Doa Ketika Cuaca Panas Melampau

Usah ungkapkan keluhan di mulut tentang kepanasan. Inilah masanya untuk kita mengumpul sebanyak mungkin pahala sabar atas ujian kepanasan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Ertinya: Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 153)

Daripada kita mengeluh panas, lebih baik kita berdoa.

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، مَا أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ

(Lailaha illa Allah, Mā asyadda Harra Hazal Yaum, Allahumma Ājirni min Harri Jahannam )

Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu

Zikir Ketika Berada dalam Cuaca Panas

“Panasla sekarang nih!”

“Tak larat lah nak keluar,…cuaca sekarang terik…”

“Sekarang cepat penat. Badan alah pada cuaca panas.”

Biasa dengarkan? Aku pun selalu keluar ‘remarks’ macam ni. Belakangan ni, cuaca memang panasnya lain macam sikit. Kat tempat aku, dah lama tak hujan. Terik matahari kat luar tu, kalaulah kita pecahkan telur dan biarkan…confirm boleh masak jadi telur mata kerbau! Hehehe boleh buat lunch 😉

So, hari ni aku nak share dengan korang semua – ketika dalam kepanasan atau berada dalam cuaca yang panas zikirkanlah nama Allah ‘Ya Latif’ sepenuh hati dan berulang-ulang kali. ‘Ya Latif’ bermaksud Yang Maha Lembut. Nama Allah ini digunakan dalam banyak amalan lain contohnya untuk lembutkan hati anak-anak, redakan perasaan marah dan tatkala kita nak berdepan dengan orang yang sukar dibawa berbincang.

Aku belajar tentang zikir ‘Ya Latif’ untuk cuaca panas ni sejak zaman sekolah dulu. Kalau tak silap, dari salah sebuah buku Hajat (99 Nama Allah). Insya Allah, apabila dizikirkan berulang-kali, Allah akan kurniakan keselesaan pada kita. Walaupun panas terik, dengan izin-Nya, akan ada angin/udara lembut yang mendinginkan kita.

Selamat beramal.😊

Sumber : FMAF-Tower via Islam Itu Indah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *