Jangan Sesekali Tinggal 2 Amalan Sunnah Ini Selepas Solat Subuh Dan Maghrib

Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :

اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار

“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”

Boleh juga membaca :

اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار

“ Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”

Apakah fadilat amalan yang pertama?

Hadis daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘

Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’. ”

(Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”

Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

Apa pula fadilat amalan yang kedua?

Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda,

“ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.”

(Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

*Semoga menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta ditempatkan di SyurgaNya.. insyaAllah 

Sumber : Islamic.Info

95% Tepat & Terbukti. Cara Anda Pegang Telefon Bimbit Mendedahkan Keperibadian Sebenar Anda

Dewasa ini, satu perkara yang selalu dilakukan oleh hampir semua orang setiap saat adalah membelek-belek telefon bimbit dalam genggamannya. Namun, tanpa disedari, cara anda memegang telefon bimbit itu sebenarnya menunjukkan keperibadian anda yang sebenarnya!

Pilih cara anda memegang telefon bimbit daripada empat pilihan di atas.

Jawapan A – (Memegang Telefon Bimbit Dengan Satu Tangan Dan Menaip Dengan Jari Dan Tangan Yang Sama)

  • Watak Luaran

Tidak ada yang boleh mengalahkan, gerak hati anda yang kuat, anda berperwatakan menarik, serta mempunyai daya ingatan yang kuat. Anda sukar untuk melepaskan seseorang yang dicintai dan mempunyai perwatakan yang agak bermisteri. Pekerja keras, dan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, bercita-cita tinggi, cekap dan fleksibel. Penuh bakat, kreativiti, dan senang bergaul dengan orang ramai.

  • Watak dalaman

Sebenarnya anda sedikit pun tidak sembrono atau memiliki keperibadian yang tidak sembarangan kerana anda tahu siapa yang melayan anda dengan baik dan sebaliknya. Anda boleh membezakan apa itu namanya benci dan cinta. Namun kadang kala anda mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar akan tetapi sebenarnya anda tidak mempunyai maksud apa-apa.

Anda ialah seorang yang berfikiran bahawa semua orang di dunia ini boleh merasakan kebahagiaan dan berharap dunia ini adalah dunia yang indah.

  • Percintaan

Apabila anda percaya pada seseorang, maka anda akan percaya sepenuhnya. Perlindungan terhadap diri sendiri anda sangat kuat, sekali anda disakiti, maka anda sukar untuk mempercayai kembali. Anda orang yang rela berkorban dan rela memberikan apa-apa kepada pasangan kerana anda ialah insan yang selalu menghargai suatu hubungan percintaan. Berita baiknya, anda merupakan jenis pasangan yang sukar sekali ditemui.

Jawapan B  – (Memegang Telefon Bimbit Dengan Satu Tangan Dan Menaip Dengan Jari Tangan Sebelah)

  • Watak Luaran

Sensitif, imaginatif, mempunya gerak hati yang kuat, suka membantu, dan penuh simpati. Mempunyai personaliti yang bertenaga dan sedikit tidak sabar. Anda sukakan pengembaraan, lucu, mampu menepis ejekan orang lain dengan senda gurau.

  • Watak Dalaman

Anda jenis yang ingin dilindungi, diperlakukan dengan baik, gemarkan perhatian dan membuatkan orang lain di sekeliling berasa senang dengan anda. Anda terlalu baik dan tidak memiliki pendirian yang cukup kuat yang membuatkan diri anda sering dimanipulasi oleh orang lain.

Anda jenis orang yang senang akan kesederhanaan. Orang yang ada di sekeliling hanya perlu memberikan perasaan yang jujur terhadap anda. Ada kalanya anda terlalu baik, sukar untuk bersikap keras, sering digunakan orang. Sebenarnya anda juga bukan orang yang sembrono, anda tahu dengan jelas siapa yang baik terhadap anda, begitu juga sebaliknya, anda tahu bagaimana membezakan antara benci dan cinta.

  • Percintaan

Anda jenis orang yang tidak boleh meluahkan perasaan, sering kali pasangan anda berasa kurang merasakan kasih sayang walaupun anda sudah cuba menyatakan. Anda tidak boleh berpura-pura dan anda termasuk orang yang boleh mengawal perasaannya sehinggakan orang lain tidak tahu dengan perubahan emosi anda. Namun itu bukan bermakna anda seorang yang tidak mempunyai emosi, anda jenis orang yang rela menahan emosi walaupun anda mencintai seseorang. Anda terbiasa baik pada orang lain, tidak pernah tahu apa yang namanya egois.

Jawapan C – (Memegang dengan kedua-dua tangan dan menaip dengan kedua-dua ibu jari)

  • Watak Luaran

Penuh bakat, kreativiti, dan daya tarikan, punya pergaulan yang luas. Murah hati, pintar, percaya diri dan menarik, rasa harga diri tinggi, dan mengutamakan kekuasaan. Pekerja keras, melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, penuh dengan cita-cita, cekap dan fleksibel.

  • Watak Dalaman

Mempunyai personaliti hati yang lemah, sesuatu perkara yang ingin anda lakukan selalu saja terhalang oleh ketakutan yang anda cipta sendiri. Anda takut akan kekecewaan kerana harapan yang terlalu tinggi. Anda hanya memerlukan orang yang memahami di samping anda.

Kamahuan anda juga tidak terlalu banyak, anda hanya perlu mencari seseorang yang sangat memahami akan diri anda sepenuhnya. Anda juga orang yang boleh mencintai orang dengan apa adanya, tulus serta tidak berkira-kira.

  • Percintaan

Kenangan masa lalu sangat sukar anda lupakan. Sering ragu dan hanya selalu berharap terhadap seseorang yang dekat dengan anda. Namun anda akan kembali ragu untuk meletakkan harapan yang tinggi.

