‘Tidurlah Sayang, Tidurlah Berehat…’ Aku Redha Tapi Aku Hanyalah Insan Biasa, Punya Rindu & Punya Kesedihan.

3128 Views

Bagi seorang pesakit kanser, kami percaya tiada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat sokongan padu daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat. Kata-kata semangat dapat membantu mereka lebih kuat mengharungi dugaan yang telah ditakdirkan Allah SWT.

Seperti yang dikongsi lelaki ini di Facebook, pada pagi Jumaat 30 Mac isteri tercinta telah pergi buat selama-lamanya. Dia melihat sendiri betapa kuatnya sang isteri melawan sakit kanser sehingga nafas yang terakhir. Sebak!

 

“I nak tido…I nak tido… I penat sangat” kata dia.

Image may contain: one or more people, people sitting, table and indoor

 

Pagi Jumaat 30 March jam 8.53 pagi.

Doktor menjalankan procedure untuk intubate dan sedate Nuha. Nuha bernafas laju daripada jam 10.00 malam smpai pagi. Restless sampai tak boleh tido.

“I nak tido…I nak tido… I penat sangat” kata dia.

Sebelum diintubate sempat aku pesan kepadanya

“sayang selawat sayang, zikir, mengucap”.

Itu adalah kali terakhir Nuha dalam keadaan sedar sebelum ditidurkan.

 

 

Tidurlah Sayang. Tidurlah Berehat

Image may contain: one or more people, people standing, child, tree, outdoor and nature

Setelah seminggu dimasukkan ke ICU, pagi Jumaat 6 April jam 8.18am nuha menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tidurlah sayang. Tidurlah berehat. You have gone through a lot.

Aku yang melihatnya setiap hari pon tak tahan inikan kamu yang sendiri mengalaminya. Kuat sungguh sayang. kadang aku ada cakap

“You tau tak u ni kuat. tak semua orang mampu menanggungnya even myself i doubt it”.

Semoga Allah gantikan segala kesakitan dan kesabaran yang sayang alami di dunia ini dengan ganjaran syurganya. Amiin. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu di sana. Ayfa juga bila sudah besar dan pandai berkata-kata nanti

Allahumma firlaha warhamha waafiha wa’fuanha

 

Aku Puas Sebab Dapat Berada Disamping Dan Menjaga Kamu

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting

Alhamdulillah, aku puas sebab dapat berada disamping dan menjaga kamu daripada awal-awal diagnose hinggalah ke hembusan nafas terakhir. Aku juga puas sebab dapat memandikanmu dan menyambutmu di liang lahad. Aku redha tapi aku hanyalah insan biasa, punya rindu dan punya kesedihan.

Alhamdulillah ramai datang menziarahi kamu, mendoakan dari jauh dan dekat. Alhamdulillah kamu disolatkan oleh jemaah solat jumaat dan Alhamdulillah kamu dikebumikan di hari jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah juga sejurus selepas selesai pengebumian dan bacaan talkin hujan pon turun dengan lebatnya ibarat turut menangisi pemergian kamu. Umi Ayfa seorang yang hebat dan kuat.

Al-fatihah

Image result for surah al fatihah

 

From the doctor who took care of my late wife throughout her pregnancy until she delivered our little Ayfa Naureen

Today we lost a special person. A young doctor who fought a very aggressive cancer. I am honoured that Allah has given me the opportunity to care for her and her unborn child throughout her pregnancy. She was one of the most courageous person I have met, always positive and always a smile on her face. Despite me giving her an MC for her whole pregnancy, she wanted to complete her housemanship and actually did complete one of her postings. When I delivered her baby prematurely, I gave her baby a hug, and I whispered to the baby, “May you be blessed and grow up to be healthy, happy, strong and courageous”

Al Fatihah. We have been blessed to have had her in our lives.

 

Sumber : Ahmad Fadhli Osman via OhBulan!

 

 

 

 

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!