Jangan Terus Minum Air Masak Sekiranya Tercekik Tulang Ikan Di Tekak, Bahaya. Jom Baca Penjelasan Doktor Ini

467 Views

Bagi penggemar makanan laut, tiada apa yang lebih menyelerakan daripada menikmati ikan laut segar sama ada dibakar ataupun digoreng. Hampir setiap orang pernah mengalami pengalaman tercekik tulang ketika kita sedang asyik menikmatinya.

Ramai yang tidak tahu cara yang betul untuk mengeluarkan tulang ikan yang tersekat pada kerongkong. Gambar ini membantu anda menyelesaikan masalah yang mungkin anda pernah alami satu ketika dulu.

Rata-rata masyarakat yang mengalami masalah ini akan minum air masak, berkumur dengan cuka, makan kuning telur dan menggunakan kaedah ‘kepal nasi’. Tetapi sebenarnya anda salah!

Perkara itu akan menyebabkan kerongkong anda merah dan bernanah.

Langkah pertama yang patut dilakukan adalah meminta orang yang terdekat dengan anda untuk melihat dengan menggunakan torchlight atau lampu suluh ke dalam mulut anda. Sekiranya tulang yang tersekat itu tidak dalam, anda boleh menariknya keluar dengan menggunakan pin.

Namun, jika tulang tersebut terlalu dalam dan anda tidak tahan akan kesakitan yang dialami, anda perlu segera berjumpa doktor.

Terdapat beberapa kes berkaitan kesalahan mengatasi masalah mengeluarkan tulang ikan yang telah memudaratkan mangsa dan kesilapan ini sebenarnya tidak boleh dipandang ringan dan perlu dianggap serius.

Kes pertama : Mangsa meninggal dunia.

Seorang wanita yang berasal dari Wuhan, China sedang menikmati hidangan ikan, apabila secara tiba-tiba secebis tulang ikan telah tersangkut di saluran kerongkongnya. Wanita ini telah menelan dua ketul nasi kepal sekaligus bagi memaksa tulang itu ditelan.

Dua hari kemudian, wanita ini mengalami kesakitan di dadanya, mendapat demam panas dan kejutan jantung. Setelah pemeriksaan gastroskopi dijalankan di hospital, doktor telah menemui sebatang tulang ikan sepanjang 2 sentimeter di saluran kerongkongnya. Oleh kerana wanita ini telah mengalami pendarahan yang berterusan, nyawanya telah gagal diselamatkan dan meninggal dunia.

Kes kedua : Menelan tulang ikan secara paksa.

Sebatang tulang ikan halus berukuran 2.2 sentimeter hampir meragut nyawa seorang nenek berusia 62 tahun ketika dia sedang menikmati hidangan ikan dan tulang ikan tersebut telah tersangkut di kerongkongnya.

Pada mulanya, nenek bernama Zhang ini ingin mengatasi masalah ini dengan cara menelan secara paksa tulang ikan tersebut. Akibatnya, tulang ikan tersebut telah tertusuk di bahagian kerongkongnya yang nyaris terkena pada lengkungan aorta vaskular terbesar dalam tubuh badan pada jarak 3 milimeter. Sekiranya terkena pada bahagian ini, ia pasti boleh mengancam nyawanya.

Seorang doktor pakar gastroenterologi di Hospital Xinqiao, China telah berjaya mengeluarkan tulang ikan ini dengan kemahiran teknik endoskopi lalu telah dapat menyelamatkan nyawa nenek ini.

Kes ketiga : Tulang ikan yang menembusi dinding usus.

Dua puluh tahun yang lalu, seorang doktor pernah bertemu dengan kes seorang wanita kaya yang datang ke hospital dengan tulang ikan yang telah tersangkut di kerongkongnya.

Doktor ini telah menyarankan supaya wanita ini menggunakan kaedah endoskopi untuk mengeluarkan tulang ikan tersebut. Tetapi wanita ini telah enggan mengikut saranannya untuk melakukan pemeriksaan dan terus pulang ke rumah.

Seminggu kemudian, keadaannya menjadi lebih parah, tulang ikan itu telah menembusi ruang aorta, dan wanita ini telah mengalami pendarahan yang banyak sehingga meninggal dunia. Sayang dengan wang banyak tetapi tidak mahu membelanjakannya untuk tujuan menyelamatkan nyawa.

Doktor ini memberitahu lagi kes seorang pesakit yang telah tersangkut tulang ikan di kerongkongnya dan telah pergi ke hospital. Namun, para doktor di situ telah mengarahkannya untuk pergi ke hospital lain yang boleh mengeluarkan tulang ikan tersebut, yang mana telah menembusi lengkungan aorta. Akan tetapi pesakit ini tidak mempercayainya.

Selepas itu ketika keadaan semakin parah, pesakit ini telah pergi ke hospital yang disarankan dan pada waktu itu pesakit ini telah muntah darah dan tidak dapat diselamatkan. Usianya baru dalam lingkungan 30-an.

Seorang doktor bernama Xu Siwei dari Hospital Universiti Zhejiang, China yang telah berpengalaman selama 30 tahun sebagai pakar bedah kardiotorak berkata beliau pernah menemui lima orang pesakit yang telah menderita dengan kecederaan esofagus dan aorta akibat tulang ikan yang pada mulanya telah tersangkut di bahagian kerongkong. Empat daripada lima pesakit ini telah meninggal dunia.

Jadi, jangan ambil mudah sekiranya tulang ikan telah tersangkut di bahagian kerongkong. Jika dibiarkan dan tidak dirawat dengan cara yang betul, ia boleh memudaratkan dan membahayakan nyawa.

Sumber: Era Baru

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!