Anda merasakan diri anda kurang baik di sampingnya dan tidak peduli dengan perasaan anda sendiri. Kerana terlalu cinta pada seseorang, anda tidak mahu membuatnya benci, jadi anda selalu berpura-pura seolah-olah anda tidak apa-apa.

Jawapan D = Memegang dengan satu tangan dan menaip dengan jari telunjuk tangan sebelah yang lain

  • Watak Luaran

Sangat kreatif, bijak, berfikiran tajam. Berpandangan realistik, suka akan keindahan dan seni, mempunyai perhatian sensual dan kadang-kala terlalu banyak berfikir. Berfikiran cerdas, penuh daya tarikan, menjunjung tinggi keharmonian.

  • Watak Dalaman

Anda jenis orang yang lebih memilih untuk diam dan tidak berkata apa-apa, tapi itulah daya tarikan anda. Anda rela berkorban untuk orang lain agar mereka tidak disakiti. Adakalanya kata-kata anda terlalu menyakitkan tetapi anda tidak punya maksud seperti itu. Sebenarnya anda juga bukan orang yang sukar difahami cuma sukar untuk mencari orang yang sesuai dengan anda. Anda berharap akan keindahan dunia ini, dan semua orang akan berbahagia. Asalkan orang lain boleh memahami anda, ini juga sudah cukup bagi anda.

  • Percintaan

Sebenarnya anda tidak suka berada di khalayak ramai dan keadaan yang sesak. Bagi anda, tempat yang selesa, dan sudah terbiasa itu barulah tempat yang selesa, begitu juga dengan cinta. Kelemahan terbesar anda terletak pada hati anda yang mudah luluh dan itu yang membuatkan anda mudah sekali untuk disakiti ketika ada pertengkaran dengan pasangan anda. Anda juga jenis orang yang mudah kasihan jika ada orang yang menangis di depan anda, sehingga anda bersimpati dan memaafkan.

Kredit : Era Baru

Kenapa Perlu Amalkan 2 Ayat Terakhir Surah At-Taubah? Anda Pasti Tak Sangka..

Mengamalkan wirid 2 (dua) ayat terakhir dari surah at-Taubah atau ayat 128-129 sangat luar biasa besar fadhilah dan khasiatnya. Banyak ulama dan guru ngaji yang menganjurkan untuk mengamalkan wirid dua ayat terakhir dari surat at-Taubah ini. Rahsia yang terkandung di dalamnya sangat besar, sehingga akan mampu memberi banyak manfaat bagi pengamalnya. Apa saja khasiat dan manfaat serta fadhilah mengamalkan dua ayat terakhir surat at-taubah itu ?

Inilah beberapa diantaranya:

  1. Wiridkan secara istiqomah 7 x sehabis shalat maghrib, Insya Allah rezeki akan lancar
  2. di baca 7 x sehabis shalat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu hitam
  3. di baca 100 kali sehabis shalat hajat, Insya Allah mempercepat terkabulnya hajat.
  4. Untuk kekebalan dari segala macam senjata lawan yang menyerang.
  5. Untuk pengubatan,caranya dibacakan ke air / kemedia lainnya, lalu tahan nafas sambil membacakan ayat tersebut di dalam dada dan hembuskan ke air putih untuk di minumkan kepada yang sakit
  6. Insya Allah didalam dada anda akan Allah berikan suatu rahsia yang hanya anda sendiri yang mengetahuinya kelak
  7. Dan janganlah anda risau dan takut, kerana anda akan di datangi dan dikawal oleh beberapa khadam dari golongan Muslim.
  8. Mencegah dari segala macam sihir, guna-guna, hipnotis dan lain-lain.
  9. Merubah nasib yang buruk menjadi lebih baik.
  10. Mempunyai kharisma yang besar.
  11. Diberikan umur panjang dan selalu sihat, insya Allah.
  12. Terhindar dari segala marabahaya yang datang tak diduga.
  13. Pelaris segala macam usaha.
  14. Mahabbah untuk umum.

Inilah ayatnya :

LAQOD JAA-AKUM RASUULUM MIN ANFUSIKUM AZIIZUN ALAIHI MAA ANITTUM HARII-SHUN ALAIKUM BILMU’MINIINA RAUUFUR RAHIIM.

FAIN TAWALLAU FAQUL HASBIYALLAAHU LAAILAAHA ILLAA HUWA ALAIHI TAWAKKALTU WAHUWA RABBUL ARSYIL AZHIIM.

Ertinya :

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung”.(QS.At-Taubah :128-129).

Di samping mengamalkan dua ayat tersebut di atas, ada juga riwayat dari Nabi yang secara khusus menyebutkan potongan ayat dari ayat terakhir, yaitu:

حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ

“Allah-lah yang mencukupi (segala kebutuhanku), tiada ilah (yang berhak disembah) kecuali Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dia-lah Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung.”

Ada riwayat dari Nabi sebagai berikut:

Dalam hadits dari Abu Ad Darda’ radhiyallahu ‘anhu disebutkan bahwa barangsiapa yang mengucapkan dzikir tersebut di shubuh dan petang hari sebanyak tujuh kali, maka Allah akan memberi kecukupan bagi kepentingan dunia dan akhiratnya. (HR. Ibnus Sunni no. 71 secara marfu’ (sampai pada Nabi shallallahu alaihi wa sallam), Abu Daud secara mauquf (sampai pada sahabat) (4/321, no. 5081). Syaikh Syu’aib dan Abdul Qodir Al Arnauth menyatakan sanad hadits ini shahih dalam Zaadul Ma’ad (2/376))

Itulah amalan wirid dua ayat terakhir dari surat at-taubah yang boleh anda lakukan, semoga boleh menambah khazanah perbendaharaan wirid anda, dan anda semakin kuat secara lahir dan batin dengan berbagai wirid yang diamalkan. Amin

Sumber : Resepi Mudah

Inilah DOA Memancing Ikan Dalam Al Quran Yang Sangat Mustajab

Doa mancing ikan dalam Al-Quran,- Berdoa dalam memulai pekerjaan apapun merupakan satu tindakan terpuji. Termasuk jika Anda ingin memulai memancing ikan. Doa mancing ikan yang sering kali dilakukan para pemancing seakan menjadi ritual wajib jika ingin mendapatkan hasil yang memuaskan.

