Cara Berkesan Untuk Menjaga Mulut Agar Tidak Berbau Terutamanya Pada Bulan Puasa

2178 Views

Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi di mana semua umat Islam seluruh dunia akan berpuasa menahan lapar dan dahaga selain beberapa syariat yang ditetapkan tidak boleh dilakukan selama sebulan bagi menunaikan rukun Islam ketiga.

Di Malaysia umat Islam akan berpuasa selama 13 jam setiap hari, masalah halitosis atau bau mulut adalah perkara biasa yang terjadi kepada mereka yang berpuasa dimana punca utama antara 80 hingga 90 peratus disebabkan keadaan dalam mulut itu sendiri yang tidak dibersihkan dengan betul sehingga memudahkan pembiakan bakteria yang menghasilkan bau.

Menurut pakar, faktor pemakanan juga menjadi punca seperti bawang putih, bawang merah, keju, susu, daging dan sebagainya selain penyakit-penyakit yang mungkin dihadapi.

Masalah nafas berbau akan menjadi lebih kronik ketika berpuasa disebabkan rembesan air liur kurang dihasilkan kerana kita tidak makan di mana air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi, sebab itu selepas bangun tidur mulut kita berbau kerana semasa tidur aktiviti rembesan air liur kurang membuatkan mulut kurang oksigen sekali gus akan berlaku pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.

Jadi bagaimana untuk mengurangkan nafas berbau terutamanya ketika berpuasa nanti? Jom baca beberapa tips penting penjagaan mulut ini yang pasti berkesan.

1. Elakkan dari mengambil makanan berbau terutamanya ketika sahur

 

Pengambilan makanan yang berbau seperti bawang, bawang putih, susu, keju, daging, telur, petai, jering dan seangkatan dengannya akan membuatkan mulut cepat berbau, jika anda memakan makanan ini, cuci mulut atau berus gigi dengan betul untuk elakkan mulut berbau.

2. Minum banyak air kosong semasa sahur dan selepas berbuka.

Banyakkan meminum air kosong atau air masak ketika berbuka dan bersahur kerana mulut kita akan kering sepanjang hari kita berpuasa. Meminum air dengan banyak dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh dan membantu penghasilan air liur.

 

3. . Berkumur dengan cecair kumur mulut

amai orang salah faham, bagi mereka berus gigi sahaja mulut sudah bersih, perlu tahu selain gigi bakteria juga ada pada kawasan mulut yang lain iaitu pada lidah dan gusi. Jadi bahagian ini juga perlu dicuci dengan menggunakan berus gigi yang ‘soft’. Selain itu, gunakan flos untuk mengeluarkan lebihan makanan di mana lebihan makanan dicelah gigi yang menjadi punca bakteria terhasil.

Gosok gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu selepas sahur dan selepas berbuka puasa sudah mencukupi, terserah jika mahu gosok seperti kebiasaan sebelum tidur.

Selain memberus gigi, berkumur dua kali sehari bukan sahaja cara yang terbaik untuk mengekalkan nafas anda, dengan berkumur ia memastikan mulut anda keseluruhan dicuci. Ketika ini sudah pasti cecair kumur mulut terbaik sudah pastinya Listerine.

amai orang salah faham, bagi mereka berus gigi sahaja mulut sudah bersih, perlu tahu selain gigi bakteria juga ada pada kawasan mulut yang lain iaitu pada lidah dan gusi. Jadi bahagian ini juga perlu dicuci dengan menggunakan berus gigi yang ‘soft’. Selain itu, gunakan flos untuk mengeluarkan lebihan makanan di mana lebihan makanan dicelah gigi yang menjadi punca bakteria terhasil.

Gosok gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu selepas sahur dan selepas berbuka puasa sudah mencukupi, terserah jika mahu gosok seperti kebiasaan sebelum tidur.

Selain memberus gigi, berkumur dua kali sehari bukan sahaja cara yang terbaik untuk mengekalkan nafas anda, dengan berkumur ia memastikan mulut anda keseluruhan dicuci. Ketika ini sudah pasti cecair kumur mulut terbaik sudah pastinya Listerine.

Listerine sangat sesuai digunakan pada bulan puasa kerana ia berfungsi menghapuskan punca nafas berbau di dalam mulut dan bertahan hingga 12 jam. Ia juga membunuh bakteria dalam mulut selain mengawal pembentukan plak dan membantu mencegah kaviti.

Cara gunanya adalah hanya perlu berkumur bersungguh-sungguh 30 saat selepas sahur dan sebelum tidur, cecair kumur mulut ini berkesan mengelakkan bakteria dalam sampel plak dan air liur dalam hanya 30 saat semasa berkumur. Jadi ia sudah pasti memastikan mulut anda benar-benar bersih.

Berdasarkan kajian, berkumur dengan Listerine juga terbukti membantu masalah gusi.

Cadangan adalah gunakan Listerine Green Tea kerana ianya pilihan terbaik untuk memberi kesegaran kepada mulut dan menghilangkan bau-bau yang tidak selesa kepada mulut walaupun ketika berpuasa kerana baunya yang memang wangi selain amat berkesan untuk mencegah kaviti untuk gigi yang lebih kuat.

