Wanita Ini Cerita Mengapa Lelaki Ini Setiap Petang Akan Berada Di Tepi Jalan Ini Setiap Hari Selama 10 Tahun Tanpa Jemu..

0
1822

Beberapa hari lalu, gambar seorang lelaki menunggu di sebuah tembok jalan di Thailand mendapat perhatian orang ramai.

Gambar yang dikongsi oleh Poramet Misomphop melalui Facebook miliknya berserta catatan yang menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya sehinggakan mendapat lebih 22 ribu perkongsian, 26 ribu sukaan dan 3.4 ribu komen oleh netizen

Kalau kau masih hidup, tahukah kau lelaki yang kau tinggalkan beberapa tahun lalu hampir separuh gila menunggu kau setiap hari selama 10 tahun ini.

Setiap petang dia akan menunggu disisi tepi jalan melihat kereta yang lalu-lalang dengan harapan akan ada seseorang yang berhenti dan membawanya pulang. Tapi hakikatnya, selama 10 tahun ini, tiada siapa yang peduli.

Perasaan ingin tahu membuatkan saya bertanya kepada makcik kedai makan berhampiran apa yang sebenarnya telah berlaku kepada lelaki yang sedang duduk tepi jalan seperti menunggun sesuatu.

Dengan nada perlahan, makcik itu bercerita.

“Seingat saya 10 tahun lalu, ada sebuah kereta memarkir keretanya di hadapan kedai ini. Seorang perempuan berjalan keluar daripada kereta dan membawa lelaki itu keluar sambil bercakap beberapa perkara yang saya tak jelas.

“Tak lama selepas itu, kereta tersebut berlalu pergi. Selama itu saya tidak berminat untuk mengambil tahu apa sebenarnya yang berlaku kepadanya. Sampailah pada satu tahap, saya perasan setiap hari tanpa jemu dia akan menunggu di tempat yang sama dia ditinggalkan.

“Saya bertanya kepadanya apa yang telah berlaku?”

Dia memberitahu, anaknya keluar atas urusan perniagaan dan memintanya untuk tunggu sehingga segalanya selesai.

“Anak saya ada kerja. Dia minta saya tunggu dia di sini.”

Namun penantian itu telah 10 tahun lamanya. Sehingga kini tiada siapa yang berhenti dan dia juga tanpa jemu menunggu kedatangan anak perempuannya.

Sejak hari itu, makcik tersebut akan membekalkan lelaki itu dengan makanan dan sering kali bertanya dari mana asal-usulnya tapi sekalipun tidak pernah dijawab.

Sumber: Poramet Misomphop via Siakap Keli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here