Mendapatkan ikan yang banyak tentu saja merupakan tujuan utama pemancing. Berbagai upaya selalu dilakukan sebelum berangkat memancing. Mulai dari menyiapkan alat mancing ikan, meracik umpan, dan biasanya survei tempat sebelum hari H. Hal ini dilakukan agar benar-benar maksimal mendapatkan hasil yang memuaskan.

Yang Saya sering perhatikan adalah ketika seorang pemancing ikan akan menghadapai satu perlombaan memancing. Mereka seperti akan menghadapi perang, semua perlengkapan sudah dipersiapkan sampai detail. Sepertinya memang begitu sibuknya dari sehari sebelum keberangkatan. Memancing ikan sebetulnya menguji kesabaran, ketenangan bahkan rasa bosan. Namun disitulah letak keindahan dalam memancing.

Satu hari, Saya secara tidak sengaja bertemu dengan seorang pemancing, boleh dibilang pemancing hebat dan berpengalaman. Hal yang membuat Saya yakin bahwa dia seorang profesional adalah ketika Saya melihat begitu banyak perlengkapan memancing di rumahnya beserta banyak video dan photo-photo saat dia memancing ikan di laut atau di sungai.

Bukan hanya itu saja, dia bercerita banyak hal tentang memancing, bagaimana dia harus mempersiapkan perlengkapan sampai teknik-teknik memancing. Begitu detailnya. Sampai pada satu saat dia juga bercerita bagaimana harus mengadakan ritual serta doa sebelum berangkat dan saat sampai di tempat dimana dia memancing. Hal ini membuat Saya begitu serius mendengarkan.

Ada yang menarik disini. Doa yang Saya bayangkan adalah berupa jampi-jampi atau semacam ritual kejawen, Namun ternyata doa yang dimaksud berupa ayat Al-Quran yang intinya bahwa apapun rahmat yang dilimpahkan Allah kepada makhluknya tak ada sesuatu apapun yang dapat menahannya.

Sangat luar biasa. Doa seperti inilah yang sebenarnya sangat diperlukan dalam melakukan hal apapun yang positif tentunya. Usaha-usaha ini tentu merupakan suatu wujud ikhtiar yang baik dalam mencapai tujuan Anda berangkat memancing. Namun, alangkah baiknya jika upaya-upaya tersebut diiringi dengan suatu doa.

Doa dan usaha memang merupakan satu kesatuan yang tak bisa dilepaskan ketika Anda ingin mengapai sebuah tujuan. Oleh karena itu, doa mancing ikan memang perlu agar mendapat banyak dan tentunya sesuai dengan ajaran Islam.

Doa mancing ikan sendiri pada kenyataannya tidak pernah diriwayatkan di zaman Rosululloh. Hanya saja, ada satu doa yang menurut banyak orang sangat tepat untuk dipanjatkan ketika akan memasang umpan dan melemparnya ke dalam kolam atau sungai.

Doa ini merupakan wujud dari pujian kepada Allah SWT. Sekaligus harapan agar kegiatan mancing yang dilakukan bisa dicatat sebagai bentuk ibadah dan mendapat ikan yang banyak

INGAT : Doa di bawah ini Tidak hanya Di baca saat mau berangkat memancing, namun doa ini baiknya dipakai saat ada hal yang Anda inginkan. Maka amalkanlah ayat Al-Quran ini.

Inilah Sesungguhnya Doa mancing ikan dalam Al-Quran yang paling ampuh. bacaan Al’Quran ini saya tuliskan dalam bahasa indonesia jika anda mencari bacaan dalam bahasa arab anda bisa cari di Al-Quran Surah (Al-Fathir ayat 2-3)

Percayakan sepenuhnya kepada Sang Pencipta Alam, rezeki, maut dan jodoh adalah kehendak-Nya. Banyak orang yang menggunakan jimat mancing ikan atau mempercayai hal lain selain Allah yang Maha Kuasa merupakan bentuk dari sifat musyrik. Hal ini yang harus Anda hindari.

Memang, pada hakikatnya manusia harus berikhtiar, harus berusaha mencari solusi. Tapi tentu saja solusi yang baik yang tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran Allah dan Rasulnya. Yang lebih ngeri lagi, maraknya sekarang tentang mantra mancing ikan yang ramai diperjualbelikan. Menurut Saya sangat bertentangan dengan nilai-nilai ajaran agama apapun. Dan itu tidak baik.

Dan saya ingatkan lagi bahwa Tugas kita sebagai manusia hanya bisa berdoa dan berusaha untuk selebih nya Rizki Hanya sang pencipta yang tau, Kita hanya cukup yakin dan percaya kalau rezeki pasti Sampai kepada kita Mudah mudahan setelah mengamalkan ayat Al-Quran anda mendapatkan hasil ikan yang memuaskan.Semoga artikel saya tentang Doa mancing ikan dalam Al-Quran yang Sangat Mustajab Bermanfaat Untuk Semuanya, mohon maaf jika ada salah dalam penulisan artikel di atas.

Sumber: doamancing.blogspot.com

Ini Rupanya Beza Antara ‘Nafkah Isteri’ Dan ‘Wang Belanja’. Ramai Suami Ambil Mudah!

Banyak orang menganggap bahawa nafkah yang wajib diberikan seorang suami kepada isterinya adalah wang untuk mencukupi keperluan seharian, atau yang biasa disebut sebagai wang belanja.

