Kunci Tenang Dan Bahagia Suami Isteri, Ini 5 Pesanan Ustazah Norhafizah Yang Patut Kita Ikuti

2351 Views

Menghadapi tempoh akhir zaman, kita sebenarnya kena buka mata dan muhasabah diri kita sendiri untuk jadi insan yang lebih baik. Sebagai mak ayah lagilah kita kena berperanan lebih kuat untuk pastikan anak-anak jadi insan berguna.

Bekalkan anak-anak dengan Al Quran. Itu dah jadi satu kewajipan buat kita sebagai mak ayah. Bagi diri kita sendiri, kita kena cari masa untuk cuba bertafakur setiap hari. Rasa tak tenang, tak bahagia dan celaru dengan pelbagai perkara, kita kena periksa diri kita sendiri. Lima perkara yang dinyatakan Ustazah Norhafizah Musa melalui sebuah program di TV ini patut kita amalkan.

Pesanan Ustazah Norhafizah Yang Patut Kita Ikuti

1. Ayat-ayat Quran. Setiap hari baca Quran. Baca walau satu ayat dan tadabbur bagaimana ia mempengaruhi aqidah kita, ibadah kita dan akhlak kita.

2. Pandang apa-apa disekeliling kita dan ingat akan kebesaran ALLAH. Semua tu Allah yang ciptakan!

http://www.ikhtisarislami.com/wp-content/uploads/2018/03/mukjizat-al-quran.jpg

3. Fokus pada kesyukuran. Celik mata kena syukur belum berada dalam kubur. Syukur hari ni masih lagi hidup, masih lagi boleh bertaubat, masih diberikan peluang tambah amal, masih boleh lihat orang-orang tersayang, masih lagi ada keluarga. Ukur kesyukuran kita.

4. Renungi kesalahan dosa-dosa kita.

Ya ALLAH aku ni emosional sangat la. Ya ALLAH aku ni suka mengumpat. Aku ni suka ujub, aku ni suka check in check out, aku ni suka feeling bless feeling ohsem asyik upload FB. Nak puasa pun ambik gambar syukur rezeki sahur hari ni. Nak buka puasa upload gambar syukur ni menu buka puasa aku hari ni. Dah riak takabbur tunjuk amalan kat orang. Tengok balik kita punya posting, kita punya percakapan di FB, IG, Whatsapp ada tak kita ujub, riak, takabbur atau bajet bagus.

5. Renung tanggungjawab kita. Aku ni buat ke tak tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibubapa, sebagai menantu, sebagai mertua, sebagai majikan, sebagai pekerja.

Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.

Bila setiap kali kita renung ayat-ayat Allah, kita akan jadi hamba yang taat. Bila tengok apa-apa yang berlaku ingat Allah. Mata hati kita jadi lebih terang bila kita sedar akan kuasa Allah di mana-mana.

Apabila kita bersyukur, kita juga semakin kurang merungut setiap hari. Kalau kita lihat silap dan dosa diri, kita sibuk nak perbaiki diri sendiri, tak ada masa nak tengok berita nak lihat nak cari salah orang.

Kalau kita renungi tanggungjawab kita, kita akan jadi orang yang amanah yang menjalankan tanggungjawab. Insyaallah hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia.

Nak tahu status hati kita tengok status ketenangan. Kalau kita solat tapi hati tak tenang ada something wrong dengan solat. Ada something dengan solat, takut ada something wrong dengan wudhuk.

Mekap yang tak dicuci dengan sebersihnya menggunakan makeup remover menyebabkan wudhuk tak sah. Wudhuk tak sah mengakibatkan solat tak sah. Bila solat kita Allah tak terima, hati tak tenang, hidup tak bahagia.

Begitu kata Ustazah Norhafizah.

Jadi kita kenalah muhasabah diri dan periksa diri kita setiap hari sepertimana yang disarankan oleh beliau.

Sepuluh ayat ni juga boleh anda amalkan setiap hari untuk jadi insan yang lebih baik. Usahakan diri untuk berubah.

 

10 Surah Yang Baik Di Amalkan Setiap Hari

1. Surah Al Fatihah – Baca ketika hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.

2. Surah Yassin – Pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya.

3. Surah At Dhuhan -Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita selamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. Surah Al-Waqi’ah -Baca setiap malam, insyaallah tidak akan miskin.

5. Surah Al Khausar -Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki.

6. Surah Al-Khafirun -Perumpamaannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.

7. Surah Al-Mulk – Lepas dari siksa kubur.

8. Surah Al Ikhlas -Terlepas kesusahan duniawi, dimudahkan gelombang sakratulmaut dan dihindarkan dari kegelapan kubur.

9. Surah Al Falaq -Terlindung dari godaan syaitan dan kejahatan manusia.

10. Surah An Nas – Buat hati lebih terang dan dilindungi daripada syaitan dan jin.

Sumber : kataustaz.com

“Baru Saja Meluah, Tapi Allah Dah Bagi!” Doa Seorang Isteri Untuk Bebaskan Kesusahan Suami

Termenung kejap mengenangkan kesusahan suami nak bahagiakan hati seorang isteri. Bukan suami tak mencuba untuk mencari duit lebih tetapi mungkin rezeki terbaik masih belum sudi menyinggah.

