Awas! Fahami Tanda-Tanda Kita Didekati Saka Dari Keturunan, Puncanya Seperti Berikut.

3101 Views

Awas! Ini Punca Jin Menyukai Anda – Sama seperti manusia, Jin juga adalah makhluk Allah yang juga hampir sama dengan manusia meskipun berada di alam yang berbeza.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam “An-Nubuwat” hal.399 mengatakan: “Jin terkadang jatuh cinta kepada manusia sebagaimana manusia jatuh cinta pada manusia lain, dan sebagaimana seorang lelaki mencintai wanita, dan wanita mencintai lelaki.

Mereka juga merasakan cemburu dan ia kan menyokong kecemburuannya itu dengan segala sesuatu yg dapat ia lakukan. Dan jika yang ia cintai bersama-sama dengan laki-laki atau wanita yang lain, maka terkadang ia menghukumnya dengan membunuh-nya atau dengan cara yang lain.

Berikut adalah tanda-tanda orang yang di cintai jin antara lain:

  • beberapa lebam-lebam timbul pada tubuh kita
  • sering bermimpi basah dan mimpi bertemu dengan orang yang tidak kita kenal
  • sering melihat diri ke depan cermin dan berbicara sendiri. kadang-kadang membuka aurat sendiri di hadapan cermin
  • sering menyendiri dan jarang bergaul dengan orang lain
  • kesulitan dalam mencari pasangan dan rasa sayang dengan pasangan akan hilang
  • merasakan rasa sakit dan pusing di bahagian kepala di waktu petang seperti waktu solat asar
  • bermimpi mempunyai anak dengan orang lain dan sering merasa selalu diikuti orang ataupun sering melihat bayang bayang aneh.
  • Suka melamun dan berkhayal membayangkan hal-hal romantis.
  • Sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

 

Apabila tanda-tanda di atas anda alami maka segeralah merubah kebiasaan anda. Nah berikut ini adalah cara agar jin tidak boleh mengganggu kita:

  1. seringlah berdoa dan meminta perlindungan kepada Allah swt. agar terhindar dari gangguan jin
  2. jangan biasakan dan sering bercermin
  3. selalu jaga aurat anda terutama jika anda berada di luar rumah
  4. bacalah doa sebelum dan sesudah masuk bilik mandi
  5. bacalah doa sebelum tidur untuk mengelakkan gangguan jin di saat kita terlelap
  6. secara kerap bergaul dengan banyak orang atau dengan rakan-rakan dan keluarga anda

Lalu apa sajakah yang menyebabkan jin mencintai manusia.?

Awas! Ini Punca Jin Menyukai Anda

Hal-hal Yang Menyebabkan Jin Menyukai Manusia Di Antara Lain Adalah:

  1. Kurang Berzikir dan Bertasbih
  2. Tidak Membaca Doa Ketika Masuk Bilik Mandi
  3. Terlalu Sering Menyendiri
  4. Tidak Menjaga Aurat

 

Jangan Lupa untuk slalu berdoa dan meminta perlindungan kepada Allah. Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dari kejahatan dan kezaliman makhluk-makhlukNya.

Sumber: Nasihat Media via Islamitupilihanku

 

Artikel Berkaitan : Bila Buat ‘UPT Test’ Positif Mengandung, Bila Buat Pemeriksaan Doktor Kata Tak Hamil. Jumpa Ustaz Buat Ruqyah Menjerit Kesakitan. Rupanya …

 

Pagi ini pesakit Dari selatan tanah air datang buat rawatan iktiar hamil.. Beliau sudah berkahwin 2 tahun tapi masih belum di kurniakan cahaya mata..

Beliau juga ada buat pemeriksaan doktor buat scan.. Doktor mengesahkan beliau ada cyst..

Apa yang pelik bila pergi scan contoh bulan ni cyst beliau 7cm selang 2bulan beliau buat pemeriksaan semula 2 cm pula.. Lepas 1 bulan beliau tak puas hati lagi buat pemeriksaan balik tiba-tiba cyst membesar balik 6cm.

Doktor pun berasa hairan kerana cyst yang membesar dalam masa yang amat singkat..

Semasa beliau buat scan terakhir ternampak seperti sesuatu di perut beliau. Beliau bertanya doktor, doktor pun tak tahu apa.. Saya ada bulat kan di gambar..

Image may contain: ultrasound
Di sebabkan risau, beliau datang buat rawatan untuk iktiar hamil ternyata ada yang menumpang di perut beliau. Jin tersebut tinggal di perut beliau sudah lama. Beliau mengalami gangguan saka keturunan.

Setiap kali beliau buat ujian UPT beliau dapati 2 line positive megandung..

bila buat pemeriksaan doktor, doktor kata tak hamil…

Seolah ada yang lindung pula. Balik buat check air kencing semula tiada lagi 2 line dah nagatif..

Itu lah yang berlaku pada beliau.

 

Bila Haid Datang…

Bila datang haid perut sakit seperti di hiris-hiris, angin banyak dalam badan, kepala kerap sakit, kerap sesak nafas, kerap sakit belakang, tengkuk bahu belikat rasa lenguh berat, rambut banyak gugur..
Bila malam gelisah tidur, rasa seperti orang perhatikan, kerap nampak kelibat dalam rumah, kerap mimpi budak, bermain dgn budak, menyusukan budak, mimpi jatuh tempat tinggi, mimpi orang kejar nak bunuh, mimpi binatang berbisa, mimpi tempat kotor, mimpi bersalin dalam kesakitan, mimpi suami curang, mimpi orang meninggal..

Itulah yang berlaku pada beliau..

 

Rupa-rupanya Ada Benda Menumpang

Bila di ruqyah menjerit kesakitan, beliau menumpang di dalam perut memakan benih zuriat dan haid beliau.. syukur Alhamdulillah dengan izin Allah jin yang menumpang dapat di keluarkan…

 

Ramai Yang Tak Percaya.. Hanya Yang Mengalami Dan Pernah Alami Sahaja Memahami

Ramai yang tak percaya tentang gangguan makhluk halus ini.. Bila baca status saya di atas.. Ramai yang bertanya saya, betul ke tanda ust tulis tu? Kebetulan la kot, mana ada makhluk halus zaman sekarang ini, mengarut je la… Itulah keluhan pada orang yang tak percaya. Hanya yang mengalami dan pernah alami sahaja memahami semua ini..

Beliau ada memberi gambar scan kepada saya. Di bawah gambar scan yg di beri dalam bulatan seolah seperti makhluk bermata .Kebetulan di situ la perut beliau kerap sakit… Mungkin hanya kebetulan
(Semua itu hanya gambar scan sahaja), sah @tak hanya Allah yang tahu..

Mungkin yang lebih pakar lebih tahu dalam hal ini..

Saya hanya bantu mana yang mampu yang meyembuhkan semua atas izin Allah..

Moga di jauhkan perkara di atas berlaku pada diri kita dan family kita .. Aamiin Ya Allah..

Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

 

 

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!