Doa Sakit Gigi Dan Sakit Gusi Yang Mujarab Dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyaAllah

1430 Views

Doa & Petua Untuk Sakit Gigi

Ketahuilah bahwa setiap penyakit pasti ada ubatnya, salah satunya adalah dengan berdoa dengan sungguh-sungguh layaknya bacaan doa sakit gigi sesuai sunnah berikut ini.

 

Di dalam satu hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang di riwayatkan oleh Al-Bayhaqiy menyatakan bahawa berlaku di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila datang seorang Sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang bernama  Abdullah bin Rawahah r.a telah datang kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengadu kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa beliau sakit gigi. Maka Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pun meletakkan tangannya yang mulia di pipi Abdullah bin Rawahah dan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membaca doa berikut :

“Ya Allah, hapuskanlah dari padanya keburukan dan kejahatan yang didapatinya dengan doa Nabi-Mu yang mempunyai kedudukan serta diberkati di sisi-Mu.” (H.R. Al-Baihaqi).

Beliau Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membacanya sebanyak tujuh kali dan dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta’ala sakit gigi yang diderita Abdullah bin Rawahah pun sembuh.

InsyaAllah. mudah-mudah dengan doa ini kita diberikan kesembuhan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagaimana yang telah di ajar oleh Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam doa ini. – adamhawa.my

*****************************************************************

Selain itu boleh juga mencuba dengan ayat ini (Surah Al Mulk Ayat 23) :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

1. Letakkan jari anda pada gigi yang sakit dan bacalah surah al-mulk ayat 23 ini secara berulang kali. Tawakal kepada Allah semoga gigi cepat sembuh.

2. Letakkan jari anda di bahagian gigi yang sakit, bahagian luar seperti dipipi dan urut berlawan arah jam. Baca surah al-mulk ayat 23 di atas sebanyak yang boleh.

3. Boleh juga letakkan bawang putih dan baca surah al mulk ayat 23 diatas.

*******************************************************************

Ad-daruqutni pula meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabada, maksudnya: “Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-an’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta’ala”

Surah Al-An’am ayat 98 :

Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).

************************************************************

Sakit gigi merupakan sakit paling menyeksakan, nak tidur pun tak lena, makan pun tak selera. Apatah lagi dengar bunyi bising pun rasa nak mengamuk je… Anak² bermain riuh rendah pun rasa nak marah je… Ninie selalunya standby minyak panas, sapukan pada pipi dan leher…

PETUA BAGI MENGHILANGKAN SAKIT GIGI

1. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

3. Gunakan minyak cengkih. Letakkan sedikit minyak cengkih ke atas kapas dan letakkan di dalam gigi yang berlubang.

4. Garam mengandungi zat sodium yang boleh membasmi bakteria pada gigi. Campurkan sedikit garam dalam segelas air suam dan kumur-kumur dengan air tersebut.

5. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

6. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

7. Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

8. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

9. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

10. Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

* Jika sakit masih melarat, sila berjumpa doktor gigi untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.

 

Sumber di olah :  adamhawa.my via darlingninie

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!