Inilah 7 Sunnah Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam. No 5 Paling Ramai Ibu Bapa Buat Silap!

0
16571

Kelahiran anak adalah merupakan suatu kebahagiaan tersendiri bagi ibu bapa. Namun di sebalik kegembiraan, ia juga merupakan amanah yang harus di jaga dan dijalankan sesuai dengan kewajipan.

Dalam surah As-Syura, disebutkan bagaimana Allah memberikan anak-anak lelaki dan perempuan sebagai salah satu anugerah kepada siapa yang Dia kehendaki.

(49)لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ

(50)أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

7 SUNNAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM ISLAM

1. MENGAZANKAN BAYI DAN IQAMAH

Cara azan bayi baru lahir adalah pada telinga kanan bayi lelaki dan perempuan secara sederhana laungannya serta iqamah di telinga kiri. Cuma tak perlu sungguh2 berlagu panjang2 mcm kat masjid, kesian budak tu terkebil2 sejuk tgk muka bapak. Kena pulak bapak yg azan bunyi mcm takbir raya lagi syahdu.
Antara manfaat azan adalah menanamkan benih keimanan dalam hati bayi sejak kecil lagi.

2. MENTAHNIK

Mentahnik adalah meletakkan kurma yang telah dikunyahkan dan digosokkan ke lelangit bayi baru lahir. Jika tidak mendapati kurma untuk mentahnik, maka boleh digantikan dengan yang makanan lain yang manis seperti madu. Sebaiknya dari org yg soleh seperti alim ulamak. Kalau bapak baru je lepas merokok atau vape walau perisa kurma sekalipun, please jangan buat. pening budak tu. Dapat ?

Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.

“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Apabila sampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Antara doa yg nabi saw baca dan ditiupkan di ubun2 ( kawasan lembut depan kepala bayi )
” Ya Allah Engkau berilah kefahaman agama pd nya dan Engkau ajarkanlah dia dgn ilmu Alquran ”

3. MENAMAKAN BAYI PADA HARI PERTAMA ATAU KE-7

Sunat menamakan anak yang baru lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

Memberikan nama kepada anak seeloknya dibuat dengan memperhatikan makna dari nama tersebut, bukan sekadar mengikut trend. Yg disebut dalam bahasa Arab. Nama-nama yang dianjurkan adalah nama-nama malaikat, nama para nabi serta nama-nama mudah dan ringkas agar ia tidak mengelirukan dan membawa yg tidak elok.

4. AQIQAH

Aqiqah adalah ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda syukur kepada Allah atas bayi yang baru lahir. Hukumnya adalah sunat muakkad. Bagi yang mampu, bolehlah melakukan ibadah ini buat bayi mereka dengan menyembelihkan 2 ekor kambing bayi bayi lelaki jika mampu ( 1 ekor skrg 1 ekor nanti pun boleh ) dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan. Ini selari dengan sebuah hadis:

Rasulullah bersabda: “Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.” (Sanadnya Hasan, Hadis Riwayat Abu Dawud)

Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak atau pd bila2 masa atau dilakukan sendiri oleh si anak apabila dewasa seandainya ibu ayah tidak dpt melakukan.

5. MENCUKUR RAMBUT

Mencukur rambut sehingga licin sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil lelaki atau perempuan sebagai manusia dan hamba di sisi Allah. Dari segi kesihatan, ia dapat membersihkan saki baki kotoran pada kepala bayi semasa di dalam rahim. Rambut yang dicukur kemudiannya akan ditimbangkan dan disedekahkan dengan wang emas. Hadis Rasulullah S.A.W melalui sabdanya : “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama”.

Hadis lain :

( مع الغلام عقيقته فأهريقوا عنه دما وأميطوا عنه الأذى )
رواه البخاري

“Seorang anak itu bersama aqiqahnya, maka tumpahkan darah sembelihan dan bersihkanlah penyakit / kotoran (dari kepalanya)”. (HR. Bukhori: 5471

Selalunya majlis kenduri aqiqah diadakan sekali dengan majlis mencukur rambut yang orang kita panggil ‘cukur jambul’. Perlu diingat, sunnahnya adalah mencukur keseluruhan rambut dan bukanlah menggunting sedikit rambutnya. Elakkan melakukan amalan adat seperti menggunakan buah kelapa, garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak yang menyerupai budaya Hindu

6. BERKHATAN

Terdapat banyak kebaikan berkhatan dari segi kesihatan untuk lelaki mahupun perempuan. Antaranya adalah mencegah penyakit berjangkit yang berkaitan dengan organ genital dan melindungi syahwat.

Ada beberapa hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama tentang usia yang sesuai untuk khatankan anak lelaki. Ada sebahagian besar ulama juga berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa anak lelaki meningkat umur baligh dan ada juga yang menganjurkan seawal kelahiran.

Contohnya:

Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)

Bagi bayi perempuan pula, kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.

Meskipun ianya dikecam di sesetengah negara Barat, kita perlu faham bahawa apa yang disunatkan oleh Islam adalah cara bersunat yang sekadarnya dan bukanlah berlebihan sehingga menyebabkan kesakitan melampau, apatah lagi kecacatan anggota.

Tujuan khatan perempuan utk mengurangkan nafsunya dan memberikan kebaikan pd suaminya.

7. SUJUD SYUKUR

Melakukan sujud syukur merupakan salah satu tanda kesyukuran kepada Allah apabila dikurniakan sesuatu nikmat atau terlepas daripada bahaya.

Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah. (Riwayat Abu Dawud)

Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Caranya Niat, Takbiratulihram, Sujud sekali dan ucap salam. Tanpa wuduk atau tanpa mengadap kiblat.

ELAKKAN PERBUATAN KHURAFAT

Di samping melakukan semua amalan ini, jangan lupa agar sentiasa memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan termasuklah surah 3 Qul atau al-Fatihah.

Ibu bapa diingatkan agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.

MENGURUSKAN URI

Dibasuh, dibalut kain dan ditanam di tempat yang baik. Tanpa perlu diletakkan bersama dgn paku, pensil, pendrive, kamus, laptop dan sebagainya dgn alasan nak elak gangguan jin atau mahukan supaya anak menjadi cerdik.

Sumber: Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here