“Orang Dulu Susah Nak Bercerai…” – Pesanan Akhir Makcik Ini Buat Ramai Laki Bini Sentap

45505 Views

Perkongsian oleh Muhammad Ahmad ketika dia bertemu seorang makcik di hospital. Pesanan makcik yang diterima olehnya mengenai hubungan rumahtangga amat wajar dijadikan pengajaran kepada semua.

2 hari ini saya melawat saudara di hospital. Jumpa seorang makcik, senyum sentiasa.

“Makcik Tengok Sekarang Ramai Orang Bercerai, Puncanya…” Pesanan Makcik Buat Ramai Sentap!

Nampak seolah olah sudah biasa bertandang di hospital. Tegur saya.

“Pakcik sakit apa makcik? “

“Pakcik macam-macam sakit, masalah jantung,darah tinggi,kencing manis. Lepas raya pakcik makan tidak pantang. 2 hari lepas pakcik makan buah mangga banyak terus gula naik, itu yang kena tahan wad.

Kaki pakcik pun dah kena potong,sekarang kerja pun dah tak boleh,telinga pun tak berapa nak dengar sebab pernah kena stroke. Alhamdulillah anak-anak ada membantu. Pakcik juga dapat bantuan dari kerajaan. Bagus juga zaman Dato Seri Najib walaupun bermacam harga barang naik.”

Sambung menyambung macam guruh di langit makcik bercakap.

“Saya tengok makcik macam sudah terbiasa datang hospital ya?”

“Dah hampir 10 tahun nak makcik ulang alik masuk wad jaga pakcik. Pernah 3 bulan berturut-turut jaga pakcik sebab kaki kena potong”

“Pasti makcik penatkan, yelah bukan selesa sangat tidur di hospital”

“Nak.. inilah kehidupan,ini adat berumah tangga kita perlu penat untuk pasangan, dulu pakcik berpuluh tahun penat cari rezeki untuk kami anak beranak, siang malam cari rezeki,siang malam tidak lupa didik kami sekeluarga kenal tuhan.

Makcik tengok sekarang ramai orang bercerai,makcik rasa puncanya salah seorang dari mereka tidak sanggup hidup susah,tidak sanggup korban jaga hati pasangan.

Orang dulu susah nak bercerai sebab pandai jaga hati pasangan, tidak cerita hal rumah tangga kepada jiran, pandai hargai pasangan. Orang sekarang kena marah dengan laki sikit pun dah call orang tua di kampung mengadu, makcik dulu tidak.

Kalau pakcik marah, makcik cepat-cepat cari apa kesalahan makcik, begitu juga pakcik. Kalau kena bebel dengan makcik, diam je pakcik kau ni. Nanti besok macam-macam minta makcik masak,katanya rindu nak makan masakan special makcik.

Orang dulu pandai pujuk pasangan. Berperang tu biasalah bukan tidak ada yang bercerai. Mana ada rumah tangga aman 24 jam. Berperang tu tanda Allah menguji hati kita. Jika hati kita tidak betul,maka tidak betullah cara kita selesaikan masalah.

Itu baru dengan pasangan,belum lagi diuji dengan anak-anak. Nanti anak awak sudah dewasa(perbualan awal kami, panjang kisah saya cerita tentang anak). Awak akan faham erti kehidupan rumah tangga. Nak kena jaga hati pasangan itu satu hal, nak kena didik anak-anak ini tidak boleh terlepas pandang.

Lebih-lebih lagi zaman sekarang,bermacam masalah. Zaman dulu mana ada orang minum kopi tengah malam,zaman sekarang 2-3 pagi masih di kedai kopi. Itu sebab remaja balik rumah suka lawan cakap mak ayah,sebab mereka terpengaruh dengan budaya luar.

Saya diam membisu. Betullah memang makcik ini suka membebel. Tapi banyak dapat saya pelajari. Mulut asyik nak bercakap jer.

Paling sentap makcik cakap:

“Makcik dulu bergambar ada adab. Mana ada cium peluk. Orang sekarang waktu bergambar bukan main lagi cium peluk, masuk fisbuk,masuk grup, tapi diluar sana depan orang ramai pun bergaduh. Makcik tau lah, anak makcik ada fisbuk”.

Masuk kereta saya ulang cerita yang sama kepada isteri. Betullah, orang dulu bahagianya tidak nampak jauh sekali masalah. Semuanya diselesaikan dengan cara yang baik. Matlamatnya satu.

‘Sehidup semati hingga ke syurga’

“Berkeluarga Tidak Cukup Hanya Berjanji Sehidup Semati, Tetapi Harus Sehidup Disyurganya Allah”-humairoh.com

-EncikMatt-

Sumber : kisahkini.pw

 

Artikel Berkaitan :Terbaca Kisah-Kisah Ceraikan Isteri Sebab Dah Ada Isteri Baru.. Sedih. Satu Je Nak Pesan Buat Suami – Ustaz Ebit Lew

Terbaca kisah-kisah ceraikan isteri sebab dah ada isteri baru..sedih..

Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa.

 

Satu Jer Nak Cakap. Isteri Ini Amanah Allah

Satu jer nak cakap. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain atau sebab yang besar munasabah. Kita mulia manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah..walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri…kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah..

Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz?

Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..

Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa?

 

Bahagia Itu Bila Kita Yang Memberi

Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..

Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..

Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya….dia senaraikan buruk isteri dia..

 

Tanggungjawab Ketua Keluarga

Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu jer semua tu? Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?

Semua takde ustaz..sekurang-kurang abang dah buat semua tu jika masih tak berubah barulah fikir yang lain-lain. Ini tak pernah bawa berada di jalan Allah pun lagi..

Baik ustaz..

Dia bawa isteri datang keluarga sunnah. Sehari dalam keluarga sunnah. Lepas tu bawa isteri 3 hari belajar iman. Mula buat taklim rumah. Mula makan dalam dulang berjemaah. Mula sama-sama dekat diri pada Allah..Didik isteri anak solat..bagi masa untuk keluarga..

 

Bahagia.. Baru Rasa Kahwin Sekian Setelah Lama

Jumpa saya semula kata, ustaz hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu dari mula kahwin ajak belajar agama. Belajar iman. Dekat pada Allah. Makan suap-suap. Kerana sunnah semua ajaib..Ajaibkan ustaz..

 

Wanita Boleh Jadi…

Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.

Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam AlQuran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal..Allah puji ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka…Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu..- ebitlew

Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

 

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!