“Baru Saja Meluah, Tapi Allah Dah Bagi!” Doa Seorang Isteri Untuk Bebaskan Kesusahan Suami

1957 Views

Termenung kejap mengenangkan kesusahan suami nak bahagiakan hati seorang isteri. Bukan suami tak mencuba untuk mencari duit lebih tetapi mungkin rezeki terbaik masih belum sudi menyinggah.

Jadi macam biasa, aku memlilih untuk berdoa demi sebuah ketenangan.

“Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan.”

Usai berdoa, aku terus melipatkan sejadah dan kain solat dan letak di tempat yang sepatutnya. Belum sempat membuka pintu, phone yang elok di atas katil tiba-tiba berbunyi.

Hmm… mesti dia col ni nak tanya anak-anak buat apa.

Detik hati ku tenang.

Seperti biasa suamiku akan bertanyakan tentang anak-anak, maklumlah berjauhan kejap. Tak pernah lagi beraya tanpa suami, tetapi kali ini aku redha memandangkan rezeki cukup-cukup makan.

Ada kereta nak dibaiki.
Ada hutang nak dilangsaikan.
Ada duit yang patut dibahagi-bagi.

Tak lebih dan tak kurang. Tak suka mendesak demi kehendak, aku patuh bila suami meluahkan emosinya sedikit sedih sebab tak dapat cuti.

Walau hakikatnya sedikit terkilan, aku telan bulat-bulat. Cuba letakkan hati yang rabak jauh-jauh untuk sembunyikan rasa di hati.

Rezeki Luar Biasa Muncul

Dalam emosi tenang selepas meluah pada Pemberi, tiba-tiba suami selitkan cerita bahagia tentang rezeki yang bakal muncul. Bukan sedikit tetapi berganda-ganda! Katanya, separuh rezekinya aku akan miliki.

Allah, baru je meluah tetiba Dia dah bagi. Alhamdulillah… aku terima dengan berlapang dada.

Sungguh… orang-orang yang bersyukur sangat sedikit, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

“ … SEDIKIT DARI HAMBA-KU YANG BERSYUKUR.” [SABA’ :13]

Setiap mukmin dan mukminah diperintahkan untuk bersyukur kerana dengan bersyukur, Allah akan menambahkan riezeki yang telah Dia berikan kepadanya. Allah berfirman:

ذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“DAN (INGATLAH) KETIKA RABB-MU MEMAKLUMKAN, ‘SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR, NISCAYA AKU AKAN MENAMBAH (NIKMAT) KEPADAMU, TETAPI JIKA KAMU MENGINGKARI (NIKMAT-KU), MAKA PASTI ADZAB-KU SANGAT BERAT.’” [IBRAHIM : 7]

Seorang isteri diperintahkan untuk bersyukur kepada suaminya yang telah memberikan nafkah lahir dan batin kepadanya. Kerana dengan syukurnya isteri kepada suaminya dan tidak banyak menuntut, maka rumah tangga akan bahagia. Isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya dan banyak menuntut merupakan pertanda isteri tidak baik dan tidak merasa cukup dengan rizki yang Allah kurniakan kepadanya.

Apa lagi yang aku nak pertikaikan, suami tak pernah buat perangai dan pukul-pukul. Itu sudah lebih daripada cukup!

Kalau diimbas cerita rumah tangga orang yang pernah dekat denganku, macam-macam ‘perencah’ ada. Tetapi aku dengar sebagai pengajaran dan jadikan nota buat aku tak terlalu sedap dibuai mimpi.

Pernah Menangis Bersama Tapi Dia Pendengar Yang Baik

Ada suatu ketika, aku menangis sepuas hati. Masak pun kelaut, memang tak ada mood. Rasa penat yang amat, tak mampu nak sembunyikan lagi. Dengan urusan kerja, hal rumah tangga, dan jaga makan minum anak-anak… kadang aku rasa berat!

Rutin mak-mak, baru kemas rumah anak dah buat sepah balik. Baru nak masuk tandas, anak dah menangis ketuk-ketuk pintu. Seminit letak kepala nak lelapkan mata, anak dah kejut tanya macam-macam. Malah aku jenis mak-mak yang cari duit tepi dengan bekerja dari rumah. Mana ada masa nak rehat.

Allah… itu yang aku terduduk menunggu suami pulang untuk pinjam bahunya. Dipujuknya aku sampai aku rasa tenang. Selesai berkongsi emosi, aku terus ke dapur meneruskan tanggung jawab aku macam hari-hari sebelumnya. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Benarlah, meluah itu bagaikan satu terapi. Bukan tak boleh meluah pada keluarga yang lain tetapi percayalah isteri lebih selesa meluah segala yang menyesakkan dada pada suaminya sendiri. Kerana di sebalik luahannya itu tersembunyi rasa ingin dimanjai dan dikasihi.

Sekarang, ada tak yang sudi bahagiakan hati seorang isteri? Walau cuma dengan sebiji gula-gula, wanita itu pasti akan menghargai.

Sumber: Mingguan Wanita via Nur Amni Hussin

Inilah Doa Terbaik Seorang Isteri Untuk Suami, Rebutlah Waktu Afdal Ini Walaupun Suami Tak Nampak

Percaya tak kuasa doa seorang isteri dalam rumah tangga yang bermasalah?

Apabila wanita bertukar status menjadi seorang isteri, tak ada impian lain yang dia impikan melainkan mengharapkan suaminya boleh jadi ketua keluarga terbaik.

Namun tak semua isteri beruntung dapat suami yang memahami, kadang ada sesetengah isteri terpaksa buat semua kerja sampai ke malam. Malah kalau dibelek pada wajah isteri, nampak muka tak tertanggung rasa penat tetapi masih gigih melayan karenah anak dan suami yang sesekali balik lambat. Jadi si isteri masih setia menunggu sampai tertidur di ruang tamu.

Itulah… berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bersyukurlah jika ada suami yang faham, bertimbang rasa dan mahu sama-sama meringankan beban. Dan seharusnya para isteri rasa bertuah jika memiliki suami yang baik kerana lelaki sebegini sudah hampir pupus.

Andai suami nampak leka dan jauh dari ibadat yang mana solat pun dilambat-lambatkan, malah ke masjid pun kurang… maka inilah tanggung jawab yang isteri kena betulkan. Macam mana dan apa yang patut buat, renungkan perkongsian daripada Muhammad Ahmad ini…

Makbulnya Doa Seorang Isteri

Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.

Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?

Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.

Bila Dan Cara Doakan Suami

Sambil masak doa untuk suami, ketika basuh baju doa untuk suami. Kalau pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.

Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:

“ya الله ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”

Isteri antara syurga atau neraka buat suami

Sumber : Facebook Muhammad Ahmad via Mingguan Wanita

Kredit : Pelikdunia.com

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!