Mengapa Selawat Tetap Diterima ALLAH Walau Terselit Perasaan Riya Di Dalamnya? Bukankah Riak Itu Syirik Kecil?

765 Views

Satu-satunya amalan yang diterima Allah walau dilakukan dalam keadaan RIAK. Adalah Selawat kepada Nabi Sallahu Alayhi Wa Alihi Wasallam.

Sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Fasi dalam syarahnya Dhalail Al-Khairat.

Mesti ramai yang merasa pelik kan , Mengapa Selawat diterima oleh Allah walau dilakukan dalam keadaan RIAK , Sedangkan Riak itu adalah syirik kecil.

“Amalan selawat diterima walau terselit sifat riak dan sum’ah di dalamnya sebagai satu keistimewaan dan keagungan amalan selawat. Kerana dalam selawat ada cinta kepada kekasih Allah, iaitu Rasullullah Sallahu Alayhi Wa Alihi Wasallam. Tidak mengapa mempamerkan cinta. Jika seseorang itu dipuji kerana selawatnya , Maka memang layak orang itu mendapat pujian. Kerana pujian itu akan kembali kepada Rasullullah Sallahu Alayhi Wa Alihi Wasallam.” ( USTAZ IQBAL BIN PARJIN AL-HADRAMI)

Berikut adalah petikan daripada kuliah Ustaz Nazrul Nasir,

Di dalam Islam setiap amalan anak Adam tergantung antara diterima atau tidak. Jika riak maka akan ditolak oleh Allah SWT. Jika tidak riak barulah diterima oleh Allah SWT.  Namun disana terselit satu amalan yang jika dilakukan dalam keadaan riak sekali pun tetap akan diterima oleh Allah SWT. Apakah amalan tersebut?

Berikut adalah petikan daripada kuliah Ustaz Nazrul Nasir,

“…Ulama’ – Ulama’ sebut, pada waktu ketika akhir zaman ini, ketika tidak adanya murabbi yang memimpin kita, maka selawat kepada Nabi Sallallahu Alayhi Wa Alihi Wasallam itu lah pemimpin kita.

Orang yang banyak berselawat kepada Nabi Sallallahu Alayhi Wa Alihi Wasallam, InsyaAllah tidak akan disesatkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.

Dan ada banyak amalan yang kita lakukan tertanggung antara riak dan tidak riak. Kalau riak ditolak terus oleh Allah SWT. Jika tidak riak barulah diterima oleh Allah SWT. Tapi ada satu amalan, jika riak sekali pun diterima oleh Allah SWT.

Kata Imam al-Fasi dalam syarahnya dalam Dalail al-Khairat.

Apa dia amalan tersebut?

Berselawat kepada Nabi ‘Sallallahu Alayhi Wa Alihi Wasallam.

Selawat kepada Nabi kata ulama’ , riak pun tidak ditolak oleh Allah.

Besar pahala selawat kepada Nabi 
Jangan tinggalkan selawat, banyakkan menyebut selawat ke atas Nabi ‘Sallallahu Alayhi Wa Alihi Wasallam…”

 

Tambahan :
Selawat ke atas Nabi saw diterima daripadamu dalam apa pun jua keadaan sehingga walaupun kamu telah melakukan maksiat. Maka perbanyakkanlah selawat supaya selawatmu itu menjadi sebab yang memberi kekuatan kepadamu untuk meninggalkan maksiat dan untuk diterima taubatmu – Sheikh Dr Ali Jum’ah.

 

42 Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata

” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”


1. Melaksanakan Perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
2. Bersamaan Dengan Selawat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
3. Mendapat Ganjaran 10 kali selawat Darapada Allah Atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala bererti rahmat
4. Bersamaan dengan selawat para malaikat
5. Dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala 10 kali dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. Dituliskan oleh malaikat 10 kali kebaikan atas setiap selawat
7. Dihapuskan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala 10 kali kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
9. Mendapat syafaat dprd Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
10. Mendapat keampunan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan menutupi segala dukacita
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
13. Mendapat darjat al-sidq
14. Ditunaikan segala hajat
15. Selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan balasan syurga
18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22.Tidak akan merasai fakir
23. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. Mendapat kesejahteraaan daripada doa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. Menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau daripada majlis-majlis lagha
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah Subhanahu Wa Ta’ala apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
28. Selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh
30. Disambut oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. Mendapat keberkatan Alalh
32. Mendapat kesempurnaan iman
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam secara langsung
36. Teguh pendirian dengan kebenaran
37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ke atas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
40. Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam jiwanya
42. Dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

 

Sumber : Jom Dakwah Bersama Ulama

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!