6 Kelebihan & Kebaikan Mandi Sebelum Subuh, Ruginya Kalau Tak Pernah Buat

1382 Views

1. Boleh Hilangkan Mata ‘Panda’

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Tak Cepat Letih

Kalau peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan Kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ini dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Kurangkan Risiko Darah Tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Kurangkan Tekanan Serta Tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Jadi ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6. Tak Cepat Dapat Penyakit

Mandi dengan air sejuk, ini akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

BANGUN SUBUH DARI SUDUT REZEKI

Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita usahakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal. Sebagaimana Rasulullah SAW yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

‘اللهم بارك لأمتي في بكورها’

(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi).

 

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Jom mandi sebelum subuh!!!

 

Tambahan pula, terdapat solat solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar (solat sunat subuh) . Ini kerana, padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaziminya. Hal ini berdasarkan sebuah hadith:

 

  • Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ

Maksudnya: “Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)]

 

  • Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]

 

Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan “وَمَا فِيهَا” adalah kesenangan dunia. Selain itu juga, antara surah atau ayat yang disunatkan untuk kita membaca ketika solat sunat al-Fajar adalah surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan al-Ikhlas pada rakaat kedua. Di dalam riwayat yang lain pula, disunatkan kita membaca ayat

“قُولُوا آمَنَّا بِاللَّـهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا” 

[al-Baqarah:136]

pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua

“قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ”

 [ali-Imran:64].

Ini merupakan dalil bagi mazhab kami (al-Syafie) dan juga mazhab jumhur bahawa digalakkan membaca surah pada kedua rakaat selepas daripada surah al-Fatihah. Digalakkan juga untuk menjadikan dua surah atau ayat ini (sebagai bacaan selepas daripada al-Fatihah) kerana ia adalah sunnah. Adapun Imam Malik dan juga ashabnya mengatakan tidak dibaca di dalam solat sunat al-Fajar melainkan al-Fatihah sahaja. Begitu juga sebahagian salaf mengatakan tidak dibacakan sesuatu sebagaimana yang telah lalu. Akan tetapi keduanya adalah khilaf (percanggahan) bagi sunnah sahih yang tidak mempunyai tentangan padanya. [Lihat: al-Minhaj, 6/6]

 

Penutup

Kesimpulannya, solat sunat fajar atau subuh mempunyai banyak kelebihan serta amat rugi bagi sesiapa yang tidak berusaha untuk mengamalkannya. Untuk itu, kita sebagai umat Baginda SAW seharusnya mencontohi setiap yang dilakukan oleh Baginda SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan mengikuti Nabi SAW. Amin.

Wallahua’lam

 

Petua Untuk Mudah Bangun Solat Subuh. Amalkan Petua Ini Jika Tak Mahu Syaitan Selimutkan Anda Dengan ‘Kulit Babi’.

 

Bila kita dengar azan Subuh lepastu kita sambung tidur balik, waktu itulah Syaitan akan selimutkan kita dengan selimut dari kulit babi. Memang tak bangun dah kalau kena selimut tu…

Petua Untuk Mudah Bangun Solat Subuh

Saya sering diajukan soalan daripada adik-adik mahupun anak-anak program yang saya kendalikan tentang bagaimana caranya untuk mudah bangun Solat Subuh.
Ada yang hanya mengharapkan ibu bapa/kawan-kawan kejutkan tak kurang yang menjadikan jam loceng dan ‘alarm’ handset sebagai alat untuk membangunkan mereka Solat Subuh.
Yang berlaku, jam loceng atau alarm handset dimatikan dan kejutan ibu bapa itu ada yang tidak bersungguh-sungguh ataupun bila si anak menyahut terus ditinggalkan dengan jangkaan anak sudah bangun sedangkan mulut saja menyahut tetapi mata tak dibuka dan tubuh masih baring di tilam empuk…

Alhamdulillah, saya menemui sebuah buku bertajuk Keajaiban Solat Subuh (The Miracle of Solat Subuh) tulisan Dr. Raghib Al-Sirjani yang telah diterjemahkan mempunyai beberapa tip untuk mudah bangun mendirikan Solat Subuh. Berikut ringkasan yang dapat saya simpulkan merujuk kepada buku di atas. Mudah-mudahan memberi manfaat buat saya dan kita semua

 

Tip 1 : Tekad Yang Kuat

Saya sangat berkeyakinan, jika kita membulatkan tekad yang bersungguh-sungguh, tidak ada seorang pun yang boleh menghalang kita untuk bangun Solat Subuh.

