TUHAN, TOLONG TUTUP AURATKU.

Semasa kemalangan itu berlaku, aku mendengar seorang jururawat berkata kepada temannya yang aku mesti ditukarkan baju.

Jubah dan tudung penuh darah.

Jururawat tu berkata kepadaku;
“Dik, kita gunting baju awak ni ye.”
Saya akur. Kini badan saya ditutup dengan sehelai kain.

Kemudian seorang jururawat menarik stokin saya. Saya kata;
“Nurse, jangan. Kaki saya sejuk.” Sebenarnya, itu sahaja aurat yg mampu saya jaga.

Dalam ICU tu saya tidak tahu keadaan wajah saya. Tapi saya tahu cedera sahaja. Saya boleh bercakap, walaupun saya tak tahu bibir kanan saya dah koyak.

Saya tahu rambut saya terdedah. Doktor lelaki dan perempuan bergilir-gilir meninjau keadaan saya. Sehingga seorang doktor lelaki mengambil gambar saya dan menunjukkannya kepada saya.

“Maaf ye. I terpaksa tunjuk muka U. Cedera teruk. Kita kena buat plastic surgery hari ni juga.” Saya merenung skrin telefonnya.

“Doktor, nanti kasi hidung saya macam U.” Saya katakan kepada seorang Dr perempuan India yang memberi kata-kata kekuatan kepada saya. Ketawa Dr India tu. Manis.

“You kan sakit, boleh buat joke.”

Dalam keadaan mata saya berbalam melihat cahaya lampu, saya disorong keluar. Saya dengar suara-suara manusia yg kebanyakannya lelaki. Hati saya galau.

Kemudian saya disorong masuk ke dalam sebuah bilik. Saya seorang diri. Sunyi dan sejuk di dalam bilik.

Saya merintih. Bukan kerana sakit, tetapi kerana saya TIDAK BERDAYA.

“Tuhan, aku tidak berdaya. Aku redha tapi aku malu kerana auratku terdedah. Tutuplah kepalaku Ya Allah.”

Sedang saya berbisik-bisik tanpa suara, datang seorang jururawat.

“Ustazah, saya tutup kepala ustazah dengan tuala ye. “ jururawat yg saya tak nampak wajahnya, meletakkan kain atas kepala saya. Dia mengemaskannya sehingga menutup leher saya.

Saya sebak.

Tuhan… Engkau Maha Memelihara, Engkau Maha Penjaga
Dalam keadaan aku berkuasa aku berusaha taat kepadaMu

Dalam keadaan aku tiada daya ampunilah aku
Engkau Tidak Akan Menghampakan HambaMu

Walau beribu derhaka
Berjuta peluang engkau buka agar kembali kepadaMu.
Aku tak boleh hidup tanpaMu.

Imbasan Peristiwa;
Shadiya
Hospital Besar Ipoh
April 2018

HAK TUHANmu, KEMBALIKANLAH.

Terima kasih sahabat seperjuangan @fedtriyahya yg sudi berkongsi kisah saya. Dan semua sahabat taulan yg telah Share demi kebaikan.

Semoga kita semua dapat bantu-membantu sesama kita khasnya kita wanita yg sudah menjadi Muslim.

Bila ada saudara kita hampir rebah dalam ujian hidup, bantulah dia melangkah semula.
Kasihanilah dia.

Tanda ALLAH sayang kepada kita apabila diberikan ujian yang sesuai dengan kemampuan kita. Allah uji agar kita semakin dekat dengannya. Firman Allah SWT maksudnya;

“Adakah manusia fikir bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”. “Sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH Pasti Mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta.” (Al-‘Ankabut: 2-3)

Laplah air matamu wahai saudariku.
Allah tidak akan membiarkanmu sendirian…
Kembalikan HAK ALLAH kepadamu. HakNya sebagai TUHANmu. DIA berhak bertindak ke atasmu samada engkau setuju atau tidak.
Kembalikan dirimu sebagai HAMBA ALLAH. Engkau akan mulia. Jika kau menjadi hamba manusia, engkau akan merana!

Kami sayang kamu 😍🌹

Pst: Jazakumullahukhairan kathira. Semoga Allah mengurniakan semula doa-doa yg baik buat kalian yg telah dan pernah mendoakan kami. Mintalah taqdir yg baik, pasti Allah bagi. Semoga Allah meredhai kita semua. Hugsss ❤️

#allahadauntukkamu
#janganbersedihlagi

Sumber : Shadiya Abbas