Namun, tahukah kamu, ternyata nafkah isteri dan wang belanja adalah dua hal yang berbeza. Wang belanja berupa wang untuk memenuhi keperluan seharian seperti makan, membayar bil elektrik dan air, dan bayaran keperluan hidup lainnya. Sedangkan nafkah isteri adalah yang khusus yang diberikan suami kepada isterinya atau wang belanja untuk isteri. Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. (QS. An-Nisa’: 34)

Sudah menjadi kewajiban seorang suami yang harus memberi nafkah kepada isterinya berupa wang belanja dan nafkah khusus untuk isteri. Rasulullah Salallahu ‘Alaihi wa Salam bersabda: “Dan mereka (para isetri) mempunyai hak diberi rezeki dan pakaian (nafkah) yang diwajibkan atas kamu sekalian (wahai para suami).” (HR. Muslim: 2137)

Dalam hadis ini disebutkan dua nafkah yang wajib diberikan seorang suami kepada isterinya, iaitu rezeki (wang belanja) dan pakaian (nafkah isteri). Namun, Islam juga tidak memberatkan kepada para lelaki untuk memberikan nafkah kepada isterinya. Para suami memang wajib memberikan nafkah pada isterinya, namun tetap sesuai dengan kemampuannya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf, Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.” (QS.al-Baqarah: 233)

Para isteri juga harus memiliki sifat qana’ah dengan cara bersyukur untuk setiap rezeki yang diberikan suaminya dan mengaturnya sebaik mungkin, seperti yang dinasihatkan Rasulullah Salallahu ‘Alaihi wa Salam saat Hindun binti Itbah mengadu pada Rasul tentang suaminya yang kikir. Rasulullah Salallahu ‘Alaihi wa Salam bersabda:

“Ambil-lah nafkah yang cukup untukmu dan anak- anakmu dengan cara yang wajar.” (HR.Bukhori: 4945)

Jadi, untuk para suami, mulai sekarang asingkanlah wang untuk memberi nafkah isteri juga selain untuk memberi wang belanja. Untuk para isteri, boleh mengingatkan suaminya untuk memenuhi kewajiban nafkah isteri, namun lakukan dengan cara yang wajar dan bersyukurlah atas setiap nafkah yang diberikan suami. Insha Allah akan membawa berkah dalam kehidupan keluarga. Aamiin.

3 Nafkah Suami Wajib Berikan Kepada Isteri. Nampak Biasa-Biasa Sahaja Tapi Jika Tidak Ditunaikan Besar Akibatnya.

Nafkah untuk isteri?

Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suami. Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.

Nafkah isteri merupakan wang yang khusus diberikan oleh suami kepada isterinya untuk digunakan bagi kepentingan peribadi isteri. Wang nafkah merupakan kewajiban suami untuk membahagiakan isteri.

Wang perbelanjaan rumah tangga merupakan kewajipan suami sebagai ketua rumah tangga bagi memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya agar kehidupan menjadi lebih sempurna.

Persoalan ini turut diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus bagi memberi kepastian berkenaan soal nafkah.

Soalan:

Jika suami sudah sediakan makan minum, tempat tinggal, pakaian dan segala keperluan rumah, adakah suami perlu memberi duit setiap bulan kepada isteri?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:

Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian dan tempat tinggal, maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri.

Jika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main Facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja setiap bulan.

Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri minta baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat tak ingat pulak.

Jangan lupa, isteri juga yang mengandung sembilan bulan dan dia yang menggadai nyawa melahirkan anak kita dengan kesakitan yang amat sangat semasa nak keluar anak. Suami ada rasa sakit begitu? Tak ada. Yang adanya suami hanya duduk mundar-mandir saja di luar bilik bersalin, kadang-kadang siap mengorat nurse lagi.

Jadi, suami cuba fikirlah sama ada dengan memberi seribu ringgit sebulan untuk isteri itu cukup atau tidak berbanding dengan kesakitan dia melahirkan anak, kesusahan dia menjaga anak, beri susu anak, basuh berak anak, dan sebagainya.

Oh, Ini Rupanya Doa Yang Rasulullah SAW Baca Sebaik Solat Dhuha, Bagi Rezeki Mengalir Lancar & Mudah

Solat Dhuha selalu dikaitkan dengan urusan rezeki, kebanyakan dari kita setelah solat Dhuha doa minta kelancaran rezeki.

Itu yang sering dilakukan..

*Tapi tahukan anda apa doa Rasulllah setelah solat Dhuha ?*

Setelah melakukan survey kecil-kecilan keorang awam hampir 100% tidak ada yang tahu doa ini.

Apa Doa nya ?

Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam selesai solat Dhuha, beliau mengucapkan:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ

*”ALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB ‘ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR ROHIIM”*

(Ertinya: *Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang)*
sampai beliau membacanya seratus kali.”
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619 )

Doa ini dibaca seratus kali setiap solat Dhuha.

Mengapa doa Rasullallah tiada berkaitan dengan rezeki?

Kata orang solat Dhuha untuk memperlancar rezeki.

Jadi begini….

Bukan rezeki yang tidak datang tapi dosa dosa kita yang menghalangi rezeki itu masuk.

Kalau dosa-dosanya sudah diampuni, In shaa Allah rezeki mengalir lancar karena penyumbatnya, penghalangnya (dosa) sudah tidak ada.

Doanya dibaca 100x, Pagi kan kita sibok kerja, banyak urusan, kalau harus baca 100x sambil duduk ditempat solat mungkin tiada kesempatan, jadi bagaimana?

Doanya boleh dibaca sambil membuat kerja, kerja sambil komat kamit baca doa.

Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”
(HR. Muslim no. 1893).

Ilmu Harus Diamalkan Agar “Menghasilkan”

Ilmu Harus Disebarluaskan Agar Menjadi “Tabungan Kebajikan”

Semoga bermanfaat untuk kita semua… Aamiin

INILAH AKIBAT SHALAT DHUHĀ

Banyak Orang Yang belum tahu apa akibat yang akan mereka rasakan bila rajin Shalat Dhuha.

Beruntung sekali anda punya kesempatan membaca tulisan dibawah ini, semoga memjadi pelajaran berharga untuk kita semua.

