Kesan Air Tangan Orang Yang Tak Solat. Sebab Tu Isteri Kalau Boleh Masak Di Rumah Untuk Suami Dan Anak-Anak.

6030 Views

“Jangan makan dari air tangan orang yang tak Solat!”

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa a.s., ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

 

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maksudnya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..”

Sumber : khalifahmedia.com

 

Baca Juga : Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan, InshaAllah Murah Rezeki

Semasa saya ditaman petang tadi, telah datang seorang lelaki. Kami pun berbual. tengah2 kami berbual, lelaki ni telah meluahkan perasaan. Katanya dia ada masalah. Lelaki ini menceritakan tentang kehidupannya dengan keluarga, kehidupan yang beliau hadapi sangat sempit dan tidak tenteram. Kata beliau, dia dan isteri sering bertengkar sahaja.

“Saya dah usaha macam2 dah bang, macam2 cara dah saya buat, Tak tahu nak buat macam mana dah” kata lelaki itu

“Masa awk makan dengan isteri, awk ada suapkan makanan kat dalam mulut isteri awk tak?” saya tanya.

“Tak pernah bang, kalau saya buat, nanti saya dikatakan buang tebiat pulak” jawabnya.

“Awk pernah tak suapkan makanan dalam mulut anak2 awk tak?” Tanya saya lagi.

“Pun tak pernah, kenapa awk tanya macam tu?” Jawap lelaki itu lagi

” Kalau awk nak tahu, Mak ayah kita dulu tak kaya pun, tapi kehidupan dirorang penuh dengan kasih dan sayang, rezeki mereka pun cukup je. Kehidupan mereka tenang dan berkat. Tahu tak sebab apa? Sebab Allah janji kalau kita menghargai keluarga, rezeki bertambah.”

“Perasan tak sekarang? Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga. Kalau ada pun, time makan tu masing2 leka main henset atau pun sibuk melayan tv. Allahu…”

“Awak percayalah la apa yang saya nak cakapkan ni, bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Lagi2 kalau suami dia buat kerana cinta, kerana Allah, biar pun beberapa suap je, nikmatnya tak terkata. Kena pula isteri buat2 tergigit jari sikit. Hehe!”

“Awk pun tahu kan? makan satu bekas yang sama itu sunnah. Kalau awk nak tahu, saya dan keluarga makan satu dulang bila dirumah, kami 3beranak. Kadang2 tu anak dan saya berebut nak suap mak dia.”

Mulai hari ni, Cuba abang amalakan apa yang saya sampaikn ni. Percayalah la bang, Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Abang Kasihilah isteri dan anak2, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah”.

Selepas beberapa bulan kami terserempak dia pasaraya. Beliau meluru kepada saya.

“Terima kasih atas nasihat yang awak bagi dulu, saya buat apa yang awk cakap masa kat hospital dulu. sekarang saya nampak hasilnya, keluarga kami bahagia sangat2. Bila saya suap isteri saya dan isteri saya suapkan saya, kami terasa sangat nikmat. inilah antara nikmat dunia yang kami rasa. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.”

Mulai hari ni, Cuba korang amal kan apa yang saya sampaikn ni. Percayalah lah, Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Korang Kasihilah isteri dan anak2, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah”.

Sumber : Ustaz Ebit Lew

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!