Baki Gaji Kami Tinggal RM2000, Terkejut Bila Suami Kata Nak Bagi Emak Masing-masing Seorang RM500 Ajaibnya Sedekah

0
5438

Hi. Nama aku julia. Aku adalah seorang ibu kepada 2 org anak dan bekerja biasa-biasa sahaja sebagai admin yang pendapatannya tak lebih daripada 30K setahun, Suami aku pula seorang pekerja di bahagian stor dan jumlah gaji yg hampir sama dengan aku. Aku bukan lah seorang student malah lepas SPM aku terus kerja, lepastu jumpa jodoh, then kahwin.

So, hari ini aku nak share cerita aku.

Dulu aku sangat-sangat kedekut. Waktu sebelum kahwin, aku kan kerja. Tapi aku sangat kedekut. Nak belanja parents KFC atau makanan yang have-have pun aku tak kasi, apatah lagi BF aku (dah jadi suami) sekarang. Kalau boleh sedaya upaya nak sorok kalau waktu gaji. Tapi yang peliknya setiap tengah bulan mesti duit tak cukup, entah ke mana pergi nya tapi memang sampai aku tahap meminjam dia punya tak cukup tu.

So bila aku dh kahwin, orang kata hidup akan senang kan sebab suami ada even kita ada kerja sendiri, tapi tak bagi aku, tiap bulan hidup kiteorang memang tak cukup. Pelik. Nak kata makan mewah, tak, nak kata shopping barang branded memang tak lah sebab aku tak suka barang mahal-mahal. Nak pergi kedai RM2 pun aku pikir dua tiga kali sbb takot duit habis. Apatah lagi nak bagi duit pada parents aku. Memang tak lah.

One day, suami aku cakap dengan aku. “yang kita ni dah ada anak dua, even gaji banyak, awak tak pelik ke setiap tengah bulan mesti duit habis” “Saya ada dengar satu ceramah, kalau nak hidup senang, kita kena rajin sedekah, bagi adik beradik happy, parents, kawan” “apa kata bulan ni kita bagi mak awak, mak saya duit?”

Time aku rasa macam ada satu beban yang berat atas kepala aku “What!!? nak bagi mak ke? kita dah lah duit tak cukup, tapi nak bagi mak lagi, dah tu nak bagi anak-anak makan apa? pampers lagi susu lagi.” Suami aku yakinkan aku “takpe yang.. percaya lah dengan kuasa ALLAH” So nak dijadikan cerita, tibalah waktu gaji aku dan suami. So bila gabungkan dua tu ada lah dlm 4K+

2 ribu dah selamat pulang ke bank untuk komitmen bulanan termasuk rumah, astro, api, coway, kereta, anak-anak. Then lagi 2K tu, laki aku dah pandang aku. Korang nak tahu, Dia asingkan RM1K untuk parents aku, dan mak mertua aku. Time ni aku dah jegil mata!

“ABG!! MANA CUKUP KALAU AWK BG 500 KAT MAK, 500 KAT MAK AWK . SO TINGGAL 1K untuk sebulan ni, awak ingat cukup ke! “

tapi suami aku diam je. Sambil dia hembus nafas yang dalammmmm, dia cakap “percayalah dengan saya”

Aku pun tak bole buat apa, sebab aku nak ubah diri aku, aku tak nak jadi kedekut, so aku percaya dengan suami aku. Esok nya aku pergi ke rumah parents aku, (parents aku dh tak kerja) aku hulur RM500. Time tu juga mak aku ambil sambil menangis “betul ke ni julia? ya Allah terima kasih nak, moga murah rezeki kamu”

Ntah lah, tapi waktu tu feeling aku dari seorang yang KEDEKUT terus bertukar jadi sayu dan rasa bertanggungjwb. Rasanya mcm aku nak banggakan mak ayah aku. Rasa mcm berdosa sgt sbb selama ni aku tak pernah hulur satu sen pun. Aku pun menangis siap minta ampun sbb selama ni aku tak pernah hulur duit.

Kalau korg nk thu apa yang berlaku dalam hidup aku bulan ni, mesti korg tak percaya. Kan ada lebihan gaji rm1k, Believe it or not, sampai tgh bulan, balance kitaorg masih ada dlm 400 lebih! Aku memang tak percaya, selalu tengah bulan dlm bank mesti tinggal 30 ringgit.

Bab makan, aku satu family tiap minggu makan KFC, sebab anak aku fav nya KFC, tapi dalam 4 minggu tu, mesti ada orang belanja, kadang-kadang abang ipar aku belanja, kadang-kadang pakcik aku belanja. Serius tak sangka. Then bila pergi shopping, tengok tag baju atau apa-apa barang memang mahal, tapi bila dah bayar, rupanya harga nya jauh lebih murah dalam 70% cashier tu kata ada sales, tapi dorg tak umumkan, siapa cepat dia dapat. Alhamdulillah rezeki aku.

Lepastu setiap minggu aku akan pergi rumah mak mertua aku sebab dia nak tengok cucu nya, datang je mesti mak mertua aku akan bagi lauk frozen yang boleh makan dlm tempoh 2-3 hari. Jimat dah kat situ. Then ada satu haritu, kawan suami aku ada hulur RM689, katanya tu adalah hutang lama yang mana suami aku pun dah lupa! Ya Allah, kuasa Allah, dia lembutkan hati orang tu untuk bayar.

Kali ni aku percaya dengan kuasa sedekah. Tiap kali pergi pasar malam, aku akan sedekah kan duit untuk peminta sedekah. Kadang-kadang kalau ada rezeki lebih aku belanja mak ayah aku makan, diaorang nak makan apa, request je, sebab aku yakin dengan kuasa Allah.

Percayalah korang, rajinkan bersedekah, dan solat itu penting! Kerana solat itu adalah tiang agama. Bersedekah lah, dan saksikan keajaibanya…

– Julia

Sumber : IIUM Confession

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here