(Gambar) Bantah Pembukaan Kedutaan US di Baitulmaqdis, Sekurang-Kurangnya 55 Orang Warga Palestin Maut Ditembak Tentera Israel

834 Views

Pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmuqadis diwarnai darah apabila sekurang-kurangnya 55 nyawa rakyat Palestin gugur ditembak tentera rejim Israel dalam tunjuk perasaan di Gaza, di anggap sebagai terburuk sejak berakhirnya konflik di wilayah terkepung itu.

Kurang 50 batu daripada kedudukan di mana Ivanka Trump dan beberapa orang lagi kenamaan AS berkumpul dalam acara perasmian pembukaan kedutaan tersebut, sempadan Israel-Palesti bertukar menjadi medan pertempuran apabila ribuan penunjuk perasaan bertembung dengan penembak hendap tentera Israel.

https://2.bp.blogspot.com/-MAwNbvKkyhA/WvpAYWH6yEI/AAAAAAAAFXg/wrvY9Utap2MUIbf9_56KLufV15FuGf6BwCLcBGAs/s1600/32396413_2045187248856104_5825819564440551424_n.jpg#FB

Rejim Israel dalam satu kenyataan memberi alasan bahawa tembakan itu dibuat bagi menghalang pejuang Hamas menggunakan orang ramai untuk mengalihkan arah sebelum menceroboh masuk ke dalam wilayah Israel dan membuat serangan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Palestin melaporkan mereka yang terkorban terdiri daripada penunjuk perasaan yang tidak bersenjata dan menuduh bahawa Israel telah menjalankan kempen ‘pembunuhan menakutkan’. Mereka turut mendesak campur tangan antarabangsa bagi menghalang tindakan ganas Israel berleluasa.

https://1.bp.blogspot.com/-n6I9V6DZh4s/WvpAYGuxk1I/AAAAAAAAFXc/KGuZdxgOSCkAlWG1r5S3MqI9VKCYearsQCEwYBhgL/s1600/32545721_2045187205522775_8620605241223544832_n.jpg#FB

Walaupun pembukaan tersebut turut diselubungi dengan tragedi, Donald Trump menganggap bahawa ia adalah hari penuh bersejarah untuk Israel. Malah, beliau yakin langkahnya untuk memindahkan keduataan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqadis adalah tepat dalam usaha membantu mewujudkan keamanan antara Israel dan Palestin.

”Sebelum ini kami gagal untuk memberi pengiktirafan selayaknya. Hakikatnya, Baitulmuqadis adalah ibu kota Israel.

”Harapan terbesar kami adalah keamanan dapat diwujudkan. AS kekal komited untuk mewujudkan perjanjian damai berpanjangan untuk kedua-dua pihak,” katanya dalam satu video.

https://1.bp.blogspot.com/-edaFr7p6q3E/WvpAYNtEDnI/AAAAAAAAFXY/6KoSXuNSrcUGyP_dvCoGUHLd6wiUsIWBwCEwYBhgL/s1600/32626992_2045187155522780_6256484151482908672_n.jpg#FB

Downing Street dalam satu kenyataan menyifatkan pembukaan kedutaan tersebut sebagai ”tidak membantu dalam usaha mewujudkan keamanan”. Malah, ramai pemimpin dalam kalangan negara Arab dan dunia Islam menentang keputusan Trump tersebut.

”Kerajaan AS memilih untuk menjadi sebahagian daripada masalah, bukannya penyelesaian. Langkah terbaru ini bukti bahawa mereka sudah kehilangan peranan dalam rundingan damai,” kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

https://4.bp.blogspot.com/-bV5TfUpByS0/WvpA06LhK2I/AAAAAAAAFX0/m6D9mBS4IEwe9Hkm4s3ZHLeHBaoUxZfzwCLcBGAs/s1600/Screen%2BShot%2B2018-05-15%2Bat%2B10.06.23%2BAM.png#FB

”Apa yang berlaku hari ini di Gaza dan Tebing Barat adalah mengejutkan. Kehilangan nyawa dan jumlah mereka yang tercedera dalam kalangan rakyat Palestin adalah sesuatu yang tragik, dan wujud kerisauan jumlah yang terkorban akan terus meningkat,” kata Menteri Bagi Hal Ehwal Timur Tengah United Kingdom, Alistair Burt.

Manakala Setiausaha Media Rumah Putih, Raj Shah menyalahkan warga Palestin dan menyatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahan wilayahnya.

https://4.bp.blogspot.com/-6nWLvLGKOD0/WvpAv5GEAUI/AAAAAAAAFXw/F17Dn_XJyhQ__m8UGisvTaHoY3bWi84LQCLcBGAs/s1600/Screen%2BShot%2B2018-05-15%2Bat%2B10.06.34%2BAM.png#FB

”Hamas bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian berdarah ini. Mereka secara berterusan mengadakan provokasi.