“tapiii, saya memang dah berazam bangun masalahnya tak jaga juga”.

Persoalannya, cukupkah azam di mulut saja tapi tidak mempersiapkan apa-apa untuk mencapai azam tu.
Contohnya, kalau tidur malam dah lambat, tidak pula memasang ‘alarm’ atau pesan supaya ahli keluarga dan kawan-kawan kejutkannya, mana mungkin dia boleh mengatakan

“Saya mahu solat, tetapi nak buat macamana tak jaga juga dan tak dengar azan”.

Kalau takdak keinginan yang kuat untuk bangun, jangan haraplah nak dengar azan. Bahkan kalau dengar azan sekalipun, tetapi takdak kesungguhan untuk bangun tetap ia tak akan bangun untuk solat.

 

Tip 2 : Jauhilah Dosa/Maksiat

Orang yang mudah bangun Solat Subuh sudah tentu seorang yang berusaha menghiasi kehidupan hariannya di bawah naungan redha dan rahmat Allah. Maksudnya setiap minit dan saat hidupnya akan berusaha melaksanakan kebaikan dan menjaga dirinya agar tidak membuat suatu perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah.

Apabila hatinya bersih dan diwarnai zikrullah, maka laungan

“As-Solatu Khairam Minan Naum” (Solat lebih baik dari tidur) menjadi “alarm” untuk dia segera mencari redha dan kasih sayang Allah.

.

“Tak mungkinlah kita bersih dari dosa dan maksiat. Hari ini kita kan terdedah dengan pelbagai maksiat di sana sini”

Benar, maka banyakkanlah beristighfar mohon keampunan Allah dan jagalah diri dari melakukan maksiat yang ada di sekeliling kita. Takkan bila maksiat di sana sini, kita jadikan alasan untuk turut membuat maksiat juga. Jadilah ikan di laut, walaupun dunia kehidupannya masin, tetapi isinya tidak masin.

Sebelum tidur, muhasabahlah diri dan mohonlah keampunan Allah atas dosa dan maksiat sama ada disedari atau tidak yang kita lakukan sepanjang hari itu.

 

Tip 3 : Banyak Berdoa

Doa itu senjata mukmin. Terus berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa dan memudahkan kita bangun untuk Solat Subuh. Seringkali kita lupa untuk berdoa sebelum tidur dan selepas bangun tidur.
Itu kan sunnah Rasul Salallahu Alaihi Wasallam. Berdoa dengan penuh yakin dan tidak berputus harap dengan kasih sayang Allah

 

Tip 4 : Tidur Cara Sunnah

Bila kita mengamalkan tidur cara Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam, di sana ada keberkatannya.
Dengan tidur cara Rasul, dengan izin Allah kita mudah untuk bangun Solat Subuh.

Bagaimana tidur cara sunnah Rasulullah?

(i) Tidur Lebih Awal
Antara wasiat Rasul Salallahu ‘Alaihi Wasallam kepada umatnya ialah tidur selepas waktu Isyak. Tidur awal bukan dikhususkan untuk kanak-kanak sahaja tetapi kepada semua manusia. Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam akan tidur awal dan bangun di sepertiga malam untuk bermunajat kepada Allah Subhanahu Wataala. Ada riwayat yang menyatakan Rasulullah akan tidur selepas Solat Isyak. Kita pula bagaimana?

Jika tidak ada apa-apa perkara yang ingin dilakukan, lebih baik kita naik ke katil lebih awal daripada menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan lepak-lepak di gerai minum.

