardboard covered in aluminum foil
  • Parachute cord
  • GoPro
  • Mophie Battery Charger

Things I had to buy:

  • Balloon (amazon) $60 (RM240+), I got a 600gram weather balloon (good starting size)
  • Helium ( I contacted several local welding/gas suppliers and they rented me a 125 cubic foot tank for a cash down payment and then I paid the difference when I returned the tank) ~ $80 (RM320+)
  • GPS $200 (RM800+) 🙁 (will talk about more later)
  • 6′ Parachute $40 (RM160+) (this could be homemade but I was lazy plus it seemed kind of important for it to work well) the red/blue thing
  • Helium regulator/filling hose: I had to get the helium from 2000 psi in the tank into my fragile balloon without ripping it. I bought a helium regulator (amazon “economy helium regulator valve” $17) and then cinched a 1″ hose to the end for easy filling.

Bagaimana Kamera Gopro itu akan pulang ke bumi?

Menurut lelaki yang menjalankan projek tersebut, di saat belon itu pecah satu payung terjun akan dilepaskan secara automatik supaya kamera Gopro tersebut boleh mendarat dengan selamat dan tidak terlalu laju sehingga boleh merosakkan kamera sewaktu jatuh ke tanah.

Bagaimana Nak Mencari Mamera? Mesti Jatuh Di Mana-Mana

Satu alat pengesan GPS telah pun dipasang pada Goro tersebut dan isyaratnya akan direfresh setiap 5 minit. Jadi tidak sukar untuk mencari kecuali ianya terjatuh ke dalam laut.

Ramai tanya kenapa buat eksperimen ini? Ini jawapan beliau

” Kebanyakan orang bertanya kenapa saya melakukan benda ini. Sebenarnya, saya mempunyai banyak masa terluang justeru saya terfikir untuk menjadikannya sebagai hobi dan berkongsi sesuatu yang bermakna seperti ini dengan orang ramai. Keduanya, saya merasakan angkasa itu belum terlalu diterokai.

Video tersebut dikatakan telah tular pada sekitar disember tahun 2015. Rakaman yang menakjubkan ini menunjukkan betapa indahnya dunia dari atas dan secara JELAS nya menunjukkan BUMI itu SFERA (BULAT)

Sumber : Kuala Lumpur Viral & Imgur.com