DISIHIR Lelaki Sehingga SAKIT. Tapi Asbab Jaga Solat 5 Waktu “SESUATU” Berlaku….

9748 Views

Nama aku Hafni. Aku ni boleh la dikatakan cantik putih, ramai lelaki yang berkenan, cuma aku tolak secara baik. Tapi aku perasan ada sorang lelaki ni. Agak saiko. Banyak betul hadiah dia bagi. Aku tolak jugak. Sehinggalah satu hari aku “sakit” teruk disihir lelaki tu. Aku tak mengalah, solat 5 waktu aku jaga dan ibadah-badah lain pun aku tambah dan “sesuatu” mula berlaku……

Dunia jadi semakin moden dengan banyak teknologi dipelopori. Seiring dengan kemajuan, begitu juga minda dan cara pemikiran kita semua. Ketahyulan dan kepercayaan kepada sihir jin dan syaitan semakin terhakis.

Bomoh dah semakin kurang dan ramai yang telah “pencen” kerana tiada lagi pemintaan kerja. TETAPI walau semakin ramai yang sudah maju, kami di Khalifah Mail Online difahamkan masih ada lagi yang kolot menggunakan cara “kotor”. Ikuti kisah seorang wanita yang bernama Hafni dari IIUM ni. Semoga menjadi pedoman kepada semua.

Assalamualaikum semua.. Nama aku Hafni. Pertama sekali aku nk bagitahu yg aku bukan jenis yg suka menulis atau mengarang.. kira aku terpanggil menulis ni dgn niat nk share pengalaman sendiri jela, mudah mudahan akan bagi manfaat untuk org lain.. org kate random sharing gituuuu..

Before mula cerita biar aku describe dulu sikit-sikit pasal diri aku laa.. Aku ni bukan spesies-spesies manusia alim bertudung labuh bagai, menjaga ikhtilaf menundukkn pndangan ke ape.. Aku jenis perempuan pakai tudung tapi yelaa orang kata masih tak cukup sifat pun tudung nya… and aku agak beruntung sebab dikurniakn org kata comel skit laa mukanya..

Tapi takde laa sampai se’hot’ gang2 retis.. tapi despite of ‘pakai tudung tak cukup sifat’, ‘tak jaga ikhtilaf’ or ‘berwajah comel skit’ dan kdg2 menyetan dengan kawan-kawan, aku memang jenis yang jaga 5 waktu aku dan jenis tak rapat sangat dengan lelaki – dari zaman sekolah sampai masuk u dan sampai laa masuk alam pekerjaan, even ade yang minat nak berkenalan lebih dari kawan. Setakat borak kawan-kawan biase tu jelaa paling2 mesra pun.. Dan aku jenis yg pegang prinsip- se setan macamne pun aku, 5 waktu kena jaga and at least quran 1 page 1 hari.

Nak dipendekkan cerita, ade sorang lelaki kt tempat kerja aku ni memang dah lama minat dengan aku dalam setahun.. tapi aku tak pernah respon langsung sebab masetu aku dah ade boifren (tunang aku sekarang).

Macam-macam laa die buat.. bagi hadiah, bunga, makanan and pernah mintak no aku dari kawan aku.. tapi semua aku tolak dengan baik ( semua menggunakan pengantaraan orang) dan nak dijadikkan cerita dekat tempat kerja aku, aku ade orang bwhan and memang baik dengan anak-anak buah aku.. satu hari mase aku jalan tergelak2 dengan dieorg, mamat yang minat aku tu ternampak.. Kes tu beberapa hari lepas aku tolak hadiah dia..

Dan start dari tu aku “sakit”.. Sakit ape aku tak perlu cerita laa dekat sini.. tapi aku sampi pergi buat check up yang bukan-bukan.. 5 ke 6 doctor aku jumpa semua cakap aku sihat.. bile keluar result macam-macam test aku buat semua cakap aku sihat dan normal.. dan entah macamna aku terdetik untuk cuba perawatan islam..

Alhamdulillah aku sembuh mcm biasa lepastu.. tapi org melayu cakap langit tak selalu cerah.. Mamat tu still obses dengan aku sampai follow aku dekat parking, tunggu aku dekat toilet, datang ofis aku and 1 hari aku berjumpa dia depan-depan (die kejar aku) aku just cakap secara baik dengan dia tolong jangan ganggu aku lagi, aku bakal berkahwin tak lama lagi.. and starting from that day, aku lagi sakit teruk but i managed to survive..

Tahu ape rahsianya? Bila aku sakit aku lagi mendekatkan diri pada Allah.. aku lagi banyak menambah ape yang sunat .. dan aku ade kenal dengan sorang ni yang boleh tengok sama ada kau kena buatan orang atau sakit yang perlukan perubatan moden – dia cakap ade orang yang tak puas hati aku nak berkahwin, and die advise aku untuk berubat cepat..

Mula-mula aku tak percaya yelaa kalau tak betul bole menjatuhkn fitnah.. dan aku lupa bagitau yang semasa aku sakit, aku boleh lagi pergi kerja mcm biasa cuma kawan-kawan aku tegur aku nampak macam zombie bejalan..

Sampai laa 1 tahap, ade seorang makcik (area rumah aku) yang dikurniakn kelebihan dari Allah tengok aku.. die bagitahu aku yang aku memang terkena sakit yang kena berubat cara islam.. die cakap sepatutnya aku sakit lagi teruk tapi sebab aku jaga 5 waktu aku (die cakap aku kuat sembahyang), segala benda yang datang or dihantar pada aku cuma kena sipi-sipi..dan masa awal-awal aku sakit sebelum tu aku memang rajin smbhyg sunat.. sebelum ni aku mengaku bila aku start kerja tak pernah aku bangun malam untuk jumpa Allah..

Mungkin disebabkan jaga solat 5 waktu tambah dgn amalan-amalan sunat tu buat aku bole bangkit gi kerja macam biasa padahal badan aku Allah aje yang tahu rasa macamane (dengan izin Allah gak la).. makcik tu memang orang lain semua tahu die bole scan kau ni kaki sembahyangg ke kaki membela ke macamtu..dan baru aku nampak betapa sembahyang ni membantu kite dan memelihara kite dari benda-benda jahat yang macamni..

Dulu aku just fikir kena sembahyang sebab taknak masuk neraka je.. takde pulak terfikir kebaikan sembahyang tu dalam kehidupan seharian..and aku pun ade berubat lagi dengan imam area rumah aku.. die banyak jugak menurunkan ilmu-ilmu untuk aku amalkan.. aku sekarang Alhamdulillah sihat seperti sediakala dan masih bekerja seperti biasa.. pasal mamat tu die pun da dapat bhgian dia, aku doakn dia dapat hidayah dan bertaubat..

Yang aku nak highlightkan kat sini mcmnepun semua bermula dengan 5 waktu sehari tu.. kite buat yang tu in shaa Allah terbina laa pendinding dalaman tapi dengan mengaji and amalan sunat lain tu menguatkn lagi benteng diri dari benda-benda yang kite tak nampak..so kesimpulan dari cerita aku ni.. Sesetan mana pun korang jaga lah sembahyang 5 waktu dan ambil laa masa untuk mengaji at least 1 page sehari..

Doakn majlis aku dimudahkn.. mudah2an aku tak sakit lagi..

Sumber: Hafni via IIUM via khalifahmailonline.com

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!