”Ia adalah satu cubaan propaganda yang mengerikan dan malang. Kami fikir Israel sudah sedaya upaya cuba menangani situasi ini tanpa menggunakan kekerasan,” ujarnya lagi memberi dalih.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu laporan rasmi mendedahkan bahawa 6 orang kanak-kanak bawah 18 tahun adalah antara mereka yang terkorban. Ezzaldeen al-sammak, 14, merupakan magsa yang paling muda. Manakala sekurang-kurangnya 1200 orang lagi mengalami kecederaan akibat ditembak.

https://1.bp.blogspot.com/-zF1iY5Kbca8/WvpA7cu_k4I/AAAAAAAAFX4/BU68qHIM8a4aikWPxiliWjBQ9xqKOvMcgCLcBGAs/s1600/Screen%2BShot%2B2018-05-15%2Bat%2B10.06.09%2BAM.png#FB

Hingga kini, jumlah keseluruhan yang terkorban sejak protes meletus mencapai 100 orang. Isarel Defence Force (IDF) dalam satu kenyataan menganggarkan seramai 40,000 orang warga Palesti berkumpul dan mengadakan protes di 13 lokasi berbeza yang menjadi sempadan Israel dan Palestin.

Pemerhati Hak Asasi mengkritik tindakan Israel menggunakan peluru hidup bagai mengawal protes yang dibuat sedangkan tidak ada sebaran ancaman terhadap pasukan Israel yang berkawal. Polisi yang diamalkan Israel menjadikan ”tragedi berdarah itu sebagai sesuatu yang sudah dijangka”.

https://2.bp.blogspot.com/-P_azEQSCtyw/WvpCkuW0XfI/AAAAAAAAFYU/5n-6xTXqPb0aigKXmcs4BEsnLRv1coX4gCLcBGAs/s1600/32418613_1292315910901689_3904787770769408000_n%2B%25281%2529.jpg#FB

https://4.bp.blogspot.com/-Ziy0R0S0Xms/WvpCk9KUgkI/AAAAAAAAFYc/kU-l_kJWKpkMnt5Tl6t9q7WcYnWNJtudQCLcBGAs/s1600/32503572_1292315920901688_1271782143248302080_n.jpg#FB

Image may contain: 1 person, outdoor and nature

Fadi Abu Salah yang kehilangan kedua kakinya ketika peperangan pada tahun 2008 akhirnya menemui syahid ketika berjuang dalam #GreatReturnMarch bagi menuntuk hak rakyat Palestin dikembalikan.

Perginya seorang pejuang diantara pejuang rakyat Palestin. Sungguh kesungguhan beliau memotivasikan kita bahawa kita tidak perlu menjadi sempurna di dunia untuk berjuang kerana di akhirat kelak Allah akan memberikan kesempurnaan kepada kita tanpa bandingan.

Pergilah menemui penciptamu.

Image may contain: 3 people, outdoor

Sejak Presiden AS mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara israel, seramai 142 rakyat Palestin telah syahid daripada pelbagai peringkat umur. Kira-kira 10,000 pejuang Palestin mengalami kecederaan dan 3300 pejuang Palestin diculik (ditahan).

Image may contain: one or more people, crowd and outdoor

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

 

NAKBAH | JERITAN PENDERITAAN PALESTIN 15 MEI 1948

Image may contain: 1 person, text

” Tragedi yang berlaku di Palestin bukan sekadar bersifat tempatan, ia merupakan tragedi kepada dunia kerana ia merupakan ketidakadilan yang menjadi ancaman kepada kedamaian seluruh dunia”

Arnold Toynbee -Sejarawan British-

Bagi rakyat Palestin, tahun 1948 merupakan tahun “nakbah” ataupun “malapetaka” apabila ratusan ribu rakyat Palestin dipaksa meninggalkan rumah dan kampung yang menjadi kediaman mereka. Nakbah turut merujuk kepada pembersihan etnik Palestin dan hampir menghancurkan seluruh masyarakat Palestin pada tahun 1948.

Tetapi, bagi Israel tahun 1948 menjadi sorakan kegembiraan dan nyanyian kemenangan buat mereka apabila berjaya membina sebuah negara sendiri. Wujudnya negara yang dikenali sebagai
“Israel” hari ini bertapak dengan penuh kekerasan dengan pembunuhan dan pengusiran rakyat Palestin.

