Walaupun Sayang,Tolong Buang Kuali Non Stick Macam Ini. Ibu-Ibu Kena BACA Ni.

7486 Views

Kuali Tak Lekat (Non Stick) merupakan antara peralatan memasak kesayangan mak-mak. Selain memudahkan kerja memasak didapur, kuali sebegini boleh tahan mahal harganya, nak-nak kalau jenis yang berjenama dan diimport daripada luar negara. Namun satu perkara yang mak-mak perlu tahu, walau macam mana sayang sekalipun dengan kuali non stick tersebut, awas iya elak daripada menggunakannya sekiranya lapisannya telah bercalar, kerana ia boleh membahayakan kesihatan.

Berikut antara perkongsian oleh Hadihaizil Din sebagai panduan.

Penggunaan Kuali Non Stick yang telah calar adalah tidak bagus

Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur. Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.

Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar.

Ya CALAR yang merbahaya.

Image may contain: food

Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.

Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.

Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.

Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita.

Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.

Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.

Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.

Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.

6 Tip Guna Kuali Non Stick

Untuk elakkan kuali non stick daripada calar balar mahupun rosak permukaannya dan tahan lebih lama, sebenarnya mak-mak boleh ikut 6 tip ini.

1. Jangan Biar Kuali Terbiar Panas
Sebaik meletakkan kuali diatas dapur, tuang minyak dengan segera dan jangan biarkan kuali panas sehingga berasap. Ini kerana jika kuali non stick dibiarkan panas begitu, ia akan menghasilkan toksik yang boleh membahayakan kesihatan.

Menurut Professor Robert L. Wolke, dari University of Pittsburgh kuali non-stick selamat digunakan selagi ia tidak dibiarkan terlalu panas.

2. Masak Guna Api Sederhana
Gunakan api perlahan atau api sederhana jika menggunakan kuali jenis ini. Elakkan menggunakan api besar dan masak dalam jangka masa yang lama. Pastikan suhu kuali anggaran dibawah 500C bagi mengelakkan lapisan non stick yang menyadur kuali rosak.

3. Jangan Keringkan Air Dalam Kuali
Jangan biarkan air dalam kuali tersejat ketika panaskan kuali. Sebaiknya selepas kuali dicuci, lap menggunakan kain lembut bagi mengeringkan air didalam kuali tersebut.

Image result for masak guna kuali non stick
4. Elak Guna Peralatan Logam
Perlu tahu satu ‘kepantangan’ bagi kuali jenis non stick ini menggunakan senduk, sudip atau sudu sekalipun yang diperbuat daripada logam. Ini kerana bila bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali dan mengakibatkan kuali bercalar. Sebaiknya gunalah alatan memasak yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas.

Image result for masak guna kuali non stick
5. Cuci Guna Span Lembut
Salah satu kelebihan kuali non stick ialah ia cukup mudah dicuci tak perlu disental dengan kasar. Memadai menggosok perlahan permukaan kuali dengan span lembut, kotoran cukup mudah ditanggalkan. Jangan sesekali menggunakan berus dawai besi pulak iya!Rosak kuali nanti.

6. Elak Susun Secara Berlapis
Sewaktu mahu menyimpan kuali jenis ini, elakkan daripada menyusun kuali non stick ini secara bertindan-tindan atau berlapis-lapis. Sebaiknya gantung atau biarkan tanpa ada benda lain yang disusun diatasnya.Jika mahu susun berlapis juga, pastikan alas dahulu permukaan kuali dengan tuala lembut atau apa-apa sahaja lapi agar permukaan non sticknya tidak tercalar.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Hadihaizil Din & RASA via mingguanwanita.my

Kredit : suaramedia.org

 

Kalau Mak-mak Mula Rasa ‘Sayang Nak Buang Barang’, Jaga-jaga! Sebab Tanda Penyakit Mental Hoarding Disorder Tu Dah Ada

Mula-mula cuma rasa sayang nak buang barang. Sebab dalam fikiran, ‘nanti bila-bila boleh guna.’ Enam bulan berlalu, barang tetap rupa itu. Tak pun digunakan. Malah, makin banyak barang lain anda susun baik dalam almari atau luar almari. Sama ada bertimbun, atau disusun dengan baik, ia tetap satu masalah yang perlu anda ambil serius.