Jadi macam biasa, aku memlilih untuk berdoa demi sebuah ketenangan.

“Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan.”

Usai berdoa, aku terus melipatkan sejadah dan kain solat dan letak di tempat yang sepatutnya. Belum sempat membuka pintu, phone yang elok di atas katil tiba-tiba berbunyi.

Hmm… mesti dia col ni nak tanya anak-anak buat apa.

Detik hati ku tenang.

Seperti biasa suamiku akan bertanyakan tentang anak-anak, maklumlah berjauhan kejap. Tak pernah lagi beraya tanpa suami, tetapi kali ini aku redha memandangkan rezeki cukup-cukup makan.

Ada kereta nak dibaiki.
Ada hutang nak dilangsaikan.
Ada duit yang patut dibahagi-bagi.

Tak lebih dan tak kurang. Tak suka mendesak demi kehendak, aku patuh bila suami meluahkan emosinya sedikit sedih sebab tak dapat cuti.

Walau hakikatnya sedikit terkilan, aku telan bulat-bulat. Cuba letakkan hati yang rabak jauh-jauh untuk sembunyikan rasa di hati.

Rezeki Luar Biasa Muncul

Dalam emosi tenang selepas meluah pada Pemberi, tiba-tiba suami selitkan cerita bahagia tentang rezeki yang bakal muncul. Bukan sedikit tetapi berganda-ganda! Katanya, separuh rezekinya aku akan miliki.

Allah, baru je meluah tetiba Dia dah bagi. Alhamdulillah… aku terima dengan berlapang dada.

Sungguh… orang-orang yang bersyukur sangat sedikit, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

“ … SEDIKIT DARI HAMBA-KU YANG BERSYUKUR.” [SABA’ :13]

Setiap mukmin dan mukminah diperintahkan untuk bersyukur kerana dengan bersyukur, Allah akan menambahkan riezeki yang telah Dia berikan kepadanya. Allah berfirman:

ذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“DAN (INGATLAH) KETIKA RABB-MU MEMAKLUMKAN, ‘SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR, NISCAYA AKU AKAN MENAMBAH (NIKMAT) KEPADAMU, TETAPI JIKA KAMU MENGINGKARI (NIKMAT-KU), MAKA PASTI ADZAB-KU SANGAT BERAT.’” [IBRAHIM : 7]

Seorang isteri diperintahkan untuk bersyukur kepada suaminya yang telah memberikan nafkah lahir dan batin kepadanya. Kerana dengan syukurnya isteri kepada suaminya dan tidak banyak menuntut, maka rumah tangga akan bahagia. Isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya dan banyak menuntut merupakan pertanda isteri tidak baik dan tidak merasa cukup dengan rizki yang Allah kurniakan kepadanya.

Apa lagi yang aku nak pertikaikan, suami tak pernah buat perangai dan pukul-pukul. Itu sudah lebih daripada cukup!

Kalau diimbas cerita rumah tangga orang yang pernah dekat denganku, macam-macam ‘perencah’ ada. Tetapi aku dengar sebagai pengajaran dan jadikan nota buat aku tak terlalu sedap dibuai mimpi.

Pernah Menangis Bersama Tapi Dia Pendengar Yang Baik

Ada suatu ketika, aku menangis sepuas hati. Masak pun kelaut, memang tak ada mood. Rasa penat yang amat, tak mampu nak sembunyikan lagi. Dengan urusan kerja, hal rumah tangga, dan jaga makan minum anak-anak… kadang aku rasa berat!

Rutin mak-mak, baru kemas rumah anak dah buat sepah balik. Baru nak masuk tandas, anak dah menangis ketuk-ketuk pintu. Seminit letak kepala nak lelapkan mata, anak dah kejut tanya macam-macam. Malah aku jenis mak-mak yang cari duit tepi dengan bekerja dari rumah. Mana ada masa nak rehat.

Allah… itu yang aku terduduk menunggu suami pulang untuk pinjam bahunya. Dipujuknya aku sampai aku rasa tenang. Selesai berkongsi emosi, aku terus ke dapur meneruskan tanggung jawab aku macam hari-hari sebelumnya. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Benarlah, meluah itu bagaikan satu terapi. Bukan tak boleh meluah pada keluarga yang lain tetapi percayalah isteri lebih selesa meluah segala yang menyesakkan dada pada suaminya sendiri. Kerana di sebalik luahannya itu tersembunyi rasa ingin dimanjai dan dikasihi.

Sekarang, ada tak yang sudi bahagiakan hati seorang isteri? Walau cuma dengan sebiji gula-gula, wanita itu pasti akan menghargai.

Sumber: Mingguan Wanita via Nur Amni Hussin

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!