Seperti diungkap oleh Prof. DR. Abūya As Sayyid Al Habib Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz Al-Maliki Al Hasani Al Makki Al Mukarromahi Al Musyarafahi Al Hijjazi Al Haramaini dalam bukunya Khashaish al-Ummah al-Muhamadiyah tentang keutamaannya, penulis membeberkan keutamaan-keutamaan yang disediakan oleh الله ﷻ وتعالى bagi hamba yang menunaikannya lengkap dengan sumber haditsnya.

Pertama
orang yang shalat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh الله ﷻ وتعالى. “Barangsiapa yang selalu mengerjakan shalat Dhuha niscaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Imam At Turmudzi RH)

Kedua
Barangsiapa yang menunaikan shalat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada الله ﷻ وتعالى. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan shalat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR. Imam Al Hakim RH).

Ketiga
Orang yang menunaikan shalat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ‘Ibadah dan tha‘at kepada الله ﷻ وتعالى. “Barangsiapa yang shalat Dhuha dua raka‘at, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat raka‘at, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ‘Ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam raka‘at, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya delapan raka‘at, maka الله ﷻ وتعالى tulis dia sebagai orang yang tha‘at. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka الله ﷻ وتعالى akan membangun sebuah rumah di surga untuknya.” (HR. Imam At-Thabrani RH).

Keempat
Orang yang istiqamah melaksanakan shalat Dhuha kelak ia akan masuk surga lewat pintu khushush, pintu Dhuha yang disediakan oleh الله ﷻ وتعالى. “Sesungguhnya di dalam surga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Qiyamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hiddup di dunia selalu mengerjakan shalat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat الله ﷻ وتعالى.” (HR. Imam Ath-Thabrani RH).

Kelima
الله ﷻ وتعالى menyukupkan rezzeqinya. “Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, niscaya Aku ( الله ﷻ وتعالى) akan menyukupimu di akhir harimu.” (HR. Abu Ad Darda`).

Keenam
Orang yang mengerjakan shalat Dhuha ia telah mengeluarkan shedeqah. “Hendaklah masing-masing kamu beshedeqah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah shedeqah, setiap tahmid adalah shedeqah, setiap tahlil adalah shedeqah, setiap takbir adalah shedeqah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah shedeqah, mencegah yang mungkar adalah shedeqah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua raka‘at sholat Dhuha.” (HR Imam Muslim R.‘A).

Setelah Baca Tulisan Diatas Masih Punya Alasan Untuk Meninggalkan Shalat Dhuha ?

Shalat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita kerjakan sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya shalat dzhuhur.

Kalo menggunakan jam, kira kira 15 menit setelah syuruq – 15 menit sebelum dzhuhur.

( apa itu syuruq ? Bisa dilihat jadual shalat di masjid-masjid atau donlowad jadual shalat di playstore )

Semoga Bermanfaat.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Sumber : Kamarudin Badjo
Sumber : Ustaz Iqbal Zain

Inilah Cara Solat Jamak Taqdim and Takhir Yang Betul Dari JAKIM

Selalunya, di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), kita biasa nampak tatacara, panduan dan cara solat jamak dan qasar di dinding surau. Bila mahu solat, kita baca. Lepas itu, lupa. Jika singgah lagi di R&R, baca lagi. Selepas itu, lupa lagi. Mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita selalu lupa.

Apa tidaknya, jika tidak selalu diamalkan, kita akan terlupa cara solat jamak. Kena selalu praktis cara solat jamak jika bermusafir agar terus lekat dalam kepala. Di bawah ini ialah panduan sembahyang musafir atau cara solat jamak yang diambil menggunakan kamera di salah satu Hentian R&R PLUS.

Cara Solat Jamak

Gambar ihsan PLUS. Di ambil di Hentian R&R Tangkak, Arah Selatan. Klik untuk saiz yang lebih besar.

Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak. Namun, bagi orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. Oleh yang demikian, ini adalah perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.

APA ITU SOLAT JAMAK?

Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

APAKAH SYARAT SOLAT JAMAK?

UNTUK SOLAT JAMAK TAQDIM:

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.

2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

UNTUK SOLAT JAMAK TAAKHIR:

1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

BAGAIMANA CARA DAN CONTOH NIAT SOLAT JAMAK?

UNTUK JAMAK TAQDIM:

1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

UNTUK JAMAK TAAKHIR:

1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

AKHIR KATA

Semoga artikel cara solat jamak ini dapat membantu kita melakukan ibadah, walau di mana kita berada. Usah sesekali meringankan solat, walaupun bermusafir. Untuk menghimpunkan dan memendekkan rakaat solat, baca panduan solat jamak qasar yang betul. Harus diingat, yang dibolehkan hanya solat Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak sahaja.

Walaubagaimanapun, jika hanya ingin memendekkan solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’, ikuti panduan solat qasar dari JAKIM. Semoga perjalanan kita mendapat keredhaan Allah.

20 Tip Masuk Ke ‘Raudhah’ Khas Buat Jemaah Wanita

Menziarahi Rasulullah di bumi Madinah, adalah salah satu impian yang ada pada setiap orang Islam. Sementelah dalam beberapa hadith, Nabi pernah mengatakan bahawa sesiapa yang menziarahi baginda selepas kewafatan baginda, maka mereka seolah-olah telah menziarahi Nabi semasa hayat baginda.

Nabi juga bersabda bahawa orang yang menziarahi baginda, berpotensi dan mungkin mendapat syafaat baginda kelak.

Rasulullah dimakamkan di Madinah, di dalam bilik yang pernah menjadi rumah Saidatina Aishah. Bilik ini sebenarnya adalah rumah Rasulullah, dengan ukuran anggarannya 7 meter darab 8 meter.

Bilik Saidatina Aisyah ini diduduki oleh beliau selepas kewafatan Nabi sehinggalah beliau sendiri meninggal dunia dan dikuburkan di Baqi’.

