Betul Ke Hutang Negara Cecah RM800 Billion? Jenuhlah Nak Cover Balik.. Nanti Dulu.. Baca Ni..

4590 Views

Makanya, selepas PRU berdendanglah,

“Penatlah LGE nak cover balik hutang-hutang negara/kerajaan sampai RM800Billion.”

“Banyaknya Najib wariskan hutang kat kita sampai RM800Billion.”

“Boleh selamat ke Negara kita ni, macam too deep je hole ni

Haih..habis air liur dah ramai orang dok terang pasal hutang kerajaan/negara ni..

Tak paham-paham jugak..*ke buat-buat tak paham..*

Pertama sekali, pertama sekali,

Belajar untuk bezakan antara external debt vs government debt..

External debt.

Memang tak dinafikan Malaysia external debt kalau kita perhatikan nampak macam membelon kalau kita bandingkan sekarang dengan 2013/2014..

Dari RM196 Billion pada 2013, membelon kepada RM917 Billion pada 2016 dan kini turun balik sikit kepada RM883 Billion.*thanks to ringgit strengthening during 2017*

So den rasa ni la kot RM800 Billion yang korang sembang.. yang dok kalutkan? ke bukan.

Kalau ya yang ni, meh den nak share sikit mengenainya yang korang tak perlu risau pon sebenarya,*risau sikit boleh lah..*

Persoalan kenapa external debt membelon boleh dijawab dengan merujuk kepada subseksyen dalam report yang dikeluarkan oleh BNM yang bertajuk:

Economic and Financial Developments in the Malaysian Economy in the First Quarter of 2014

Boleh rujuk disini >> ECONOMIC AND FINANCIAL DEVELOPMENTS IN MALAYSIA IN THE FIRST QUARTER OF 2014

“With effect from the first quarter of 2014, Malaysia has redefined its external debt. This is in recognition of the significant development in the depth and breadth of Malaysia’s fnancial markets and the consequent increase in the participation of non-resident investors in ringgit-denominated domestic debt securities in recent years.

Following this redefinition, nonresident holdings of ringgit-denominated debt securities, non-resident deposits, trade credits provided by foreign trade counterparts and other debt liabilities will now be included as part of Malaysia’s external debt.

As at end-March 2014, Malaysia’s redefined external debt stood at RM700.1 billion, equivalent to USD212.5 billion or 65.2% of GDP (end-December 2013: RM694.6 billion or USD209.2 billion, equivalent to 70.4% of GDP).

The increase in the external debt is due mainly to higher offshore borrowing by the private sector and non-resident holdings of ringgit-denominated debt liabilities.

More than half of the total external debt has a longterm maturity profile. The short-term debt remained manageable with reserves coverage of 1.3 times as at end-March 2014. Malaysia’s external position remains resilient, underpinned by sound domestic economic fundamentals. In addition, well-developed capital markets, strong financial intermediaries, and the presence of large domestic institutional investors have provided the fi nancial system with greater resilience to effectively manage any external shocks (see Box Article on ‘The Redefinition of External Debt’).”

Pahe dop?

Tak pahe la boh..omputeh pulak tu..tulah ko time sekolah selalu fly..

Ok meh den terang dalam bahasa mudah dan ringkas..

Ringkasnya,mulai Q1/awal tahun 2014, Malaysia(Baca:Bank Negara)mengikut standard IMF, telah mendefinisikan/redefinition semula hutang-hutang external Malaysia untuk mengambil kira juga NR(Non Resident)holding of domestic debt securities(bonds,etc)dan juga deposit ringgit mereka dalam insititusi perbankan dalam negara.

Sebab ramai pelabur non-resident/NR (bukan rakyat Malaysia)telah melibatkan diri dalam membuat hutang dalam negera Malaysia contohnya seperti dalam pembelian sekuriti mcm Bond,Bills,commercial papers,accrual notes..basically anything yang bersifat hutang.