 

Bila terbaca kisah warga emas yang hidup dalam timbunan sampah lebih 7 tahun. Dan memerlukan masa 9 jam untuk membersihkan sampah seberat 10 tan dari dalam rumahnya. Ia satu berita yang perlu dipandang serius. Sifat ‘sayang’ pada barang-barang itulah permulaan kepada cerita penyakit mental hoarding disorder ini.

Menurut Mohammad Aiman Amri, pemegang Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Nottingham, England yang menggunakan Facebook sebagai platform berkongsi input psikologi secara online, penyakit menyimpan barang ‘hoarding disorder’ antara keadaan mental yang agak berbahaya dan sukar untuk dibuang.

Penghidap biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang, menjual atau melepaskan apa-apa barang miliknya, walaupun barang tersebut sudah hilang nilai kegunaannya.”

Mungkin ada yang menganggap ini sebagai sentimental value, tetapi itu hanya sebagai pemula. Keadaan yang semakin teruk, apabila sudah masuk sebagai Disorder.”

Yang paling sukar tentulah mahu merawatnya. Sebab penghidap tak nampak penyakit yang mereka alami sebagai satu masalah. Itu tindakan normal pada mereka.

tanda penyakit mental hoarding disorder

Perhatikan 3 Kondisi Awal Ini:

  1. Perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tiada guna dan tak nampak keperluan untuk dilepaskan
  2. Tempat penginapan mereka akan menjadi semakin padat dengan barang-barang yang dikumpul dan disimpan (walaupun tiada guna). Malah makanan pun boleh dikumpul dalam peti sejuk sehingga sudah berkulat.
  3. Semakin melarat, apabila mula mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi, contohnya tisu daripada restoran bekas makan, atau surat-surat lama yang tak terpakai, dan akhirnya mula menyimpan sampah-sampah.

Ada juga yang jenis tidak bersepah, malah tersusun rapi, cuma sayangnya, penyakit itu tetap ada. Tetap barang-barang yang sudah tidak perlu yang disusunnya.

Kerana setiap kali mereka mahu membuang, akan sentiasa terfikir dalam kepala, “Elok lagi ni, nanti mesti ada nak guna.”

ITU LAH SIMPTOM TERBESAR NYA. “Percaya bahawa objek tersebut pasti akan ada gunanya satu hari nanti.”

Punca Terjadinya Hoarding Disorder

Masih misteri, tak diketahui penyebabnya. Mungkin disebabkan stress, genetik, keadaan kimia otak dan macam-macam lagi penjelasannya.

Kalau Ada 3 Kondisi Di Atas, Cepat-cepat:

Jumpa Pakar

Rawatan untuk kondisi ini hanya boleh dijalankan oleh yang pakar, iaitu Psikiatri atau Psikologis/Terapis yang bertauliah.

Lakukan Total Cleaning

Antara cadangan untuk mengawal diri daripada kondisi ini semakin melarat ialah, TOTAL CLEANING.

Kemas rumah anda, buang barang-barang yang anda tidak perlukan. Tip nya mudah, sekiranya barang tersebut tidak disentuh atau digunakan selama 3-6 bulan, secara psikologinya memang dah tak diperlukan, walaupun semahal mana pun harganya.

Tak semestinya buang, boleh juga diberi hadiah atau dijual, contohnya jika melibatkan perabot, pakaian atau sebagainya. Jika barang masih elok, boleh dibawa ke FREE MARKET.

Sekarang dah semakin ramai yang mula menyertai nya

Patuhi Syarat Simpan Barang Ini

Walaupun sukar untuk dibuang, percayalah, selepas itu akan lega. Nak simpan juga beberapa objek sentimental boleh, asalkan tidak melebih 10% daripada jumlah barangan anda yang hendak dibuang tadi itu.

