TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALMARHUM ABDUL BARI ASYRAF

1. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Abdul Bari Asyraf atas pemergiannya dalam insiden kenderaan pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, malam kelmarin.

2. Sesungguhnya, pengorbanan almarhum untuk menyelamatkan mangsa-mangsa insiden berkenaan adalah amat mulia dan dengan izin-Nya, termasuk dalam kategori syahid, insyaAllah. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، وَالمَبْطُونُ، وَالغَرِقُ، وَصَاحِبُ الهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: Orang yang mati syahid ada 5 kategori: Mati kerana wabak taun, mati kerana sakit berkaitan perut, mati lemas, mati dihempap runtuhan, dan mati syahid ketika berperang di jalan Allah. [Riwayat al-Bukhari, no. 2829]

3. Almarhum adalah anak muda yang wajar dijadikan contoh dengan akhlaknya yang terpuji. Kami mencadangkan agar keluarga beliau, juga penyelamat-penyelamat lain diberi anugerah yang setimpal dengan keberanian dan akhlak mereka yang disanjung tinggi.

4. Alhamdulillah di sebalik musibah ini, Allah menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar. Kita mendoakan semoga lebih ramai yang akan mencontohi almarhum.

5. Kami akhiri dengan lafaz ( إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada’.

اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ،وَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ

Sumber: muftiwp

‘Ini janji Allah…’ – Ibu Abdul Bari Akhirnya Buka Mulut Dedah Perangai Sebenar Arrwah, Buat Ramai Netizen Sebak Dan Sedih..Allahuakbar

“Ini janji Allah. Makcik reda dan bersyukur Allah mendengar doa kami supaya Abdul Bari ditemukan,” kata Masitah Awang, 60, ibu kepada mangsa lemas, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31.

Masitah berkata, walaupun sedih kehilangan anak ketiga daripada lapan beradik itu, mereka sekeluarga berbangga kerana Abdul Bari pergi ketika mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan orang lain.

“Alhamdulillah akhirnya Abdul Bari ditemui. Siang malam kami berdoa dan solat hajat tak putus-putus mendoakan dia. Walaupun dia kembali dalam keadaan tidak bernyawa, kami bersyukur dia ditemui.

“Sebagai ibu tipulah kalau saya katakan tak sedih. Perasaan sedih ini susah hendak dibuang. 31 tahun hidup bersamanya, tentulah banyak kenangan bersama.

“Tetapi makcik reda kerana ini janji Allah. Abdul Bari hanya pinjaman daripada Allah kepada kami. Makcik berdoa semoga Allah menempatkan Abdul Bari bersama para solihin dan golongan beriman,” katanya sayu ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, hari ini.

Masitah berkata, Abdul Bari yang periang dan lucu suka menggembirakan orang lain, terutama ahli keluarga dan rakannya.

“Sebab itu dia disenangi ramai. Dia lucu. Pasti kami rindu keletahnya bergurau dan mengusik. Arw4h juga suka memasak. Kadang-kadang masak nasi goreng dan kami makan bersama.

“Ya Allah, tak dapat makcik bayangkan perasaan sedih ini. Hanya Allah yang tahu,” katanya dalam riak tenang tetapi sayu.

Abdul Bari yang hilang selepas membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda Mitsubishi Storm terjunam ke muara Sungai Terengganu, dekat Pulau Warisan, di Kuala Terengganu, malam kelmarin, ditemui lemas jam 7.23 pagi tadi.

Mayat m4ngsa ditemui di kawasan kuala sungai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta orang awam pada jarak 2.5 kilometer daripada lokasi m4ngsa dipercayai lemas.

Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf yang sedang memancing terjun ke sungai bersama beberapa yang lain bagi menyelamatkan lima m4ngsa yang berada dalam kenderaan itu.

sumber: hmetro