“Kakak Aku Biasa Je, Tapi Anak Dia Semua Bijak” – Lelaki Ini Kongsi Satu Amalan Mudah Yang Boleh Ibu Bapa Amalkan Setiap Pagi.

5393 Views

Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Melihat anak yang dididik sejak dari kecil berjaya, hati ibu-bapa mana yang tidak bahagia. Bila melihat anak-anak orang lain yang cemerlang, kita bukan sekadar mahu tahu rahsia anak itu dalam belajar, tetapi juga bagaimana cara didikan ibu bapanya itu. Pernah tak kita terfikir rupanya ada petua yang boleh diamalkan oleh ibu-bapa supaya anak menjadi bijak.

Perkongsian daripada Pengiran M. Nizam Rahman yang tular di media sosial hingga mendapat lebih dari 31 ribu perkongsian dalam masa sehari boleh dijadikan tips berguna untuk ibu bapa.

Beliau mendapatkan petua mudah ini dari kakaknya sendiri yang terbukti mempunyai anak-anak yang bijak. Bukan sahaja berjaya dalam akademik tapi juga sering menerima anugerah di sekolah. Ternyata, kakak beliau hanya mengamalkan satu petua ini sahaja kepada semua anak-anak setiap hari. Tinggal rajin atau tidak je ibu-bapa nak amalkannya.

Jom kita ikuti tips yang dikongsikan seperti di bawah ini. Mana tahu, anak-anak kita juga akan bijak dan berjaya. Tak salah kalau usaha. Moga bermanfaat untuk ibu-bapa di luar sana.

Hajat Pada Anak…

Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.

Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana laa.

Caranya:

Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”

*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.

Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.

Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.

Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, silakantekan butang share tu ya. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Aameeen.

Sumber : siakapkel.my

 

Amalkan Baca Doa Ini Semasa Memasak. InsyaAllah, Anak Akan Dengar Cakap & Tidak Degil.

Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya sejak kecil walaupun sekadar ikan bilis goreng kicap. Apa istimewanya masakan ibu sehingga tetap diingati hingga ke akhir hayat?

Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata-mata tetapi adunan perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya.

Hasil kajian yang dilakukan pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.

Dorongan si ibu memasak bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya berbanding seorang tukang masak yang memasak atas tujuan untuk menerima keuntungan.

Ya, itulah perbezaannya seorang ibu dan tukang masak. Si ibu memasak untuk memberi sedangkan tukang masak memasak untuk menerima (keuntungan).

Bahkan melalui masakan juga, si ibu boleh mendoakan yang baik-baik untuk suami dan anak-anaknya. Ketika memasak, banyak doa yang boleh dibaca untuk kesejahteraan ahli keluarga dan memperbaiki hubungan.

Ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak.

Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga.

Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu.

  1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
  2. Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
  3. Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
  4. Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
  5. Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
  6. Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
  7. Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
  8. Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
  9. Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.
  10. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
  11. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.

Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.

Sumber : dakwahdot

 

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!