‘Setiap 5 Minit Kena Buang Air Kecil Selama 2 Hari’ – Ustaz Ini Kongsi Cara Tepis Sihir

9758 Views

Ramai tanya saya, ustaz sepanjang ustaz buat rawatan ustaz tidak ke terkena sihir dan tempias dari pesakit??

Saya jawab : Tipu la saya jika kata saya tak terkena. Saya pun insan biasa seperti anda semua. Jika saya terleka pasti kena, kadang muntah darah pun pernah. Kembung perut biasa saya kena.. Paling tak lupa di uji kena buang air kecil 5 minit sekali selama 2 hari. Kejap-kejap nak terkencing masa tu ya Allah susah nya, nak tidur pun susah.

Kaedah Atau Cara Menepis Sihir

Selain mandi ais yang saya amalkan dalam seharian saya buat minum air garam.

Caranya ambil segelas air suam ambil secubit garam masukkan ke dalam air yang kita hendak minum..
Sebaiknya minum sebelum tidur.

Kerana semasa kita tidurla makhluk halus meganggu kita. Lepas bangun tidur sebelum gosok gigi amalkan juga minum air garam ini.

Selepas masuk kan garam baca:
Al fatihah 3x
Al ikhlas 3x
Kemudian baca Laa Haula WaLaa Quwwata illaa Billaah 3x dan Selawat 3x
Kemudian minum..

Image may contain: drink

Buat la sekiranya buat dengan yakin, InshaaAllah di beri perlindungan oleh Allah sebarang ancaman sihir.

Jika buat cara di atas jika anda sedawa bermakna ada gangguan dalam badan anda.
Jika muntah, batuk seram sejuk Bermakna gangguan yang anda alami amat teruk. Buat sekerap yang mungkin, jika anda buat anda rasa segar badan ringan bermakna apa yang anda buat berkesan.

Semua atas izin Allah juga. Cara di atas adalah cara saya sendiri untuk mengelakkan sihir dalam badan…

Ok saya minum dulu moga bermanfaat untuk anda semua Aamiin.

#SilakanShare

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

 

Baca Juga : Hilangkan Bisa, Lenguh Sendi, Gangguan Mahkluk Halus Dengan Rawatan Alternatif Ini.

Cara ini digunakan untuk menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus.

Caranya mudah sahaja.

1. Beli 1 pack Ais, masukkan ke dalam baldi dan di campurkan Air sedikit dalam baldi tersebut.

http://media.ohbulan.com/wp-content/uploads/2016/11/perubatan3-671x895.jpg

 

2. Perahkan Limau Nipis@Limau purut dalam 4 ke 5 biji dalam baldi.

http://media.ohbulan.com/wp-content/uploads/2016/11/perubatan2-671x895.jpg

 

Sebelum mandi anda baca:

Al-Fatihah 3x.
Al-Ikhlas 3x.
Dan Selawat 3x.

Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca mandi.

Sebaiknya mandi ini buat bilasan terakhir, mandi dulu dengan Air biasa baru mandi air limau ini. Mula mandi dari kepala, lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.

http://media.ohbulan.com/wp-content/uploads/2016/11/perubatan1-671x503.jpg

Sekiranya ada gangguan, akan rasa seperti angin keluar.

Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda. Badan, kepala akan menjadi ringan. Sekiranya anda sedawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan dapatkan rawatan Islam berhampiran.

Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit, buang angin dan bisa dalam badan. Disarankan mandi sebaiknya waktu selepas subuh dan selepas maghrib.

Izin Allah In Shaa Allah sembuh.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-mujahidi via OhBulan

 

0 Comments

Leave a Comment

error: Content is protected !!