Tips Doa Makbul Dengan Asma’ Allah (Nama-Nama Allah). Amalkan

273 Views

Assalamualaikum semua. Moga Allah merahmati semua pembaca IIUM confession. Terima kasih pada admin IIUM juga. Byk pahala awk ye sbb bantu org sebarkan kebaikan:)

Aku sbrnya confessor yg sama bg confession “Minta Pada Allah”. Maaf sebab aku berkongsi lagi, cuma aku rasa mcm nk share apa yg aku buat utk dpt pertolongan Allah sebab aku yakin dkt luar sana ramai lagi yg sedang mencari cari semangat utk bangkit semula mcm aku sebelum ni.

Cuma aku tukar sikit tajuk atas tu sbb kali ni aku nk share tips doa makbul dengan Asma’ Allah atau nama2 Allah. Moga2 sedikit perkongsian ini bila diamalkan, akan dpt dimanfaatkan oleh pembaca semua. Byk firman Allah yg perintahkan kita supaya berdoa guna Asma’ Nya tp aku tak masukka dkt sini tau:)

Sebelum tu, aku nk ucap terima kasih pd confessor “Terima Kasih Allah”. Sesungguhnya Allah yg telah gerakkan hati awk utk turut bersedekah dan dpt rasakan betapa Allah tu Maha Baik. Tahniah. Moga Allah mudahkan semua hajat awk lps ni:). Sesungguhnya aku sngtt gembira bila apa yg dikongsi turut diamalkan oleh org lain.

Sebelum tu aku nk tambah sikit:) Korang boleh jugak sedekah dgn:

1. Bagi makan kucing. Ni aku selalu bwk makanan kucing dlm plastik kecik letak dlm beg. Kalau jumpa mana2 kucing kau boleh bagi. Masa bagi tu kau ckplah pada kucing tu supaya doakan kau. Ya, kucing tu haiwan dan mana ada akal. Tapi dah byk aku baca kisah org2 doa makbul ni asbab bagi makan pd kucing dan mintak kucing doakan sekali. Kuasa Allah tu hebat kalau Kau Yakin. Panjang plak kalau nk citer dkt sini kisah2 tu hihi.

2. Share ilmu bermanfaat. Kalau kau ada ilmu yg bermanfaat atau kau tenangkan org2 yg tgh ‘down’ perlukan semangat, tu pun sedekah tau! Ni pun byk kisah aku baca.

3. Buat baik pada yg memerlukan. Tak kisahlah kau tolong org ke, tolong basuh telekung dkt masjid ke, tlg mak ayah dkt rumah dll. Setiap kali buat kebaikan ni, niatkan hajat korang. Sebab korang dh bantu mudahkan urusan org, Allah akan bantu kau plak! Yakin dan Percaya!

4. Sedekah telekung dkt masjid:) Setiap kali org guna byk pahala kau dpt.

5. Infak kertas dan pen dkt masjid. Tulis dkt situ boleh ambik utk kegunaan kalau takde kertas utk mencatat masa ada kuliah atau ceramah. Byk pahala kau wei kalau org tulis tulis dan amal!

6. Infak selipar masjid, gayung, pewangi,sabun cuci tangan, lotion tangan, bedak, pencuci muka. Boleh letak dkt tempat wuduk atau dkt tempat tgk cermin. Ada aku tgk dkt masjid mana tah ada dlm satu rak comel semua brg2 wakaf ni. Org2 yg singgah situ boleh guna tau;)

7. Prepare duit kecik dlm beg selalu. Bila ada jumpa anak2 org susah, atau makcik2 cleaner boleh bagi duit tu;) . Mintak diorg doakan sekali kita.

**tu serba sedikit cara sedekah selain duit (No7 tu guna duit gak hehe). Byk lagi cara lain. Aku yakin korang pun tahu:)

Dan sekali lagi aku nk bagitahu, sebelum ni masa aku tgh ‘down’ dgn masalah aku dan utk carik balik semangat, aku tersangat sangat perlukan kisah2 inspirasi utk aku kuatkan balik keyakinan aku pada Allah. Aku turut gembira bila baca komen dkt confession tu yg buat aku rasaa sngt2 tenang dan aku doakan semua yg baca ni turut dpt pertolongan drp Allah sentiasa.

Haa selingan lagi hehe.. Korang kalau perlukan semangat dan motivasi, cuba dgr Prof Muhaya dgn anak dia Dr Atiyah tu, Prof Maseri, Diyana Tahir. Tp aku sarankan kau dgrlah motivasi dari Diyana Tahir dkt youtube sbb bila aku dgr tu semangat aku Allah dtgkan balik! Terima kasih pd confessor sebelum ni yg turut share pasal dia dgr motivasi dari Diyana Tahir.

Baik, tips berdoa ni ada byk. Mcm ada yg dah share doa lps ayat Kun Fayakun Surah Yasin dan juga ‘jual nama mak’ utk doa. MashaAllah tu pun mujarrab kalau kita yakin. Kita juga boleh doa dgn cara tawassul dan juga minta org2 alim doakan kita sekali.

