Wahai Isteri, Jadikan Suamimu Asbab ke Syurga. Siapa Pun Dia, Itulah Yang Allah Dah Tetapkan Sebagai Jodoh Kita

3718 Views

SYURGA SEORANG ISTERI

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja.

Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!

 

 

Banyak-Banyakkan Mohon Maaf Dari Suami

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

 

Pandang Muka Suami

 

Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

 

Hebatnya Redha Suami

Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Amin. Amin.

Sumber/Foto : Facebook Nor

 

Nampak Mudah, Jika Isteri Mampu Jaga 4 Perkara Ini Dalam Rumah Tangga, Nescaya Suami Akan Redha dan Allah Janji Pilihlah Pintu Syurga Yang Mana Kamu Mahu

 

2 hari ini isteri saya selalu cakap. Awak, saya risau dan takut bila dengar hadith fitnah akhir zaman ramai wanita akan ikut dajjal dan Nabi Muhammad s.a.w lihat ramai wanita dalam neraka.

Antara dosa besar wanita adalah tidak taat suami. Aibkan suami.

Saya diam lama. Dalam kereta saya pegang tangan isteri. Saya sayang awak kerana Allah. saya sentiasa maafkan awak, saya redha awak. saya banyak kurang sebagai seorang suami, banyak susahkan awak. Awak baik sangat jaga saya. Banyak perkara lagi saya tidak tunai tanggungjawab sebagai seorang suami.

Saya pesan kat isteri dan ini mungkin semua pembaca boleh cakna.

1. Jagalah solat awal waktu, lagi 5 minit nak masuk waktu kena bersiap.
2. Habis azan terus solat.
3. Jaga aurat. Nak jemur baju diluar rumah pun kena tutup aurat.
4. Banyakkan sedekah, jaga kebersihan diri, jangan tinggal tahajjud dan dhuha.

Jika awak buat semua ini dan suami redha terhadap awak. Allah janji pilihlah pintu syurga mana yang awak mahu. Senangkan isteri nak masuk syurga. Jawab saya kat isteri.

Tuan puan. Berkasih sayanglah kerana Allah s.w.t. Carilah redha Allah dalam hubungan suami isteri. Berusahalah untuk jadi suami isteri yang lebih baik dari semalam. Bahagia itu mahal, apa guna jika sebuah perkahwinan itu buatkan kita tidak bahagia.

Para suami didiklah isteri kearah agama yang sempurna. Berlemah lembutlah terhadap mereka. Jagalah perasaan mereka. Hargailah mereka.

Moga Allah beri bahagia kepada kita semua dalam keredhaannya. Moga Allah mudahkan perjalanan kita untuk menuju ke syurga.

-EncikMatt-

Sumber : Muhammad Ahmad via Mingguan Wanita

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!