Bukan senang nak hilangkan jeragat! Masalah yang sering merunsingkan terutamanya bagi kaum wanita.Ada banyak punya yang menyebabkan jeragat, keturunan atau mungkin salah pakai produk.

APA ITU JERAGAT?

Tetapi sebelum itu, lebih elok sekiranya kita tahu apa itu jeragat. Jeragat juga dikenali sebagai adik kepada jerawat di mana ia kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka. Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian hidung, dahi, dagu dan pipi.

Petua Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Berkesan

1) Campurkan satu sudu susu tepung dengan sedikit perahan jus limau nipis. Jadikan ia seperti masker dan sapukan ke seluruh kulit muka. Biarkan di muka sehingga kering. Akhir sekali cuci dengan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.

2) Cara kedua ini sangat mudah dan boleh diamalkan setiap hari. Korang hanya perlu mengambil sehelai daun sirih muda setiap pagi dan gosok di bahagian kulit muka yang berjeragat.

3) Perah jus lemon kemudian ambil bebola kapas dan celupkan dalam jus lemon. Lekapkan bebola kapas itu ke kawasan kulit muka yang berjeragat. Biarkan seketika. Akhir sekali cuci muka dengan air dan lapkan dengan tuala yang bersih. Amalkan setiap hari untuk melihat hasilnya.

4) Ambil satu sudu teh baking soda dan campurkan dengan sedikit air. Sapukan ke kawasan kulit muka yang berjeragat. Biarkan kering untuk beberapa minit kemudian cuci dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Tetapi jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, tips menggunakan baking soda ini mungkin tidak sesuai untuk kulit korang.

5) Gosokkan hampas kelapa ke seluruh muka anda. Biarkan untuk kira-kira 20 minit sebelum di cuci bersih. Penggunaan hampas kelapa bukan sahaja dapat membantu menghilangkan jeragat tetapi akan membuatkan kulit muka korang menjadi lebih halus dan gebu.

6) Cara seterusnya adalah dengan menggunakan campuran tepung jagung dan cuka epal cider. Sapukan ke bahagian muka yang berjeragat. Biarkan kering untuk beberapa minit sebelum dicuci dengan air yang bersih.

Nak mudah atau jimat lagi.. korang boleh cuba buat MASKER MAGIC ni untuk hilangkan JERAGAT tu.. dan MASKER ni juga boleh digunakan untuk JERAWAT sekali.. Hebatkan dah la MUDAH dan JIMAT.

Jom kita ikuti perkongsian Puan Aisyah Badar Bajrai ini..

MASKER MAGIC HALAU JERAGAT

  • 1 biji kentang rebus
  • 1 biji limau nipis atau setengah biji jus lemon
  • 1/2 sdk kunyit serbuk
  • Air rose secukupnya, pakai air tapis atau mineral pun boleh.

CARA-CARANYA

1. Korang blend jek semua bebahan ni sampai dia jadi paste cam custard, betu betul halus. Make sure paste ni tak terlalu pekat, tak terlalu cair tau.

2. Korang urut muka korang dengan masker ni selama 2 minit. Pastu biarkan dia kering jap dalam 15 minit. Jangan lebih tau. 15 min je cukup. Sebab takut muka kering sangat nanti.

3. Balance masker ni korang masuk mangkuk bersih bertutup. Pastu simpan dalam esbok. Boleh tahan tuk 5-6 hari gitu.

Tadaaa, senang jek kan. Barang-barang dia pun murah. Siapa yang ada masalah jeragat teruk, korang boleh pakai masker ni hari hari. Bila dah ok, korang pakai seminggu 4 kali jek.

Tapiiiiā€¦ ingat betul betul. Jangan pakai lebih dari 15 minit, nanti kulit korang boleh kering. Pastu korang boleh pakai waktu malam jek.

Tips penting, korang jangan lupe pakai sunblock waktu siang tau. Baru la jeragat baru tak boleh datang sebab sunblock tu dah protect kulit kita.

Selamat Mencuba..

Sumber : Aisyah Badar Bajrai