Minyak Bawang Putih – Lada Hitam Sebagai Ikhtiar ‘Buang’ Gangguan Angin Dalam Badan.

2752 Views

Dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ketika membantu pesakitnya yang banyak angin akibat gangguan.

 

Cara Buat Minyak Bawang Putih-Lada Hitam

“Sejak akhir-akhir ini banyak pesakit datang mengalami masalah angin dalam badan (banyak angin dalam badan).

“Jika badan banyak angin disebabkan gangguan makhluk halus boleh cuba cara di bawah.”

“Cara ini cumalah ikhtiar saja. Semua atas izin Allah. Buat dengan yakin, ikhlas dan sabar. Insya-Allah pasti dipermudahkan Allah.”

Buat Cara Macam Ini :

Ambil salah satu minyak masak sama ada minyak kelapa atau minyak gamat. Letakkan dalam piring kecil.
2. Kemudian letakkan sedikit lada hitam ke dalam piring.

3. Selepas letak lada hitam letakkan bawang putih sedikit ke dalam minyak.

4. Selesai letak semua itu lalu baca :

Al fatihah – 3 x
Al ikhlas – 3 x
Bismillah 5 – 3 x
Selawat – 3 x

5. Selesai baca sapukan di perut anda.

 

Ini Yang Akan Berlaku, Jika Ada Gangguan

Jika ada gangguan dan banyak angin dalam badan, anda akan sendawa keluarkan angin. Sekiranya bayi anda kerap kembung perut buat seperti di atas sapukan pada perut baby dan tapak kaki baby.

InshaaAllah izin Allah perut baby anak kecil anda tidak akan kembung lagi.

“Cara ini hanya sebagai iktiar sahaja, kesembuhan semua atas izin Allah.”

27 Tanda Gangguan Makhluk Halus, Saka, Santau Dan Sihir

Tanda-tanda tersebut adalah:

  • Kerap sakit belakang, bahu tengkuk urat belikat kerap sakit
  • Kerap sesak nafas sakit dada ulu hati
  • kerap rasa resah gelisah berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu asar ke atas
  • Kerap sakit kepala, makan ubat tetap sakit
  • Kerap kembung perut sedawa angin
  • Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari, (wanita)
  • Kitaran haid tak normal
  • Lambat mendapat zuriat
  • Menjadi rimas lemas cepat nak marah bila berdepan suami@isteri
  • Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil
  • Ketika marah kerap meminta cerai
  • Tidak suka tidur bersama
  • Nafsu tiada terhadap suami@Isteri
  • Tercium bau badan busuk hahyir, nafas berbau pada tubuh suami@isteri
  • Suka bersendiri di dalam bilik
  • Tidak suka tempat-tempat yang bising
  • Sukar tidur malam
  • Kerap mimpi baby, menyusu dan bermain baby
  • Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa
  • Kerap mimpi pasangan kita curang
  • Perasaan curiga cemburu buta yang kuat
  • Kerap bermimpi tempat kotor busuk
  • Kerap terbau kemenyan, colok setanggi
  • Bila berjauhan dengan pasangan perasan rindu sayang amat-amat menebal
  • Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali dan di kenali
  • Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran
  • Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang lain

Di atas adalah serba sedikit Bagi orang yang terkena gangguan makhluk halus. Sekiranya anda banyak tanda di atas dapatkanlah rawatan Islam berhampiran dengan anda, jangan sampai terlambat ya.

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin via Mingguan Wanita

 

Hilangkan Racun, Bisa-Bisa, Santau Atau Sihir Dengan Rawatan Alternatif Air Kelapa.

Anda mungkin pernah mendengar perkataan sihir atau santau. Mangsa yang mengalaminya akan ”dibinasakan” dengan perlahan-lahan supaya dia menderita atau lebih dasyat berakhir dengan kematian dalam jangka masa tertentu. Ngeri, namun selagi ada usaha kita boleh merawatnya. Paling penting jangan mempercayai perkara kurafat yang boleh memesongkan akidah sebagai seorang Islam.

Perkongsian oleh Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur yang mendapat lebih 92 ribu share di facebook boleh dijadikan panduan untuk anda. Masih ramai yang belum tahu, air kelapa muda yang diminum dengan mengikut cara atau kaedah yang betul, dapat mematikan atau memuntahkan ”racun” dalam badan. Sebaiknya diamalkan 3 kali seminggu, tidak salah berikhtiar, dengan izin-Nya kita akan diberikan kesihatan yang lebih baik.

 

Jom kita ikuti perkongsian seperti di bawah ini. Semoga dapat memberi kebaikan untuk semua.

Bagus minum air kelapa ni untuk mematikan/memuntahkan racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam tubuh badan. Caranya seperti berikut.

Pastikan air kelapa muda. Jangan letak gula atau air batu (ori). Sebelum minum baca Ayat seperti berikut :-

1. Al-Fatihah 1x.

2. Surah Toha Ayat 69 7x.

3. Berdoa contoh ( Ya Allah Jadikan Air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala ganggun jin dan syaitan yang ada ditubuh badan ku ini)

4. Minum dengan pelan-pelan, sekiranya ketika minum anda terasa mual dan hendak muntah. Jangan di tahan muntah tersebut. Muntah sahaja (mungkin yang keluar itu adalah racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam badan anda.

5. Amalkan minum air kelapa ni, seminggu 3 kali. Insya Allah

Surah Toha Ayat 69

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى

Terjemahan:- “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.

Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen “izinkan saya untuk beramal”. Insya Allah nanti saya ijazahkan.

 

Sumber : Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur via siakapkeli.my

 

 

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!