Bagi pelajar, kajian menunjukkan mengulangkaji pelajaran selepas Solat Subuh atau bangun tidur awal pagi adalah lebih baik dari berjaga malam dan bersengkang mata.

Firman Allah Subhanahu Wataala :

“Allah yang menjadikan waktu malam untuk kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang benderang…”(Ghafir: 61)

(ii) Berwudhuk sebelum tidur
(iii) Membaca doa

Baca doa sebelum tidur dan tiga surah (tiga Qul) ditiupkan pada tapak tangan dan disapukan diseluruh badan, ditambah Ayatul Kursy sebagai benteng dari diganggu oleh Iblis dalam tidur kita.

(iv) Tidur di atas lambung kanan dan mengadap qiblat

Nabi Salallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Apabila kamu ke tempat tidurmu, ambillah wudhuk seperti wudhuk solatmu kemudian berbaringlah di atas lambung kananmu.”

Berkenaan hikmah tidur di atas lambung kanan, Imam Ibn Qayyim (anak murid Ibn Taimiyah) menjelaskan hati manusia terletak disebelah kiri, maka apabila seseorang tidur di atas lambung kiri, hatinya akan tertindih yang menyebabkan tidur menjadi nyenyak dan rasa berat untuk bangun.

Berbanding bila tidur di atas lambung kanan, hatinya tidak tertindih seterusnya menyebabkan ia tidak terlalu nyenyak dan tenggelam dalam tidurnya.

 

Tip 5 : Jangan Banyak Makan Sebelum Tidur.

Ini merupakan satu tip yang sesuai dengan syariat dan kesihatan. Perut yang terlalu kenyang akan menjadikan tubuh badan menjadi berat dan susah untuk bangun. Selain itu, jauhi daripada minum teh, kopi dan minuman bergas. Minuman tersebut yang mengandungi kafein akan melambatkan tidur atau mengakibatkan kegelisahan ketika tidur seperti sering terjaga untuk kencing. Akhirnya badan menjadi lemah dan sukar untuk bangun Solat Subuh

 

Tip 6 : Pasang Penggera (Alarm)

– Pasang alarm tepat pada waktu Solat Subuh. Ketika post ini ditulis, waktu Subuh di Alor Setar adalah pada pukul 6.17 pagi, maka alarm perlulah di ‘set’ pukul 6.17. (Lebih baik alarm di setkan 15minit sebelum masuk solat subuh)

Peringkat awal ini, cukuplah kita melatihkan diri untuk bangun tepat pada ketika Subuh telah masuk.
Selepas sudah membiasakan diri, berlatihlah pula bangun lebih awal agar kita boleh menunaikan ibadah qiamullail walaupun hanya sekadar 15 minit sahaja.

– Usahakan memasang alarm yang mengeluarkan deringan kuat sama ada jam loceng mahu pun handset.
Jangan sesekali memasang alarm menggunakan muzik lembut atau deringan biasa kerana ia bukan saja tak membangunkan kita bahkan akan membuaikan kita untuk terus tidur.

– Memasang alarm dalam pelbagai waktu. Contohnya jika jam loceng dikunci pukul 6.17 pagi, alarm handset pula dikunci pukul 6.22pagi sebagai persediaan takut-takut alarm pertama ditutup secara tidak sengaja dan sedar.

– Tukarkan bunyi alarm dari semasa ke semasa.
Handset mungkin takdak masalah tapi bagi jam loceng, tukarlah dengan ahli keluarga yang lain atau kawan-kawan yang mempunyai bunyi berbeza dengan jam kita.

– Jauhkan jam loceng atau handset dari mudah dicapai oleh tangan. Adalah lebih baik letak di tempat yang agak tinggi atau pun di tempat yang perlu kita bangun dan berjalan ke arahnya.
Inilah sebahagian petua yang mungkin boleh membantu untuk bangun awal bagi menunaikan Solat Subuh…

Dengan izin Allah, jika kita berusaha bersungguh-sungguh, pasti Allah Subhanahu Wataala akan mempermudahkannya…

 

Sumber : bridal-coms

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!