Makanya,bank negara mulai tahun tersebut mula mengambil kira segala pegagangan sekuriti(bond,etc) berdasaran hutang, deposits NR,Kredit hutang pembelian oleh pelabur luar dan semua libiliati hutang-hutang lain mereka sebagai external debt Malaysia.

Selain itu, segala mak nenek hutang-hutang yang dibuat oleh private sektor dan NR yang meminjam dari luar negara juga dikira sebagai external debt Malaysia.

Kenapa BNM buat gini?kenapa IMF cadang camni?agenda yahudi ke?rothschild ke?nak suruh Malaysia ni nampak byk berhutang ke?

Tak.. drop jap teori illimunati ko tu..

Kenapa depa buat/suggest begini adalah kerana depa nak bagi can kat kerajaan untuk ases exposure/threat yang NR ni boleh bagi kesan kepada kita, sekali dia cabut/henjut..apa kesan dia pada kita..

Maka diharapkan dengan consolidation of data/numbers begini, kerajaan(*ketika itu) boleh asses risk exposure yang dinak ambik/hadapi..

And intrestingly, selepas redifination ni di buat, lebih dari 53% jumlah total hutang dari RM 701 Billion itu datangnya dari Non Resident holding of RM debt securities dan juga liabilities lain.

So logiclah ia mengembang macam kena cocok steroid..

Secara mudah paham..hutang external debt bukan lah hutang yang dibuat oleh kerajaan/GLC Semata..

Clear?

Bagi sapa-sapa yang tak faham juga..*malas membaca*uhuk2..boleh rujuk gambar.

Ok so kat mana kita sekarang?

Dari report yang terbaru BNM keluarkan yang bertajuk,

Economic and Financial Developments in the Malaysian:
Economic and Financial Developments in 4Q 2017

34% hutang external adalah masih lagi daripada NR,interbank borrowing 19.5% blabla..

Kau baca sendirilah kat sini>> Bank Negara Malaysia

or rujuk gambar yang bulat2 tu..malas aku nak type banyak2..*haha

Cumanya yang penting untuk dihighlight as Jan 30, 2018, international reserves kita yang berjumlah USD 103.9Billion kalau kita letak kan 1.1 dengan short-term external debt yang korang risau-risau ni..kita masih lagi boleh finance 7.2 months of retained imports.

Semua info ni boleh dapat kat link yang aku petik diatas..

So takdenya kita bankrupt macam greece sebab external debt ni dalam masa terdekat..

tenang-tenang aja..sap kok lu..

P/s: Greece exposure to external debt always>75% for 20 years..kita alhamdullilah sentiasa bawah <25% . . . . . . . Government/Federal Debt Now ada pulak yang kata,

” Eh bro aku tak sembang external debt la! aku sembang government debt!hutang kerajaan! Ok..kalau ko sembang government debt/federal government debt, Sorry to inform.. jumlahnya bukan RM 800Billion, Jumlahnya adalah RM 686.8Billion Tipulah! 800B la! ada yang kata RM 1 Trillion!!

 

Laa..nah rujuk di BNM menggunakan link2 dibawah:

Rujuk mukasurat last sekali disini>> Bank Negara Malaysia

OR ko boleh semak disini:

Cari seksyen Central Federal Gov Debt dekat >> Bank Negara Malaysia (Central Federal Gov Debt)

Kalau malas jugak..boleh rujuk gambar..*berapa punya malas daa..

Ohh..okay tapi papepun RM686.8Billion still banyak! tak guna punya Najib..

Kawan..meh den nak sembang sikit..

Kau kena tahu..hutang RM686.8 Billion ni adalah hutang terkumpul sejak day 1 kerajaan meminjam..hutang ni kita kumpul dari zaman Almarhum Tunku lagi..bukan zaman Najib baru kita start kira hutang..

Plus kau juga kena faham total jumlah RM686.8 Billion ni adalah adalah gabungan hutang2 kerajaan dan GLC..

RM686.8 Billion tu adalah terdiri daripada federal govt obligation coming from mgs (RM300b+), gii (RM200b+) and sukuk perumahan kerajaan (circa RM 30b).

