Punca Kenapa Bateri Kereta Cepat Kong.. Ini Rupanya Punca Dia Yang Banyak Kedai Tak Mau Kongsikan!

3138 Views

Punca kenapa bateri kereta cepat kong.. Ini rupanya punca dia yang banyak kedai tak mau kongsikan!! Antara punca-punca kenapa bateri kereta anda cepat kong walaupun baru ditukar..

Anda semua patut ambil tahu apa punca-puncanyanya dan cara atasi masalah sebegini…Elakkan dari kita menanggung kerugian yang besar tukar itu ini tapi masalah masih tidak dapat diselesaikan..

Netizen: “brader ni buat keje ikhlas betul.. bukan nak duit semata-mata.. semoga murah rezeki.” Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.

Bateri kereta ini menyediakan kuasa elektrik yang diperlukan untuk menyalakan semua komponen elektrik di dalam kenderaan anda. Bercakap tentang tanggungjawab yang cukup besar.

Tanpa kuasa bateri, kereta anda, seperti yang anda mungkin perasan, tidak akan bermula.

Reaksi kimia meletakkan kereta anda dalam tindakan: Bateri anda menukarkan tenaga kimia ke dalam tenaga elektrik yang diperlukan untuk menggerakkan kereta anda, memberikan voltan kepada starter.

Pastikan arus elektrik stabil: Bukan sahaja bateri anda memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan kereta anda, ia juga menstabilkan voltan (itulah istilah untuk bekalan tenaga) untuk memastikan enjin anda berjalan.

Apa-apa pun, info di atas adalah sekadar kongsi maklumat. Sekarang mari kita tonton video di bawah. Punca kenapa bateri kereta cepat kong.. Ini rupanya punca dia yang banyak kedai tak mau kongsikan!! Saksikan!

Sila tonton video:

 

Tak Perlu Nak Bergaduh, Peguam Ini Kongsikan14 Tindakan Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang

TIPS RINGKAS JIKA KERETA ANDA DILANGGAR DARIPADA BELAKANG.

1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.

Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan!

 

Sumber :  Salkukhairi bin Abd Sukor (Peguambela & Peguamcara) via UtusanMalaysian.Blogpost

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!