Raudhah mempunyai ukuran sekitar 22 meter panjang dan 15 meter lebar. Pada hari kiamat nanti, Allah akan menjadikan di bawah mimbar Nabi, mengalirnya kolam al-Kauthar, tempat Nabi memberikan air kepada umat Islam. Sesiapa yang meminum air ini, tidak akan dahaga lagi selama-lamanya.

Bagi Jemaah wanita, ada cara dan teknik tersendiri untuk memasuki Raudhah. Jom kita baca tip-tip masuk ke Raudhah khusus untuk Jemaah wanita.

#1. Mengetahui Jadual Kumpulan Umrah

Jadual kumpulan umrah biasanya pada hari pertama adalah program Ziarah Dalam. Iaitu melawat di sekitar kawasan Masjid Nabi, antaranya memasuki Raudhah, melawat Makam Rasul, makam para sahabat dan permakaman Baqi’.

#2. Dibawa Oleh Pembimbing Wanita Khas

Bagi agensi umrah yang besar, mereka menyediakan pembimbing khas wanita untuk masuk ke Raudhah. Pembimbing ini akan bersama Jemaah wanita masuk ke Raudhah.

#3. Pintu 25

Pintu bagi Jemaah wanita masuk ke Raudhah adalah melalui pintu 25. Tiada pintu lain yang disediakan.

#4. Mengetahui Waktu Yang Ditetapkan

Pada masa dahulu, Jemaah wanita agak sukar memasuki Raudhah dan hanya 1 atau dua waktu sahaja diperuntukkan untuk memasuki Raudhah. Raudhah dimonopoli oleh Jemaah lelaki suatu ketika dahulu.

Kini tidak lagi kerana pihak pengurusan masjid sudah membuat jadual waktu yang lebih baik dan sistem giliran kepada Jemaah supaya semua Jemaah yang beratur akan dapat masuk ke dalam Raudhah.

#5. Tidak Masuk Ke Kumpulan Arab

Elakkan memakai pakaian Arab dan masuk ke dalam kumpulan Arab sebab ada bahayanya apabila kita berhimpit-himpit dengan orang Arab.

Sebahagian orang berpandangan bahawa polis wanita atau penjaga pintu masuk ke Raudhah mendiskriminasi Jemaah dari Asia atau Malaysia.

Namun, sebenarnya tiada diskriminasi dilakukan. Bagi kumpulan agensi umrah yang besar dari Malaysia, mereka sengaja tidak mahu masuk lebih awal supaya tidak berhimpit-himpit dan supaya masa di dalam Raudhah lebih lama dan Jemaah lebih relaks.

#6. Mengikut Aturan Yang Ditetapkan

Masuklah ke dalam grup orang Melayu ataupun orang Indonesia kerana lebih mudah diuruskan dan lebih teratur berbanding Jemaah negara lain yang suka berebut-rebut.

#7. Berakhlak Mulia

Jangan berlari-lari atau berebut-rebut di dalam masjid. Berakhlaklah dengan pakaian akhlak Nabi.

#8. Elakkan Pergi Bersendirian

Elakkan pergi bersendirian ke sana, pergilah bersama kawan-kawan. Kerana jika ada kemungkinan sesat atau jatuh sakit semasa di dalam Raudhah, ada sahabat yang akan membantu dan mengkhabarkan berita kepada agensi umrah.

#9. Menjaga Tutur Kata

Jaga mulut daripada berkata-kata yang bukan-bukan. Bumi ini bumi berkat. Jangan banyak mengeluh dan bersembang kosong.

#10. Peka Dengan Arahan

Ikuti arahan dan situasi semasa di dalam Raudhah. Kadang-kadang ada arahan mengejut daripada petugas. Apabila arahan mengejut untuk masuk diberikan, Jemaah perlu bersedia untuk masuk segera. Jika kita masuk terlalu lambat, pintu akan ditutup.

11. Pemeriksaan Keselamatan

Pegawai polis akan memeriksa beg yang kita bawa. Jangan melawan atau mengelak daripada pemeriksaan polis. Ikuti sahaja arahan mereka.

Pastikan tidak membawa senjata tajam atau makanan berlebih-lebihan seperti makanan dalam bekas. Melainkan untuk yang membawa anak, dibenarkan membawa jumlah makanan yang bersesuaian.

Ada 7 checkpoint sebelum masuk ke dalam Raudhah untuk wanita. Kadangkala ada masanya checkpoint dibenarkan lalu begitu sahaja, tanpa perlu pemeriksaan.

#12. Bawa Uncang/Plastik

Bawa uncang kasut atau plastik untuk membawa kasut. Pastikan kita membawa kasut masuk ke dalam kerana kita akan masuk melalui pintu lain dan keluar melalui pintu lain.

#13. Niat Iktikaf

Jangan lupa niat iktikaf di dalam masjid. Ratusan malaikat akan mendoakan keberadaan kita di sana sepanjang kita berada di dalam masjid.

Ada beberapa seksyen di mana Jemaah wanita boleh bersembahyang. Antaranya seksyen Jemaah wanita dengan kanak-kanak, dan orang tua. Dan seksyen satu lagi untuk wanita dewasa sahaja, dilarang untuk kanak-kanak duduk di situ.

Polis akan menyuruh kita duduk jika sudah mendapat tempat. Tapi, sebelum duduk, pastikan kita tidak lupa solat sunat tahiyatul masjid.

Jangan solat lama-lama di sini kerana kita perlu pastikan kita masuk ke dalam kawasan solat Jemaah lelaki dahulu.

#14. Bersedia Awal

Pastikan kita sudah melepasi pintu penghadang yang memisahkan tempat solat lelaki. Tempat ini akan dibuka dalam masa yang terhad, dan sekiranya mahu masuk, kena pastikan kita berada berhampiran kawasan itu, baru boleh masuk. Jika terlambat, kemungkinan kita tidak dapat masuk ke Raudhah.