Marilah kita sama-sama tingkatkan lagi kesedaran terhadap kesihatan mental manusia, ia bukan semata-mata mengenai depresi, anxiety, ADHD, autism dan sebagainya.

Ia lebih luas daripada itu.

Rupanya Aiman Juga Seorang Hoarder

Pesakit hoarding disorder dipanggil hoarder. Yang mana, sukar untuknya mengasingkan mana barang yang perlu disimpan atau dilupuskan. Semakin lama makin banyak barang yang disimpannya. Walaupun barang itu tak lagi berguna padanya.

Ketika dalam pengajian di UK, biliknya antara yang paling besar tapi punyai ruang yang paling sempit. Disebabkan barang yang melambak. Bila habis pengajian, sebahagian barang itu dibawanya pulang ke Malaysia. Bayangkan!

Aiman tak mampu nak lupuskan pun barangan yang disimpan sejak dari zaman belajar. Memang dia struggle nak lepaskan barang-barang zaman study tu dari hidupnya.

Macam mana saya usaha nak membuang semua barang ini. Pilih mana yang perlu dilupuskan. Akhirnya, saya cuma menyusunnya sama seperti sebelumnya. Cuma 10% saja yang ampu dibuang.”

Penyakit kejiwaan yang dialaminya ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan tapi ia perlu diambil peduli. Sama seperti kesihatan fizikal seseorang. Tak bermakna fizikal nampak elok, dalaman kita sihat.

Kajian menunjukkan 30% rakyat Malaysia terdedah dengan tekanan perasaan (depression). Ini termasuklah penyakit kejiwaan yang lain; OCD, Narcissim, Sociopathy, Bipolar dan sebagainya.

Teknik Membantu Hoarder Menyisihkan Barang Tak Diperlukan

Ada beberapa teknik untuk jadikan proses ini berjaya:

  1. Bermula mengikut seksyen. Contohnya, selesaikan barang-barang dalam almari pakaian dahulu. Lupakan bahagian lain (rak buku, tepi katil atau sebagainya). Ini membantu untuk fokus pada kategori.
  2. Asingkan mana-mana yang kita rasa sudah tidak perlukan (lama, buruk, koyak, kusam dan sebagainya). Sambil itu, kemas juga seksyen tersebut.

Cadangan saya, sediakan satu kotak/beg/tong atau apa sahaja untuk longgokkan semua yang diasingkan itu. Ia menimbulkan satu persepsi dalam minda kita bahawa ada satu titik untuk lepaskan semua barang lama tersebut. Sangat membantu!

  1. Habis asingkan, sebenarnya tugas kita belum selesai. Kita perlu masuk pusingan kedua, iaitu keluarkan semua yang dalam keadaan baik, tetapi kita dah tak pakai.

Kenapa pusingan kedua?

Sebab pusingan pertama tadi, kita hanya asingkan mana-mana yang kita memang yakin takkan pakai, sebab itu senang nak buat.

Pusingan kedua, ialah mengasingkan mana-mana yang masih elok, tetapi kita mahu lepaskan. Ini yang mencabar dan amat sukar dilakukan

  1. Setelah selesai, sekiranya anda rasa barang itu masih banyak dalam simpanan, dan mahu kurangkan lagi, masuk lagi pusingan ketiga. Ulang-ulang proses sehinggalah ke tahap jumlah minimum barang anda. Mana yang PERLU sahaja, bukan mana yang MAHU.

Sebenarnya ada macam-macam jenis penyakit kejiwaan yang kita perlu pelajari. Sebab apa yang mereka alami ini sebenarnya satu penyakit yang sukar diubati. Janganlah cepat mengecam atau membenci. Sebaliknya bantu penghidap Hoarding Disorder ini, baik dirujukkan pada pakar atau tanda sokongan yang boleh memulihkan kesakitannya.

Video: Penyakit Simpan Barang

Sumber/Foto/Video : Aiman Psikologis,Youtube Domics

Kredit : mingguanwanita

 

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!