Lelaki Ini Bongkar Bertapa Sukarnya Hendak Mencari Seorang Sniper Untuk Negara, Walaupun Wakil Penembak Tepat Negara Belum Tentu Boleh Lulus Title ‘Sniper’.

0
9352

“Apa beza penembak tepat (marksman) dengan sniper?”.

Ini kali pertama saya tulis tentang ini, kerana selama ini saya berdiam walaupun ramai yang bertanya. Baiklah, saya jawab secara ringkas saja (yang selebihnya ialah rahsia)

1. Semua orang boleh jadi ‘penembak tepat’ (marksman) kalau dilatih dengan betul. Tetapi untuk menjadi seorang sniper, walau ‘penembak tepat’ itu dilatih pun belum tentu dapat jadi sniper. Maksudnya, walaupun kamu penembak wakil negara, belum tentu kamu dapat jadi seorang sniper.

2. Ada 2 jenis sniper, iaitu ‘dilatih menjadi sniper’, dan ‘dilahirkan menjadi sniper’… Kalau dia dilatih menjadi sniper, jika dah lulus kursus, kena selalu berlatih dan asah skil yang ada.

Jika tidak, segalanya akan hilang sekejap saja… Kalau dia ada bakat kurniaan tuhan yang ‘dilahirkan menjadi sniper’, setelah lulus kursus sniper, dia jadikan segala ilmu sniper sebagai kehidupan seharian dia.

3. Jika kamu dipilih yang terbaik antara yang terbaik, kamu akan dihantar untuk hadir kursus sniper. Disini jumlah lulus teramat rendah. 30 orang yg berkursus, belum tentu 1 orang pun boleh lulus. Jadi di hari terakhir kursus, jika dalam sijil ditulis gagal, itu biasa, ramai dah orang rasa.

Kenapa? Kerana level yang ditetapkan tentera amat tinggi. Dan pergi kursus itu ulang 2-3 kali, pun tak lulus juga, itu juga biasa. Lupakan apa yg kamu tengok di wayang atau cerita movie, ini realiti.

4. Penembak tepat menembak dalam keadaan selesa, tanah rata, cuaca elok, dan jarak yang dekat.. tetapi Seorang sniper menembak musuh dalam keadaan amat tak selesa, tanah tak tentu hala, segala bentuk cuaca, segala bentuk hutan atau bandar, dengan jarak yang jauh, tambah lagi berseorangan dan dari lokasi yang tidak kelihatan.

5. Setiap yang lulus dan diiktiraf sebagai sniper, maka nama mereka disimpan dan mereka diperhati oleh beberapa agensi keselamatan. Kerana mereka adalah aset negara. Juga kerana seorang sniper mahir membnuh target berprofail tinggi seperti raja-raja, menteri-menteri, jeneral-jeneral, atau sesiapapun yang dikawal ketat di pihak musuh.

Seorang sniper juga akan diperhati (walaupun sudah pencen) sehingga mereka mti, kerana selagi hidup, mereka merbahya dan boleh melatih orang lain juga menjadi merbahya.

6. Kamu memang boleh kenal siapa antara kenalan kamu yang telah diiktiraf sniper, tetapi kamu tidak akan tahu apa yang dia buat atau apa operasi yang dia lakukan. Kerana kerahsiaan dan pandainya seorang sniper menyorok dan bersembunyi apapun yang mereka telah buat, sedang buat atau bakal buat. Isteri mereka pun tak tahu.

7. Sepasang anggota sniper, boleh buat kucar kacir dan masalah besar kepada satu divisyen tentera musuh (satu divisyen lebih kurang 10 ribu orang). Jadi bayangkan kalau sniper itu berpaling tadah atau jadi penganas.

8. Jumlah sniper? Semua negara, jumlahnya amat sedikit. Jumlah sebenar mereka adalah rahsia, tetapi mereka kenal sesama mereka dengan kod-kod yang ada sesama mereka. Yang sniper amat sikit, yang jadi jurulatih sniper, lagilah sedikit. Jadi kalau sesiapa nak menyamar sebagai sniper pun tak berguna, kerana sesama sniper tahu siapa sebenarnya sniper.

9. Sniper bukan saja satu gelaran dan pengiktirafan, ia juga satu cara kehidupan. Seorang sniper yang sejati, sentiasa hidup dengan ‘cara sniper’… Nafas pun cara berbeza, cara mata melihat pun berbeza, cara berjalan pun berbeza, segala kehidupannya sebagai seorang sniper ialah ‘sniper’. (Yang faham akan faham)

Cukup ringkasan ini, selebihnya ialah rahsia negara. Berbanggalah kerana negara kita ada golongan sniper yang diiktiraf antara yang terbaik di dunia.

Moga ini menjadi inspirasi dan semangat kepada anak-anak muda, untuk mencapai 1 tahap yg tertinggi sebagai insan yang diiktiraf sniper.

Sumber :  Facebook Mohd Fitri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here