Wahai Suami, Peluklah Isteri Setiap Hari Kerana Ia Dapat Bantu Isteri Jadi Kurus.

3776 Views

Pelukan dari seseorang merupakan suatu tanda atau cara seseorang itu menunjukkan atau meluahkan kasih sayangnya kepada seseorang itu. Pelukan juga mempunyai banyak manfaat dari segi sains, contohnya dapat menenangkan dan memberi kelegaan kepada seseorang itu.

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psikologi, tetapi dari segi fisiologi juga mengatakan ‘pelukan suami dengan intimnya dapat melepaskan hormon oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberi kesan yang baik.

Jadi kepada suami di luar sana anda harus melakukan tips ini kepada isteri anda.

#1. Pegang isteri anda setiap hari

#2. Mainkan rambutnya dengan perlahan

#3. Sentuh wajahnya dan cium keningnya

#4. Perlahan-lahan menarik tangannya

#5. Sambungkan jari tangan anda dengan jari-jarinya

#6. perlahan-lahan menarik baliknya

#7. Sentiasa menjaga pandangan mata anda apabila melihatnya.

Pelukan membuat pasangan berasa lebih dekat dan gembira Jadi bagaimana boleh memeluk suami membuat isteri menjadi kurus? Lihat penjelasan di bawah:

Menurut pakar motivasi Datuk. Mohd. Fadzilah Kamsah, memeluk dan menyentuh isteri ataupun suami terdapat pelbagai kebaikan kepada antaranya ialah

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang mahu isterinya menurunkan berat badan adalah disyorkan untuk memeluk isterinya lebih kerap.

Suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan penjang umur lebih daripada lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia merembeskan pelbagai hormon termasuk endorphin yang baik untuk kesihatan badan.

Endorphin hormon adalah sejenis bahan kimia semulajadi yang bertindak sebagai anestetik dan mengurangkan kebimbangan. Selain pelukan dan lelucon, pelukan suami dan isteri merupakan sunnah nabi.

Hubungan dalam pasangan yang penyayang juga boleh membantu pasangan untuk kekal muda dan kelihatan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri mereka sendiri.

Untuk isteri, pelukan adalah komitmen cinta dan kesetiaan kepada pasangannya.

Sumber : TaikoTV.com via TrendingChannel

 

 7 Sebab Kenapa Suami Isteri Kena Tidur Berpelukan Setiap Hari, Ini Faktanya!

 

 

Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan. Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi. Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.

Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri. Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!

Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan

1.Mencegah Stress

Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu. Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

2.Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’

Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.

3 .Tidur Lebih Nyenyak

Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.

4. Baik Untuk Jantung

Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.

5. Bangun Penuh Bertenaga

Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.

6. Panjang Umur

Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.

7. Tanda Luahan Kasih Sayang

Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan

Sumber: Mingguan Wanita via sehinggit.blogspot

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!