Baiklah, skrg ni apa kata kita gabung tu semua sekali masa doa? Cthnya mcm ni, kalau berkesempatan, baca lah yasin, lps sampai ayat Kun Fayakun tu doa mcm confessor sebelum ni ajar, dan dlm doa tu guna Asma’ Allah dan jual sekali nama mak! Aku dh cuba dan mmg mujarrab. Sama ada cepat atau lambat je. Sebab ustaz(aku lupa nama) ada kata, kalau kita doa sungguh2 dan yakin, Allah akan kabulkan, tapi ada proses. Sebab kita hidup atas dunia ni mmg ada proses semuanya kan? Jadi, jangan putus asa berdoa. Nanti satu2 Allah Ya Nur Ya Hadi Ya Haq akan tunjuk jalan:)

Okey, apa yg aku share ni adalah apa yg aku bljr dan aku amal serta byk dah mujarrab dengan izin Allah. Ini adalah salah satu usaha kita berdoa dgn berkat Asma’ Allah tetapi samaada makbul atau tidak doa tersebut adalah kuasa Allah. Tapi kita kene yakin Allah akan kabulkan! Sebab tu kita sebagai hamba perlu berdoa bersungguh sungguh. Ni adalah cara berdoa guna Asma’ Allah yg sesuai mengikut situasi kita:)

1. SUPAYA KHUSYUK BERDOA /SOLAT

Allahumma Ya Bathin(3x), Engkau Yang Maha Menghilangkan, Allahu Rabbi, hilangkanlah sementara peristiwa2 dan wajah2 makhlukmu seketika daripada fikiran dan pandangan mata hatiku, yang sentiasa bermainn dlm fikiran dan pandangan mata hatiku, agar aku dpt bermunajat kpdMu setulus hatiku dgn izinMu Ya Allah Ya Bathin.

***Amalkan sebelum solat dan berdoa. InshaAllah solat kau akan lebih khusyuk dr biasa walaupun tak sampai 100%. Sbb kita bukan wali Allah tp at least kita usaha utk khusyuk. Doa pun akan smpai dlm hati.

2. MOHON PETUNJUK

Allahumma Ya Zhohir(3x) Engkau Yang Maha Menampakkan, nampakkan lah pada pandangan dan mata hati ku, akan ingatan kepadaMu Allah dan juga petunjuk kpd semua hajatku ini Ya Allah, agar segala permohonanku ini dikabulkan olehMu Ya Allah Ya Rabb, di dunia ini semudah kun fayakun

3.MOHON KEAMPUNAN

Ya Allah Ya A’fu,Ya Ghaffar, Ya Tawwab, wahai Zat Yang Maha Pemaaf, Maha Pengampun, Maha Menerima Taubat. Dosa2 yang aku lakukan sangatlah besar tetapi aku beriman Ya Allah bahawa keampunanMu Maha Besar daripada dosa yg telah aku lakukan.Allahumma Ya Allah, ampunilah dosa aku, ampunilah dosa kedua2 ibu bapa aku iaitu wanita yang telah melahirkan aku yg bernama (NAMA) dan juga lelaki yg dibinkan namanya kpdku (NAMA).

4. SUPAYA DISAYANGI dan DICINTAI

Ya Allah Ya Mubdi, Engkau Yang Maha Mencipta ..Yang Maha Menjadikan sesuatu itu drp tiada kpd ada. Yang Maha Memasukkan rasa cinta dan kasih sayang sesama hamba dlm diri mereka drp tiada kepada ada. Maka aku mohon Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Mubdi, Ya Wadud, masukkanlah dan alirkanlah rasa cinta dan kasih sayang dalam diri (NAMA) terhadap diri aku supaya mereka akan menyayangi dan mencintai aku.

***Boleh amal zikir ni supaya Allah alirkan rasa sayang dlm diri sesorg tu cth suami, ibu mertua dll.

5. MINTA JODOH

Sesungguhnya aku menafikan semua restu dan redha serta kasih sayang makhlukMu walaupun drp ibu bapa kami sendiri melainkan semua itu adalah dengan daya dan izinMu serta aturanMu Ya Allah, Ya Barri’, Ya Allah Ya Malik, Ya Malikul Mulk, Ya Mutakabbir, Ya Hayyun Ya Qayyum .Wahai Zat Yang Maha Menguasai seluruh penciptaan langit dan bumi serta segala isinya.

Maka selayaknya aku hanya memohon kpdMu Ya Allah akan hajatku untuk bersuamikan (NAMA). Ya Allah Ya A’lim, Ya Syahid, Engkau Maha Mengetahui Ya Allah, akan doa2 aku drp dulu lagi untuk meminta seorg suami mengikut ciri2 yang aku mahukan. Engkau telah mempertemukan aku dan (NAMA) . Engkau telah tunjukkan kpdku bahawa (NAMA) menepati semua ciri2 yg aku mahukan. Maka Ya Allah aku mohon kepadamu, izinkan aku utk mengalirkan rasa dlm hati ini dengan ikatan perkahwinan dgn (NAMA). Satukanlah kami berdua dgn ikatan perkahwinan Ya Rabb.