#15. Membuat Persiapan Awal

Apabila sampai di kawasan sebelum Raudhah, bacalah buku panduan yang diberi. Baca doa yang mahu dibacakan seperti doa di dalam Raudhah.

Baca buku panduan sebelum ke dalam, kerana dikhuatiri tidak sempat membacanya semasa di dalam Raudhah. Cara menyampaikan salam:

“Ya Rasulullah, saya menyampaikan salam orang yang berkirim salam kepadamu dengan lafaz Assalamualaika ya Rasulallah warahmatullahi wabarakatuh.”

Janganlah sampaikan salam dan membaca nota pula di situ. Baca untuk semua orang sekali sahaja sudah cukup.

Pembimbing wanita biasanya tidak dibenarkan bercakap di dalam. Justeru, Jemaah perlu peka dengan isyarat tangan pembimbing.

#16. Checkpoint Akhir

Sampai checkpoint terakhir sebelum masuk Raudhah, pastikan kita mengetahui di mana sempadan Raudhah, khususnya yang pertama kali nak masuk ke Raudhah. Hadith Nabi menyebut;

“Di antara rumahku dan mimbarku ialah salah satu daripada taman syurga.”

Ingat, rumah Nabi berada di sebelah kiri, manakala mimbar sebelah kanan. Apa tanda lain yang kita boleh lihat? Terdapat sempadan karpet. Karpet berwarna merah adalah kawasan masjid biasa, manakala karpet berwarna hijau adalah kawasan Raudhah.

Juga terdapat ukiran di atas tiang dalam kawasan Raudhah yang menyebut nama-nama tiang. Tiang di dalam kawasan Raudhah juga berbeza corak dan bentuknya berbanding tiang dalam masjid yang lain.

#17. Lakukan Sebanyaknya Amalan

Apa nak buat di dalam Raudhah? Boleh solat sunat apa sahaja selain solat tahajud dan witir. Dan mintalah doa sebanyak-banyaknya. Apabila ada peluang solatlah sebanyak yang mungkin.

Jika mahu berdoa, berdoalah semasa di dalam solat. Jangan berdoa selepas sembahyang, kerana jika petugas nampak kita sudah selesai solat, kita akan disuruh keluar.

#18. Berhati-Hati

Jika membawa beg, letakkan di hadapan kita dan rapat dengan kita. Beg yang tidak dijaga baik akan mudah dicuri orang.

#19. Jemaah Yang Berkerusi Roda

Jemaah berkerusi roda perlu masuk bersama tukang tolak, jadi perlu membawa masuk kerusi roda masuk bersama dan solat perlu dilakukan di atas kerusi.

Jika disuruh keluar selepas solat, tidak perlu kata apa-apa, jangan pula kita menipu dengan mengatakan kita sudah solat. Pindah sahaja ke tempat lain.

#20. Setelah Selesai

Sebelum keluar, minta izin Nabi dan bacalah selawat Ibrahimiyah dan al-Fatihah. Jangan melambai ‘bye-bye’ kepada Nabi. Tidak perlu melambai kepada Rasulullah, kerana tidak disyariatkan.

Jangan lakukan perkara khurafat atau syirik yang Rasulullah tidak suka bahkan Allah murka. Misalnya mengusap-usap dinding, mencium makam dan hiasan yang ada di dalam masjid.

Peringatan

Waktu terbaik untuk masuk ke Raudhah adalah pada waktu malam, iaitu waktu selepas Isya’ kerana waktu lebih panjang atau awal pagi selepas Subuh.

Jika wanita uzur syarie, boleh masuk ke kawasan dataran untuk menziarahi Rasulullah, namun tidak boleh masuk ke dalam Raudhah dan kawasan masjid.

Jangan sampai ada terganggu kekhusyukan semasa berada di Raudhah, misalnya terfikirkan keluarga yang terpisah atau hilang, teringatkan benda lain yang mengganggu fikiran dan sebagainya.

Stroller hanya boleh dibawa sehingga luar masjid sahaja. Tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam.

Demikianlah sebahagian tips yang dapat dikongsikan kepada para pembaca sekalian.

Sumber : Tazkirah.net

Inilah Rahsia Disebalik Surah Yassin Ayat Ke 58 Kenapa Diulang 7 Kali..Ternyata Benar-Benar Hebat Ayat Allah

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ‘SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’ diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku…..

Aamiin Ya Allah.

Berikan dakwah ini pada sahabat anda seramai orang yang bisa atau lebih, tidak ada kerugian bahkan juga digalakkan..Aamiinkan doa ini saudaraku.

Allahumma ya ALLAH tanamkan di hati kami perasaan senantiasa rindu kepada-Mu, ingatkanlah senantiasa kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hamba tidak tertipu dengan kesenangan dunia sebentar ini, ya ALLAH, ya Tuhan kami, Penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah supaya tetaplah dijalan-Mu hingga akhir hayat kelak… Aamiin ya Rabbal’alamin

Semoga semuanya apa yang telah jadi doa dan hajat kita segera dikabulkan Allah, dan selekasnya dapat panggilan Allah untuk bertandang dan menunaikan beribadah haji ke mekkah. Aamiin..

Marilah kita berdoa, bermunajat pada Allah. Semoga Allah mengampuni kita, dan menghapuskan kita dari semuanya dosa yang telah lalu.

Ya Allah, Ampunilah semuanya dosa-dosa kami, baik punya niat maupun tidak, berkahilah kami, ramahtilah kami, berikanlah kami hidayah-Mu supaya kami senantiasa dekat kepada-Mu sampai akhir hayat.

Aamiin ya Rabbal’alamin.

Sumber: islamituindah

Wanita Ini Pesan Amalkanlah Yasin 7 Mubin Kepada Mereka Yang Ditimpa Ujian Atau Dugaan Luar Biasa.

Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang Yassin 7 Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT. Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.

Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.

Ayat mubin ni ada pada ayat (12), (17), (24), (47), (60), (69), & (77),

Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.

Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.

Sejak itu..

Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini. Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.