4. Kurang bercakap

Apabila kita banyak bercakap, air liur akan cepat menjadi pekat kerana mulut anda kering ketika berpuasa.

5. Berjumpa doktor

Jika nafas anda masih berbau walaupun sudah berkumur dengan cecair kumur mulut atau sudah menggosok gigi dengan betul, jumpalah dengan doktor kerana ianya mungkin berpunca daripada masalah pada gigi atau gusi.

Jadi, mudahkan sebenarnya nak elakkan mulut berbau, ianya bukan sahaja terpakai pada bulan puasa, bulan biasa pun sepatutnya dijadikan sebagai satu keperluan untuk menjaga mulut anda. – siakapkeli.my

Rupanya Ini 9 Punca Mulut Berbau, Bukan Sebab Malas Berus Gigi

“’Tension’nya asyik kena gosok gigi setiap 2-3 jam sekali. Apalah punca mulut berbau agaknya, malu nak tanya dengan kawan-kawan. Ok, lunch break ni harus pergi farmasi, cari listerine. Bagi wangi sikit mulut ni.”

Sakit hati dan segan nak bercakap dengan orang sebelah-menyebelah bila jadi macam ni. Kalau mulut berbau di awal pagi itu memanglah normal. Tapi, ini tidak.

Nafas masih cepat berbau sepanjang hari walaupun rajin membersihkan mulut.

Tahukah apa puncanya mulut berbau meskipun sudah berkali-kali berus gigi?

Punca mulut berbau

1. KAFEIN
Elak kopi sebelum tidur. Begitu juga makanan pedas atau merokok kerana ia menyebabkan mulut kering sewaktu tidur dan menjadikan mulut busuk.

minum kopi semasa hamil
Foto Kredit: cafe-hallmanns.com

2. TIDAK BERUS LIDAH
Permukaan lidah menyimpan banyak bakteria. Bersihkan lidah dengan berus gigi atau tongue scraper.

punca mulut berbau
Boleh gunakan berus gigi atau ‘tongue scraper’ seperti dalam gambar ini. / Foto Kredit: nadiakiderman.net

3. MAKAN BANYAK PROTEIN
Apabila makan banyak protein, kompaun dipanggil kerotene akan terhasil sewaktu proses pembakaran lemak untuk menghasilkan tenaga. Kerotene ini membuatkan mulut berbau.

Jauhi burger dan daging proses yang lain

4. MASALAH KESIHATAN
Demam dan selesema boleh menyebabkan mulut berbau. Ini disebabkan oleh bakteria memakan cairan selesema dan menghasilkan bau busuk.

Hidung tersumbat juga boleh menyebabkan nafas berbau kerana mulut cepat kering.

5. ULSER MULUT & SAKIT GUSI
Bakteria Helicobacter pylori penyebab ulser ini menyebabkan mulut berbau. Ambil antibodi yang sesuai untuk membunuh bakteria ini.

Selain ulser, ia juga disebabkan oleh sakit gusi. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah:

Gusi bengkak atau bernanah
Gusi yang senang berdarah
Gigi bergoyang
Gigi sensitif
Sakit pada gigi semasa mengunyah
Terdapat karang gigi
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.

6. TONSIL
Tonsil pada tekak juga menyebabkan mulut berbau. Kumur dengan air garam untuk membuang bakteria yang melekat pada tonsil.

 

7. MAKANAN BERGULA
Bakteria dalam mulut memang suka makanan tinggi gula seperti snek dan manisan. Selain itu, biasanya buah-buahan kering juga senang terlekat pada gigi sehingga menjadi punca mulut berbau.

Kenalah kurangkan makan makanan ini.

8. MASALAH PEDIH ULU HATI
Gastrik atau ‘angin’ dalam perut boleh menyebabkan penyakit pedih ulu hati.

Penyakit ini menyebabkan mulut mudah berbau. Dapatkan rawatan daripada doktor untuk atasi masalah ini.

9. GIGI BERLUBANG
Sisa makanan berkumpul dalam lubang gigi. Secara tak langsung, bakteria juga berkumpul dalam lubang ini sehingga menyebabkan gigi rosak dan nafas berbau.
Lubang yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.

 

BANTERAS PUNCA MULUT BERBAU DARI AKAR UMBI
Berjumpalah dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan paling kurang setahun sekali. Ini kerana doktor gigi boleh mengesan masalah kerosakan gigi atau gusi yang menjadi punca mulut berbau. Maka, dapatlah anda mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.

Selalunya, anda tidak hanya akan menyedari masalah pada gigi apabila ia telah berasa sakit. Pada tahap ini, kerosakan atau penyakit gusi telah menjadi serius.

Kita juga perlu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang betul, supaya dapat menghindarkan diri daripada masalah ini. Berus gigi sahaja tidak mencukupi untuk menghilangkan mulut berbau.

 

Sumber : SirapLimau

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!