6. MOHON REZEKI

Ya Allah Ya Razzaq,Ya Ghani, Ya Mughni, Engkaulah Yang Maha Memiliki Segala Kekayaan, Yang Maha Mengurniakan Kekayaan, Yang Maha Menguasai Sumber Kewangan , aku mohon Ya Allah kau kurniakanlah aku keuntungan berlipat kali ganda utk bisnesku.

Agar dpt aku gunakan utk beli kereta yg selesa utk bawa ibu bapa aku dan ahli keluarga aku melihat mengembara melihat kebesaranMu, dan mencari ilmu Mu serta mengeratkan hubungan kami, untuk aku bina dan sediakan rumah batu yg selesa untuk ibu bapa aku dan adik2 aku selesa beribadat, untuk aku dan bawa ibu bapa aku ke Mekah, untuk aku infakkan setiap hari, untuk aku membantu org2 yang memerlukan Ya Allah dan supaya aku dpt berzakat ke jalanMu Ya Allah. Engkau Maha Kuasa untuk memberikan kekayaan dan kesenangan tersebut kepada aku Ya Allah Ya Ghani Ya Mughni semudah Kun Fayakun.

7. MOHON MUDAH STUDY UTK EXAM

Ya Allah Ya Zohir, Ya Nur, Ya Hadi, Ya Haq, Wahai Zat Yang Maha Menampakkan dan Memberi Petunjuk, tunjukilah aku tajuk2 yg perlu aku tekankan utk exam agar aku dpt markah yg cemerlang agar dpt membahagiakan ibu bapaku.

8. MOHON MUDAH JWB EXAM

Ya Allah Ya Barri’, Yang Maha Mengatur,
Ya Allah Ya A’lim Ya Hakim Ya Rashid, Ya Maha Bijaksana, alirkanlah sedikit kebijaksanaanMu kepadaku, aturkanlah aku supaya dpt menjwb soalan yg diberi dgn betul.

9. SERAH SEGALA HAJAT PADA ALLAH

Ya Allah aku hambaMu yang sngt dhaif, yg jahil lagi lemah. Aku serahkan doaku ini kepadaMu Ya Allah, Ya Waali, Ya Muta’ali, Ya Wakil untuk Kau uruskan dan Kau tadbirkan. Aku wakilkan kepadaMu Allah semua harapan dan permintaan serta urusanku itu Ya Allah kerana Engkaulah pemilik langit dan bumi serta seluruh isinya.

10. MOHON HAJAT DIKABULKAN

Allahumma Ya Mujib (3x), Engkau Zat Yang Maha Memakbulkan segala hajat dan permintaan hambamu. Hanya Engkau tempat aku memohon Ya Allah. Aku menafikan semua pertolongan makhlukMu melainkan itu semua dtg atas izinMu. Sebagaimana Engkau telah mengizinkan aku utk berdoa kpdMu, aku mohon Kau Kabulkan lah semua permintaan ku semudah Kun Fayakun Ya Allah. Hanya jika Kau Katakan Kun Fayakun, maka semua hajatku itu akan berlaku dengan izinMu Ya Allah. Ya Somad, bantulah aku hamba yg sngt hina dan kerdil ini.

-Byk lagi Asma’ Allah yg sesuai yg boleh digunakan. Korang boleh cari dkt Youtube Prof Maseri dan Ustaz Amin dll. Prof Maseri ajar zikir tu, kalau boleh amal masa bangun malam. Setiap Asma’ Allah tu zikir 40kali. Atau bagi kita yg agak susah nk amal mungkin sbb byk dan tak biasa, kita boleh je zikir mana2 Asma’ Allah mengikut situasi kita. Di mana2 sahaja tau. Tgh masak, drive, kemas rumah, sebelum buat apa2 dan sebagainya.

Tu semua ada ayat drp Prof Maseri dan ada ayat aku. Korang boleh je guna ayat2 korang utk doa mengikut kesesuaian:) Prof Maseri juga byk cerita keajaiban berdoa dgn Asma’ Allah. Yang dkt ICU ibarat tunggu masa je pun ada yg sembuh berkat Asma’ Allah.Team diorg ada ajar waris2 dkt ICU Hospital Kuantan kalau tak silap, utk berdoa dan yakin dgn Asma’ Allah . Dan kita mmg kene yakin dgn pertolongan Allah. Lambat atau cepat. Tp kalau Allah tak bagi mungkin ada sesuatu yg lebih baik kita akan dpt:)

Aku minta maaf kalau apa aku share ni tak brp menarik. Kalau ada aku tulis tu salah pun aku minta maaf. Tolong doakan aku sekali ye supaya bisnes aku makin maju walaupun tgh smbung bljr, semoga aku dpt kawen dgn lelaki yg aku hrpkan, dpt besarkan rumah mak ayah aku, bwk diorg pegi mekah, dpt infak lebih byk. Doakan agar hajat aku turut makbul semua:). Moga2 semua doa tu berbalik pada korang juga. Aku doakan semua yg baca confession ni akan sentiasa dpt pertolongan Allah dan semua doa korang dimakbulkan Allah. Allahumma Ameen:)

– Nur

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!