Petanda Bahawa Perempuan Itu Sukakan Kita, Kalau Terjumpa Jangan Buat Tak Tahu Pula

7497 Views

1. Sentiasa Muncul Dalam Kehidupan Lelaki Tersebut

Bila seorang gadis menyukai seseorang, mereka akan cuba mendekati orang tersebut. Bermacam-macam cara dia akan cuba menonjolkan dirinya dihadapn lelaki tersebut tidak kiralah muncul secara fizikal atau dalam media sosial lelaki tersebut. Ada masa dia akan curi-curi melirik kepada orang yang disukai dengan harapan orang itu perasan tentang perasaan suka yang dia ada tu.

2. Bertanya Banyak Soalan

Sudah lumrah bila menyukai seseorang kita pasti akan ada sifat ingin tahu tentang oran yang disukai, jadi yang lelaki tu jawablah soalan tu sebaiknya dan bukalah mata korang tu yang awek tu nak rapat dengan korang.

3. Cemburu

Cemburu orang perempuan memang tinggi tapi kita kene tahu yang mereka ni seorang penyimpan rahsia yang bagus. Ada yang pandai sorokkan rasa cemburu tapi ada yang memang tak boleh sabar dengan sifat cemburu ni. Bukan apa, cemburu tu tandanya sayang jadi korang yang lelaki ni jangan gatal-gatal nak cerita perihal kekasih lama korang pulak kalau dah tahu dia suka korang!

4. Dia Ingat Jadual Korang Dan Hari-Hari Penting

Apabila tiba hari-hari penting seperti hari peperiksaan,hari lahir,hari interview dan sebagainya mereka akan menjadi orang yang pertama untuk memberi ucapan selamat dan sebolehnya nak berada di samping anda.

 

Jadi korang yang lelaki tu kalau ada perempuan yang berperangai sebijik macam ni, jagalah dia dan hargai segala usaha dia untuk bersama dengan korang.

 

Beza Perasaan ‘Suka | Sayang | Cinta’ Pada Seseorang

Apakah beza perasaan Suka, Sayang dan Cinta pada seseorang? Ketiga-tiga perkataan ini mempunyai maksud yang hampir sama tetapi sebenarnya sangat berbeza antara satu sama lain. Kalau anda sukakan seseorang itu, tidak bermakna anda menyayanginya ataupun mencintainya. Begitu juga jika anda sayangkan seseorang itu, tidak bermakna anda sukakannya ataupun mencintainya. Oleh itu, apa yang anda faham mengenai perasaan suka, sayang dan cinta pada seseorang?

 

Disini ada beberapa beza perasaan suka, sayang dan cinta yang mungkin anda sudah tahu ataupun tidak pernah tahu:

 

  • Cinta adalah apabila anda melihat si dia dan berkata dalam hati ‘ jadikanlah dia anugerah terhebat yang pernah tuhan berikan padaku, semoga aku dan dia akan terus kekal bahagia selamanya ‘
  • Sayang apabila anda melihat si dia dengan melihat melalui budi pekertinya dan tingkah lakunya bukan dari luaran sahaja.
  • Suka apabila anda melihat si dia dan berkata ‘ dia sungguh cantik/hensem dan pandai bergaya’
  • Apabila orang yang anda suka menyakiti hatimu, anda akan merajuk dan tidak contact dengannya buat beberapa lama.
  • Apabila orang yang anda sayang menyakiti hati anda, anda akan menangis untuknya dan anda tidak akan membalas balik
  • Apabila orang yang anda cintai menyakiti hati anda, anda tidak akan menyakitinya semula dan hanya berkata dalam hati ‘ tak apa, sebab dia tidak sedar apa yang sedang dilakukannya’
  • Pada saat anda suka kepada dia, anda akan berusaha dan malah mungkin memaksa dia untuk menyukai anda
  • Pada saat anda sayangkan dia, anda akan membiarkannya untuk membuat pilihan yang dia mahu.
  • Pada saat anda cintakan dia, anda akan sentiasa menunggunya dengan kesetiaan walaupun memakan masa yang lama.
  • Ringkasnya, perasaan Suka adalah apabila anda menemaninya atau bersamanya apabila anda merasakan hal itu menguntungkan anda.
  • Ringkasnya, perasaan Sayang itu apabila anda akan menemani atau bersamanya apabila dia sangat memerlukannya.
  • Ringkasnya, perasaan Cinta itu apabila anda akan menemaninya pada bila-bila masa yang dia perlukan dan anda tidak menghiraukan keadaan anda ketika itu, sebab dia adalah sangat penting bagi anda.
  • Suka boleh dikatakan yang menuntut.
  • Sayang boleh dikatakan memberi dan menerima.
  • Cinta adalah memberi dan menerima dengan rela hati.

 

Sumber : Cik Tom

 

Doa Untuk Melembutkan Hati Seseorang Dari Jarak Yang Jauh

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Dalam mengharungi kehidupan sesama insan di dunia ini terutama sekali pasangan yang sudah berkahwin tidak dapat dinafikan berlaku konflik sehingga salah seorang membawa diri dan mendiamkan diri.

Adakalanya permasalahan ini berlanjutan sehingga bertahun dan ada pihak yang akan mula tawar hati dan sudah tidak mampu di pujuk lagi. Namun bagi mereka yang betul-betul ingin berusaha menjernihkan keadaan yang sedang keruh dan berniat untuk memperbetulkan keadaan tidak salah untuk mengamalkan doa ini.

Sahabat yang di rahmati Allah, Bacalah doa ini yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar Alkhattab untuk memeluk agama Islam. Baca sebanyak 19 kali dan sebut nama orang tersebut, Insha allah dengan izinnya.

Allahu lateefun biAAibadihiyarzuqu man yashao wahuwa alqawiyyu alAAazeez

Terjemahannya:

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Namanya zikir al lathiif:

Dibaca 19 kali dan niatkan agar Allah lembutkan hati mereka yang degil dalam menunaikan suruhan Allah, jadi hamba yang soleh dan berbaik-baik sesama muslim.

Cara kedua, bacakan zikir al lathiif 19 kali pada air dan beri minum pada anak agar lembut hati mendengar kata dan mudah/terang hati menunaikan ibadah.

Oleh kerana si polan dan sipolan itu jauh, cukup amalkan zikir dan doa tersebut sambil yakin berdoa agar Allah makbulkan doa kita itu. Diharap perkongsian tentang doa dan zikir melembutkan hati seseorang dari jauh di atas dapat memberikan kita kehidupan yang lebih tenang dan bahagia.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.

Doa ini turut dikongsikan oleh Dato Ustaz Kazim Elias: Tanya Ustaz Kazim Elias – Melembutkan Hati Seseorang

 

 

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!