Ustaz Ini Ajar & Ijazahkan Cara Untuk Mematahkan Sihir & Santau Menggunakan Surah Al-Ikhlas.

6762 Views

UNTUK MEMATAHKAN SANTAU/SIHIR

Jin santau/sihir ni, adalah jin kafir yang di hantar untuk memusnahkan hidup kita. Jin kafir ni cukup gerun dengan surah Al-Ikhlas.

Kerana 3 kali kita membaca surah Al-Ikhlas sama seperti kita membaca satu Al-Quran.

Buat jari syahadah (seperti dalam gambar), sebaiknya buat selepas solat, baca surah Al-Ikhlas 3 kali, 6 kali atau 9 kali dengan perlahan dan penuh penghayatan. Dengan izin Allah ikatan sihir/santau akan terlerai. Jaga-jaga sekiranya ditubuh kamu ada sihir atau santau Pasti kamu akan muntah racun/bisa2 santau tersebut (stanby bekas muntah). Insya Allah.. 

Sebelum kamu membaca Surah Al-Ikhlas, adalah terlebih dahulu kamu menghayati maksudnya.

قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌ 
qul huwallohu ahad

“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;”

اَللّٰهُ الصَّمَدُ 
allohush-shomad

“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;”

لَمْ يَلِدْ ۙ وَلَمْ يُوْلَدْ 
lam yalid wa lam yuulad

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;”

وَلَمْ يَكُنْ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ

wa lam yakul lahuu kufuwan ahad

“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen “izinkan saya untuk beramal”. Insya Allah nanti saya ijazahkan.

Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt.

Sesungguhnya Allah yang menyembuhkan.

Sumber : Norazri Medzlan (Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur)

Hilangkan Racun, Bisa-Bisa, Santau Atau Sihir Dengan Rawatan Alternatif Air Kelapa.

Anda mungkin pernah mendengar perkataan sihir atau santau. Mangsa yang mengalaminya akan ”dibinasakan” dengan perlahan-lahan supaya dia menderita atau lebih dasyat berakhir dengan kematian dalam jangka masa tertentu. Ngeri, namun selagi ada usaha kita boleh merawatnya. Paling penting jangan mempercayai perkara kurafat yang boleh memesongkan akidah sebagai seorang Islam.

Perkongsian oleh Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur yang mendapat lebih 92 ribu share di facebook boleh dijadikan panduan untuk anda. Masih ramai yang belum tahu, air kelapa muda yang diminum dengan mengikut cara atau kaedah yang betul, dapat mematikan atau memuntahkan ”racun” dalam badan. Sebaiknya diamalkan 3 kali seminggu, tidak salah berikhtiar, dengan izin-Nya kita akan diberikan kesihatan yang lebih baik.

Jom kita ikuti perkongsian seperti di bawah ini. Semoga dapat memberi kebaikan untuk semua.

Bagus minum air kelapa ni untuk mematikan/memuntahkan racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam tubuh badan. Caranya seperti berikut.

Pastikan air kelapa muda. Jangan letak gula atau air batu (ori). Sebelum minum baca Ayat seperti berikut :-

1. Al-Fatihah 1x.

2. Surah Toha Ayat 69 7x.

3. Berdoa contoh ( Ya Allah Jadikan Air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala ganggun jin dan syaitan yang ada ditubuh badan ku ini)

4. Minum dengan pelan-pelan, sekiranya ketika minum anda terasa mual dan hendak muntah. Jangan di tahan muntah tersebut. Muntah sahaja (mungkin yang keluar itu adalah racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam badan anda.

5. Amalkan minum air kelapa ni, seminggu 3 kali. Insya Allah

Surah Toha Ayat 69

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى

Terjemahan:- “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.

Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen “izinkan saya untuk beramal”. Insya Allah nanti saya ijazahkan.

Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yang menyembuhkan.

Sumber : Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur via siakapkeli.my

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!