Ayat Tentang Nyamuk Dalam Al-Quran. Saintis Temui ‘Sesuatu’ Yang Jadi Bukti Kebenaran Ayat Itu. Subhanallah

2459 Views

1400 tahun dahulu, ayat 26 Surah al Baqarah ada sebut perihal nyamuk yang macam tak logik. Ulama selama ni tak faham sehinggalah saintis temui “sesuatu” atas nyamuk yang menjadi bukti firman Allah 1400 tahun dahulu. Allahuakbar!!!

AYAT QURAN TENTANG NYAMUK

Al-quran adalah mukjizat yang diturunkan Allah kepada nabi Muhammad S.A.W sebagai bukti bahawa apa yang berlaku di dunia ini adalah atas kehendak-Nya.

Di dalam al-quran, Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 26 :

إن الله لا يستحيي أن يضرب مثلا ما بعوضة فما فوقها

Maksudnya :

“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang berada di atasnya………..”

TAFSIRAN AYAT TERSEBUT

Cuba anda perhatikan perkataan فما فوقها pada ayat di atas dan perhatikan maksudnya sama. Sebenarnya, dalam kaedah bahasa arab, ia membawa kepada dua maksud yang berbeza.

Para ulama membahagikannya kepada dua maksud :

Pertama : Suatu yang berada di atasnya (nyamuk)

Kedua : Suatu yang lebih besar daripadanya

Ramai ulama terdahulu yang mentafsir perkataan فما فوقها dengan maksud ‘’suatu yang lebih besar daripadanya’’ dan itulah kebolehan mereka kerana ilmu itu milik Allah, ada ilmu yang Allah dedahkan dan ada yang Allah sembunyikan dan ada pula yang Allah dedahkan selepas beberapa kurun lamanya lalu ditemui oleh generasi sesudah itu.

Bagi ayat tersebut, terdapat di kalangan para ulama tafsir yang tidak pasti dengan tafsiran mereka lalu mereka menafsirkan dengan cara selamat iaitu mereka menyebutkan kedua-dua maknanya sekali seperti yang telah diterangkan di atas.

Wallahua’lam, kemungkinan bukan itu yang Allah Kehendaki, tetapi apa yang dikehendaki Allah sebenarnya adalah ‘’suatu yang berada di atasnya’’ atapun ‘’suatu yang lebih kecil daripadanya’’

SELEPAS 1400 TAHUN, SAINTIS TEMUI “SESUATU”

Semua keajaiban ini adalah berdasarkan penemuan-penemuan yang telah didedahkan oleh para saintis setelah mereka meneroka menggunakan peralatan yang canggih ke atas seekor nyamuk.

Mereka telah menemui dalam kajian mereka bahawa di atas setiap ekor nyamuk terdapat seekor binatang kecil yang dipanggil sebagai Mites (Hama). Ia adalah seekor binatang yang lebih kecil daripada nyamuk dan berwarna merah.


 

Tugas binatang tersebut adalah untuk memberi tenaga kepada nyamuk untuk terus bekerja.

Kita tidak dapat melihat binatang tersebut dengan mata kasar kita melainkan dengan menggunakan peralatan yang canggih dan pada waktu-waktu yang tertentu sahaja.

BUKTI KEBENARAN FIRMAN ALLAH

Bagaimanakah kebenaran ini boleh berlaku sedangkan Allah telah berfirman semenjak 1400 tahun lagi?

Inilah mukjizat yang menyaksikan bahawa al-quran itu adalah kebenaran yang tidak sesekali boleh ditolak bahkan sesiapa pun mesti menerimanya!

Subhanallah Yang telah menciptakan segala-galanya. KONGSIKAN.

Sumber: Kun Anta

 

Baca Juga : Elakkan Dari Mengamalkan 10 Perkara Ini Yang Terkadang Kerap Kita Lakukan Yang Menyebabkan Rezeki Susah Nak Masuk!

Rezeki merupakan satu di antara sekian banyak misteri kehidupan. Namun, Allah Ta’ala Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang membuat aturan yang sangat manusiawi tentang konsep rezeki bagi seluruh hamba-hamba-Nya.

Allah Ta’ala melalui Al-Qur’an Al-Karim, Hadis Qudsi, atau sabda Nabi-Nya yang mulia telah memberikan berbagai kaedah pasti tentang sebab-sebab tercurahnya rezeki bagi seorang hamba.

Selain memberitahukan sebab-sebab tercurahnya rezeki, Allah Ta’ala juga memberitahukan hal-hal yang menjadi penghalang tersampainya rezeki bagi seorang hamba. Di antara penghalang-penghalang rezeki tersebut, ada dua penghalang utama rezeki yang amat banyak diabaikan.

1. Tidur di Pagi Hari

Banyak kaum Muslimin yang masih menyukai tidur di pagi hari. Sebahagian di antara mereka sengaja tidur setelah solat Subuh, sebahagian lainnya bersikap acuh, tidak solat Subuh dan tidak bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri.

Padahal, Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, “Tidur di pagi hari menghalangi datangnya rezeki.”

Hadis ini dikutip oleh Imam Ibnul Jauzi dalam kitab Shaidul Khatir. Jika masih tidur pagi dan berharap rezeki mengalir, ia tak ubahnya punguk yang merindukan rembulan.

2. Berbuat Dosa

Salah satu ketentuan Allah Ta’ala yang diberikan kepada orang-orang beriman ialah terhalangnya rezeki kerana seorang hamba melakukan dosa. Dosa menghalangi seorang hamba dari berbagai jenis rezeki, bukan hanya rezeki dalam bentuk material berupa uwang, benda, dan lain sebagainya.

Dosa juga boleh menghalangi seorang hamba dari mendapatkan rezeki ketaatan. Dan ketaatan inilah sebaik-baiknya rezeki yang banyak diabaikan oleh sebahagian kaum Muslimin.

“Seorang hamba tidak boleh memperoleh rezeki kerana dosa yang dikerjakannya,”

Hadis yang dikutip oleh Imam Ibnul Jauzi dalam kitab Shaidul Khatir ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ibnu Majah, Imam Ibnu Hibban, Imam Al-Hakim, dan Imam Al-Baghawi Radhiyallahu ‘anhum ‘ajma’in.

Alangkah bahagianya menjadi seorang Muslim dan Mukmin. Hidup sudah diatur dengan sangat baik oleh Allah Ta’ala. Dia sudah memberikan berbagai macam kaedah dan aturan yang jika dituruti hanya akan menghasilkan kebaikan.

Sebaliknya, semua jenis ketidaktaatan atau pembangkangan hanya akan menimbulkan keburukan, baik di dunia maupun akhirat. [Pirman/Kisahikmah]

Antara lain sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil ‘istidraj’. {Istighfar}

 

Sumber :  kifarahmedia.com

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!