Bau hanyir darah-darah rakyat Palestin masih segar, tangisan anak kecil juga masih kedengaran, kelantangan suara rakyat Palestin mempertahankan bumi Palestin juga masih jelas walaupun pada dasarnya ianya telah berlalu selama 70 tahun. Namun, tarikh 15 Mei merupakan hari untuk umat Islam memperingati perjuangan dan kesengsaraan rakyat Palestin.

Antara tahun 1947 dan 1949, sekurang-kurangnya 750,000 orang Palestin dari 1.9 juta penduduk telah menjadi pelarian dan ketika ini tentera zionis telah mengambil 78% tanah bersejarah Palestin, memusnahkan 530 buah kampung membunuh kira-kira 15,000 rakyat Palestin termasuk lebih daripada 70 pembunuhan beramai-ramai.

Tindakan tentera zionis Israel ini berterusan sehingga ke hari ini dengan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan kewujudan rakyat Palestin.

Nakbah bermula apabila munculnya zionisme sebagai ideologi politik di Eropah Timur pada akhir abda ke-19. Dasar kepercayaan kepada ideologi ini ialah, Yahudi merupakan negara atau bangsa yang berhak untuk memiliki negara sendiri.

Bermula tahun 1882 dan seterusnya, ribuan yahudi dari Timur Eropah dan Rusia mula mendiami Palestin disebabkan oleh tekanan anti-semitik dan pogrom yang mereka hadapi di Empayar Rusia dan kewujudan zionisme.

Pada tahun1896, Theodor Herzl telah mengeluarkan satu risalah yang memaparkan ideologi asas kepada politik zionis iaitu “Der Judenstaat” ataupun “Negara Yahudi”. Herzl telah membuat kesimpulan bahawa penawar kepada sentimen anti-semitik yang berabad lama dan serangan di Eropah ialah dengan membina sebuah negara Yahudi.

Walaupun para perintis memberi cadangan untuk meletakkan negara Yahudi di beberapa buah negara seperti Uganda dan Argentina namun akhirnya keputusan dibuat dengan memilih Negara Palestin sebagai tempat untuk mewujudkan negara Yahudi dengan menjadikan Bible sebagai rujukan melalui konsep Tanah Palestin merupakan tanah suci yang telah dijanjikan untuk orang yahudi oleh Tuhan.

Setelah berakhirya empayar Uthmaniyah (1517-1914) British telah menjajah Palestin melalui sebahagian dripada perjanjian Rahsia Sykes-Picot antara British dan Perancis pada tahun 1916 untuk memisahkan timur tengah bagi kepentingan imperialis.

Pada tahun 1917, sebelum British mengeluarkan mandatnya (1920-1947) British telah mengeluarkan Deklarasi Balfour yang menjanjikan bahawa orang Yahudi akan memiliki negara di Palestine, pada dasarnya bersumpah untuk memberikan negara yang bukan milik mereka menjadi negara mereka.

Situasi yang berlaku di Palestin ketika ini, yahudi zionis terus berusaha membina sebuah negara di Palestin yang sepenuhnya akan dimiliki oleh orang yahudi. Bagi mencapai hasrat dan impian mereka pembersihan etnik di Palestin terus berjalan dengan cara mereka memusnahkan rumah-rumah rakyat Palestin, membunuh, menculik dan melancarkan siri serangan besar-besaran seperti yang berlaku pada tahun 2008,2012 dan 2014.

Mereka turut membina tembok tinggi,mengepung dari udara, laut dan daratan serta menghalang kehidupan harian rakyat Palestin umpama mereka bukan penduduk asal negara tersebut.

Umat Islam pada hari ini seharusnya tidak melupakan tarikh keramat 15 Mei setiap tahun. Peristiwa Nakbah sepatutnya menjadi kekuatan dan pendorong umat Islam merampas kembali bumi Palestin.

Nilai akidah dan persaudaraan umat islam diuji dengan terjajahnya bumi Palestin. Apakah kita akan terus meringankan bebanan di atas bahu sedangkan pembebasan bumi Palestin ini merupakan tanggunjawab yang besar bagi seluruh umat Islam dan tidak ada bahu yang terlepas daripada menggalasnya.

Tidak akan selesainya perjuangan umat Islam selagi bumi Palestin tidak bebas dari cengkaman yahudi zionis. Tiba masanya kita peduli kepada isu ummah sejagat, tiba masanya kita mengorak langkah mara ke hadapan dalam memperjuangkan isu Palestin.

Rasa berdosalah untuk tidur lena di saat saudara kita berjuang mempertahankan agama Allah. Apa yang telah kita lakukkan?

 

#AmanPalestin
#JomMenyumbang50
#Nakbah70

 

Sumber : Aman Palestin

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!