Baca Dan Fahami! 5 Tanda-tanda Hidup Tidak Berkat. No. 3 @ No. 4 Mungkin Ramai Yang Buat.

2803 Views

Baca Dan Fahami !!! 5 Tanda-tanda Hidup Tidak Berkat. no3 @ no4 Mungkin Ramai Yang Buat

Bagaimana untuk menilai bahawa hidup anda mendapat keberkatan atau tidak? Lihat checklist yang kami sediakan di bawah:

https://i2.wp.com/kataustaz.com/wp-content/uploads/2018/02/wordsfalling-700x360.jpg?resize=700%2C360&ssl=1

hidup tak berkat, pekerjaan tak berkat, usia tak berkat, masa tak berkat, pendapatan tak berkat, wang tak berkat, gaji tak berkat

Keberkatan hidup bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dan dirasa.Kita tidak mungkin dapat menilai keberkatan hidup sesuatu individu hanya dengan melihat harta kekayaan yang dimiliki.Atau mungkin juga dengan melihat tahap kedhaifan yang ditempuhi.Kekayaan bukanlah penanda aras bahawa hidup anda mendapat keberkatan.

Boleh jadi Allah datangkan kekayaan sebagai Istidraj yang akan membuat tahap kesesatan dan kealpaan anda bertambah.Kemiskinan pula, boleh jadi Allah datangkan sebagai medan ujian buat hamba yang dikasihinya.

Bagaimana untuk menilai bahawa hidup anda mendapat keberkatan atau tidak? Lihat checklist yang kami sediakan di bawah:

1. Duit bertimbun, tapi selalu tak cukup!
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.lepas tu, siap bagi alasan, “Aku bukan taknak sedekah, tapi duit gaji aku ciput je..nak bayar kereta pun tak lepas” (sambil makan kentang goreng di McDonalds).

hidup tak berkat, pekerjaan tak berkat, usia tak berkat, masa tak berkat, pendapatan tak berkat, wang tak berkat, gaji tak berkat

2. Buat kerja tapi tak pernah siap!
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu yang tak dapat manfaat!
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.Macam pepatah orang tua, “Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus”.

4. Masa habis dengan sia-sia!
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main Facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

5. Hati sentiasa gundah gulana!
Bila hidup tak berkat, apa pun yang kita capai dalam hidup (wang, kepandaian, pangkat) tak mendatangkan apa-apa makna.Tiada rasa gembira hadir dalam hati.Malah, rasa kekosongan jiwa semakin bertambah-tambah.Hidup dah penuh tapi jauh dalam sanubari , terasa satu kehilangan.Itu maknanya anda semakin jauh dari Sang Pencipta.

Apa lagi tanda-tanda hidup tak berkat yang anda tahu ???

 

Sumber : infomaya.com

 

“Dikala Umurmu 40 Tahun”- Tazkirah Lelaki Ini Dikongsi Lebih Dari 14 Ribu Pengguna

 

Setiap hari kita diingatkan tentang perihal kematian. Tak kira tua atau muda pastinya kita semua akan menempuhi saat ini. Yang telah pergi kita jadikan sebagai pengajaran dan pedoman dan yang masih hidup ini adakah amalan kita sudah mencukupi. Marilah sama-sama kita muhasabah diri dan memperbanyakkan amalan.

Mari sama-sama renungi pesanan Saudara Mahmud Marwan WM tentang meniti perjalanan di usia 40 tahun. Semoga tazkirah yang disampaikan ini bermanfaat untuk kita semua.umur 40 tahun, kelebihan umur 40 tahun, sikap umur 40 tahun, perubahan umur 40 tahun

Dikala umur mu 40 tahun…

Umur 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sbgnya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita “ehh, tak sangkaaa…muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal…”

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita.

Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah dia mempersiapkannya…?!

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Mari kita dekatkan diri dgn Allah, rajin2 Solat Jemaah, tunaikan Zakat, Haji, Umrah, puasa dan sebagainya. Tunaikan yg Wajib dahulu, dan tingalkan larangan insyaAllah.

~ Tazkirah utk diriku dan sahabat semua, dikongsikan kepadaku oleh kakanda tersayang.. —

Sumber dari Facebook Marman Mahmud WM

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!