*MGS=Sekuriti kerajaan malaysia, GII= Terbitan pelaburan kerajaan*

Selain itu, kita juga ada RM226 Billion hutang yang dijamin oleh kerajaan.

RM 226 Billion tu pulak hutang apa?

Hutang Najib beli cincin ke? Tak.. RM 226 Billion ni lah hutang dijamin badan berkanun macam LPPSA supaya 1.6j uta penjawat awam boleh beli rumah, hutang FELDA, PTPTN, Danainfra, Prasarana- MRT, SME Bank blablabla..dah besar pandai2 la google..

Fyi,setakat 2016,PTPTN alone kerajaan jamin adalah hampir berjumlah RM 41Billion..

Antara biggest hutang terjamin kerajaan..duit PTPTN tu bukan dari langit..PTPTN pinjam dari local bank and agensi for that fund..

Boleh rujuk gambar or di sini>> Penyata  Kewangan Kerajaan Persekutuan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan

Makanya, takkanlah ko nak sembang..duit PTPTN ko guna untuk belajar,ko makan mcd, kfc, beli motor topup tu warisan hutang dari Najib..

Pandai pakai..pandai bayar la..hehe..

Tapi kalau kau betul betul ikhlas nak risau pasal hutang ni..ptut kna tgk kadar nisbah hutang dgn GDP aka GDP:Debt ratio..tu paling senang nak measure lah..

And interestingly dalam dok risau hutang berlambak, nak cecah RM1 Trillion sebgainya nisbah GDP dgn hutang dah turun dari 54% ke 52.7%..Lani ke 50.8%..

So apa maksudnya?

Selagi nisbah tu tak break had statutori 55%..we are in good condition..ni bukan aku kata..ni World Bank kata..IMF kata..credit rating macam Moody’s,Standards and Poor’s kata,and Fitch kata..bukan kedai kopi punya standard..

Selain gdp:debt ratio, Banyak lagi faktor yang kita kana tgk macam, debt service:expenditure,fiscal defisit/surplas..so jangan taji tengok hutang RM686.8Billion ko terus tak tido malam..

Lek yo..

Akhir kata, pesan den..

Kepada pembangkang baru>>ko lek yo dlu..bagi dulu kerajaan baru ni buat kerja..hutang 61 tahun(*termasuk 22 tahun* pm lani) takkanlah 3,4 hari dah settle. Plus kalau dia berhutang..dalam masa sama GDP meningkat–>GDP:Debt ratio makin bagus..apa adahal..

Kepada penyokong kerajaan>> ko pun lek yo dulu..baca dulu bagi paham,jangan nanti hutang kerajaan baru la ni katakanlah betul2 naik jadi RM 1Trillion,mengagau kau nak jawab dengan geng-geng pembangkang baru ni pulak..

Buahaha.

Sekian.

Rujukan/Gambar

With effect from the first quarter of 2014, Malaysia has redefined its external debt – BNM

Maka diharapkan dengan consolidation of data/numbers begini, kerajaan(*ketika itu) boleh asses risk exposure yang dinak ambik/hadapi..

And intrestingly, selepas redifination ni di buat, lebih dari 53% jumlah total hutang dari RM 701 Billion itu datangnya dari Non Resident holding of RM debt securities dan juga liabilities lain.

Economic and Financial Developments in the Malaysian:
Economic and Financial Developments in 4Q 2017

34% hutang external adalah masih lagi daripada NR,interbank borrowing 19.5% blabla..

 

Sorry to inform..jumlahnya bukan RM 800Billion,

Jumlahnya adalah RM 686.8Billion – BNM

And interestingly dalam dok risau hutang berlambak, nak cecah RM1 Trillion sebgainya nisbah GDP dgn hutang dah turun dari 54% ke 52.7%..Lani ke 50.8%..

– BNM

 

Central Government Debt – BNM

 

Setakat 2016,PTPTN alone kerajaan jamin adalah hampir berjumlah RM 41Billion..

 

Sumber : Khairul Azri

 

 

 

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!