Tolong Potong Kuku Anda Pada Waktu Ni, Tapi Ramai Tak Nak Ikut.

22427 Views

Anda Perlu Tahu Waktu Yang Sesuai Memotong Kuku.

  1. Seminggu sekali sebaik-baiknya hari Jumaat

Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Jumaat, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat.

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu‘anhuma berkata yang maksudnya :

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

 

  1. Bila dalam keadaan bersih maksudnya wanita yang tidak dalam tempoh haid

Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub (tidak suci).

  1. Memotong kuku jika kuku sudah kelihatan panjang

Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.”(Hadis riwayat Muslim)

P/S : Oleh itu marilah kita amalkan menjaga kebersihan diri agar hidup kita lebih sihat dan terhindar daripada penyakit yang berjangkit. Menjaga kebersihan diri haruslah juga dijadikan amalan daripada kita kecil lagi dan saya berharap waktu sesuai memotong kuku di atas boleh dijadikan panduan. Dalam beberapa perkara hukum Islam, kuku tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Misalnya ketika seorang dalam keadaan ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sahnya wudhu atau mandi junub, jika air tidak sampai atau terhalang sampai ke kuku.

Mohon perbetulkan saya sekiranya ada yang tersilap dalam artikal ini di ruang komen.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.

Sumber : tazkirahilmuislam.blogspot.com

 

Ketahui Punca Dan 8 Petua Cara Mudah Merawat Cagu Pada Kuku Kaki

Kuku Cengkam atau Cagu adalah satu penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk. Penyakit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping memakai kasut yang sempit dan cara memotong kuku yang salah.

Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Sakitnya memang teramat sangat dan menyeksakan. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya. Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh.

Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Adakala nak menggerakkan kaki pun payah. Kadang-kadang duduk diantara dua sujud pun teramatlah sakitnya. Nak pakai kasut atau stoking terasa terseksa, apa tah lagi kalau terlanggar benda-benda keras. Memang menjerit dan menangis la jawabnya.

Cagu dikenali sebagai ‘unguis incarnatus’ yang dinamakan penyakit yang tumbuh dalam kuku. Kuku tumbuh sehingga memotong ke sisi salah satu atau kedu-dua kuku. Kuku yang tumbuh kedalam kulit/daging, boleh menyebabkan cagu. Cagu paling kerap berlaku pada ibu jari kaki. Ia juga dikenali sebagai cengkam kuku.

Cengkam atau cagu kuku bukanlah benaar-benar tumbuh kedalam daging kuku. Pengertian tumbuh yang sebenar mungkin akibat peradangan daging di sekitar kuku. Kuku menjadi tertanam dan lembut di bawah daging yang telah meradang di sekitarnya.

Punca Cagu Kerana :

1) Cara pemotongan kuku yang salah
2) Terlebih potong kuku hingga mengcungkil ke celah dalam kulit
3) Memakai kasut yang ketat terlalu lama
4) Memaksa memasukkan kaki hingga hujung jari sempit
5) Kuku tumbuh dengan tidak sempurna lalu mencengkam ke dalam kulit daging

Petua-Petua Cagu Seperti :

 

1) Daun Inai

Cuba dengan menggunakan daun inai. Ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus. Kemudian, balutkan pada ibu jari yang kena cagu tu. Biarkan sampai ia kering dan baru lah buangkan inai tadi

 

2) Daun Keembung Putih
Cuba anda gunakan daun keembung putih pula. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.

 

3) Cili Kering

Ambil setangkai cili kering. Kemudiannya potong di bahagian hujung cili kering tersebut. Ambil minyak masak dan kemudian isikan cili kering tersebut dengan minyak masak tersebut. Isi dalam kuantiti yang sedang-sedang, jangan sampai melimpah keluar minyak daripada cili tersebut. Selepas itu layurkan cili kering tersebut dengan api sehingga jadi kehitam-hitaman. Boleh pakai lighter, lilin atau pun sekadar layurkan pada api dapur. Minyak yang berada di dalam cili kering tersebut kemudiannya disapu dan dilumurkan pada bahagian kuku cekam tadi. Ulang petua ini sehingga kuku cekam tersebut sembuh.

 

4) Santan Pekat

Boleh juga guna santan pekat. Ambil segenggam kelapa parut, yg belum diguna lagi perah santan pekat kat atas cagu/cekam, kemudian biarkan selama 20 minit bergantung pada betapa parah cagu itu. Lagi lama pun x per. Kalau rasa da ok sikit basuh kaki bersih-bersih.

 

5) Merendam kaki

Anda dinasihatkan untuk merendam dahulu kaki selama 20 minit di dalam air garam untuk melembutkan bahagian kuku yang bermasalah. Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk membuang serta mengurangkan jangkitan dan kesakitan.

 

6) Cuka epal

Beberapa titik cuka epal dimasukkan ke dalam air rendaman kaki boleh mengurangkan jangkitan pada kuku yang terkena cagu. Ia boleh membunuh kuman dan bakteria yang ada di bahagian tersebut.

 

7) Sabun antibakteria
Masukkan sabun antibakteria ke dalam air rendaman agar dapat mematikan bakteria yang boleh menyebabkan nanah di bahagian tersebut. Setelah ia kering, sapukan dengan ubat anti bakteria.

 

8) Lemon

Lemon juga sebenarnya mampu mengubati kuku yang terkena cagu. Caranya ialah dengan mengikat hirisan nipis lemon pada bahagian kuku yang terkena cagu. Biarkan ia semalaman dan ia boleh mnghindari jangkitan yang boleh menyebabkan kesakitan.

Sumber : sehinggit.blogspot.my

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!