Pesanan Buat Suami, Isteri Dirumah Bukanlah Untuk Di Kerah Tenaga. Cuba Bawa Isteri Bercuti, Anda Pasti Terkejut Dengan Perubahannya.

13435 Views

Perkongsian dari seorang suami, Abu Hurairah Asifa ini membuktikan suami kena faham isteri dalam semua aspek. Bukan setakat kita nak jadikan isteri sebagai pengurus rumah tangga tapi lebih dari itu lagi

Apa salahnya suami memahami isteri. Kepenatan isteri menguruskan rumah tangga perlu diambil kira. Seorang isteri rasa cukup dihargai bila pasangan memberi peluang untuk berehat. Tak jatuh pun maruah suami jika bantu isteri buat kerja rumah atau jaga anak.

Perkongsian dari seorang suami, Abu Hurairah Asifa ini membuktikan suami kena faham isteri dalam semua aspek. Bukan setakat kita nak jadikan isteri sebagai pengurus rumah tangga tapi lebih dari itu lagi.

Berikut antara perkongsiannya:

Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai.

Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai.

Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.

Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.

Itu rambut isteri kita.

Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?jangan kerah isteri, isteri bukan hamba, isteri bukan pembantu rumah, kerah tenaga isteri, suami jangan kerah tenaga isteri

 

Tekanan.

Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.

 

Hormon yang tidak stabil.

Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.

 

Pengambilan ubat-ubat yang tertentu.

Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.

 

Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.

Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.

 

Produk rambut

Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.

Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.

Kita nak semuanya baik kan?

InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita. Bawalah ia bercuti untuk hiburkan hatinya.

Mereka mahkluk paling penat!

Berilah sedikit masa untuk mereka rehat.

Sumber: Abu Hurairah Asifa

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!