Sumber : AtieQa Hod via Khairunissaq Zainal Abidin

Baki Gaji Kami Tinggal RM2000, Terkejut Bila Suami Kata Nak Bagi Emak Masing-masing Seorang RM500 Ajaibnya Sedekah

Hi. Nama aku julia. Aku adalah seorang ibu kepada 2 org anak dan bekerja biasa-biasa sahaja sebagai admin yang pendapatannya tak lebih daripada 30K setahun, Suami aku pula seorang pekerja di bahagian stor dan jumlah gaji yg hampir sama dengan aku. Aku bukan lah seorang student malah lepas SPM aku terus kerja, lepastu jumpa jodoh, then kahwin.

So, hari ini aku nak share cerita aku.

Dulu aku sangat-sangat kedekut. Waktu sebelum kahwin, aku kan kerja. Tapi aku sangat kedekut. Nak belanja parents KFC atau makanan yang have-have pun aku tak kasi, apatah lagi BF aku (dah jadi suami) sekarang. Kalau boleh sedaya upaya nak sorok kalau waktu gaji. Tapi yang peliknya setiap tengah bulan mesti duit tak cukup, entah ke mana pergi nya tapi memang sampai aku tahap meminjam dia punya tak cukup tu.

So bila aku dh kahwin, orang kata hidup akan senang kan sebab suami ada even kita ada kerja sendiri, tapi tak bagi aku, tiap bulan hidup kiteorang memang tak cukup. Pelik. Nak kata makan mewah, tak, nak kata shopping barang branded memang tak lah sebab aku tak suka barang mahal-mahal. Nak pergi kedai RM2 pun aku pikir dua tiga kali sbb takot duit habis. Apatah lagi nak bagi duit pada parents aku. Memang tak lah.

One day, suami aku cakap dengan aku. “yang kita ni dah ada anak dua, even gaji banyak, awak tak pelik ke setiap tengah bulan mesti duit habis” “Saya ada dengar satu ceramah, kalau nak hidup senang, kita kena rajin sedekah, bagi adik beradik happy, parents, kawan” “apa kata bulan ni kita bagi mak awak, mak saya duit?”

Time aku rasa macam ada satu beban yang berat atas kepala aku “What!!? nak bagi mak ke? kita dah lah duit tak cukup, tapi nak bagi mak lagi, dah tu nak bagi anak-anak makan apa? pampers lagi susu lagi.” Suami aku yakinkan aku “takpe yang.. percaya lah dengan kuasa ALLAH” So nak dijadikan cerita, tibalah waktu gaji aku dan suami. So bila gabungkan dua tu ada lah dlm 4K+

2 ribu dah selamat pulang ke bank untuk komitmen bulanan termasuk rumah, astro, api, coway, kereta, anak-anak. Then lagi 2K tu, laki aku dah pandang aku. Korang nak tahu, Dia asingkan RM1K untuk parents aku, dan mak mertua aku. Time ni aku dah jegil mata!

“ABG!! MANA CUKUP KALAU AWK BG 500 KAT MAK, 500 KAT MAK AWK . SO TINGGAL 1K untuk sebulan ni, awak ingat cukup ke! “

tapi suami aku diam je. Sambil dia hembus nafas yang dalammmmm, dia cakap “percayalah dengan saya”

Aku pun tak bole buat apa, sebab aku nak ubah diri aku, aku tak nak jadi kedekut, so aku percaya dengan suami aku. Esok nya aku pergi ke rumah parents aku, (parents aku dh tak kerja) aku hulur RM500. Time tu juga mak aku ambil sambil menangis “betul ke ni julia? ya Allah terima kasih nak, moga murah rezeki kamu”

Ntah lah, tapi waktu tu feeling aku dari seorang yang KEDEKUT terus bertukar jadi sayu dan rasa bertanggungjwb. Rasanya mcm aku nak banggakan mak ayah aku. Rasa mcm berdosa sgt sbb selama ni aku tak pernah hulur satu sen pun. Aku pun menangis siap minta ampun sbb selama ni aku tak pernah hulur duit.

Kalau korg nk thu apa yang berlaku dalam hidup aku bulan ni, mesti korg tak percaya. Kan ada lebihan gaji rm1k, Believe it or not, sampai tgh bulan, balance kitaorg masih ada dlm 400 lebih! Aku memang tak percaya, selalu tengah bulan dlm bank mesti tinggal 30 ringgit.

Bab makan, aku satu family tiap minggu makan KFC, sebab anak aku fav nya KFC, tapi dalam 4 minggu tu, mesti ada orang belanja, kadang-kadang abang ipar aku belanja, kadang-kadang pakcik aku belanja. Serius tak sangka. Then bila pergi shopping, tengok tag baju atau apa-apa barang memang mahal, tapi bila dah bayar, rupanya harga nya jauh lebih murah dalam 70% cashier tu kata ada sales, tapi dorg tak umumkan, siapa cepat dia dapat. Alhamdulillah rezeki aku.

Lepastu setiap minggu aku akan pergi rumah mak mertua aku sebab dia nak tengok cucu nya, datang je mesti mak mertua aku akan bagi lauk frozen yang boleh makan dlm tempoh 2-3 hari. Jimat dah kat situ. Then ada satu haritu, kawan suami aku ada hulur RM689, katanya tu adalah hutang lama yang mana suami aku pun dah lupa! Ya Allah, kuasa Allah, dia lembutkan hati orang tu untuk bayar.

Kali ni aku percaya dengan kuasa sedekah. Tiap kali pergi pasar malam, aku akan sedekah kan duit untuk peminta sedekah. Kadang-kadang kalau ada rezeki lebih aku belanja mak ayah aku makan, diaorang nak makan apa, request je, sebab aku yakin dengan kuasa Allah.

Percayalah korang, rajinkan bersedekah, dan solat itu penting! Kerana solat itu adalah tiang agama. Bersedekah lah, dan saksikan keajaibanya…

– Julia

Sumber : IIUM Confession