Nak Tahu Siapa Yang Santau Kita?

Bagi seseorang yang telah disantau/sihir pasti ingin mengatahui siapakah orang yang menyantaunya. Baiklah disini saya kongsikan kaedahnya, tapi perlu diniatkan bukan untuk membalas dendam tapi hanya untuk lebih berhati-hati.

Langkah Pertama.

1. Sebelum tidur, lakukan solat sunat taubat, hajat dan istikharah serta maafkan semua orang. Lakukan 7 hari atau lebih.

2. Semasa solat sunat hajat dan istikharah doa agar Allah berikan kesembuhan dan permudahkan dalam membuat rawatan disamping itu mohon tunjukkan apakah masalah yg anda hadapi.

3. Sebelum tidur pastikan anda berada dalam keadaan air sembahyang, maafkan semua orang dan tidur mengikuti sunnah-sunnah ketika tidur.

4. Sekiranya anda tidur dan bermimpi wajah seseorang dalam keadaanya marah, hodoh atau menakutkan yang berulang-ulang kali hanya wajahnya sahaja dan apabila terjaga segeralah sedekah kan Al-Fatihah kepada beliau dan doa mohon kepada Allah agar ia bertaubat serta berikanlah ia hidayah dan petunjuk kejalan orang-orang yang beriman.

5. Lakukan berulang-ulang kali dan perlu diingatkan jangan ada sebesar zaharah sekali pun untuk membalas. Kita perlu ingat, setiap perbuatan baik atau jahat ada balasannya.

6. Teruskan ikhtiar dalam mencari kesembuhan dlm rawatan islam dan mempertingkatkan amalan kita ikhlaskan kerana Allah swt.

Insya Allah

Hilangkan Racun, Bisa-Bisa, Santau Atau Sihir Dengan Rawatan Alternatif Air Kelapa.

Anda mungkin pernah mendengar perkataan sihir atau santau. Mangsa yang mengalaminya akan ”dibinasakan” dengan perlahan-lahan supaya dia menderita atau lebih dasyat berakhir dengan kematian dalam jangka masa tertentu. Ngeri, namun selagi ada usaha kita boleh merawatnya. Paling penting jangan mempercayai perkara kurafat yang boleh memesongkan akidah sebagai seorang Islam.

Perkongsian oleh Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur yang mendapat lebih 92 ribu share di facebook boleh dijadikan panduan untuk anda. Masih ramai yang belum tahu, air kelapa muda yang diminum dengan mengikut cara atau kaedah yang betul, dapat mematikan atau memuntahkan ”racun” dalam badan. Sebaiknya diamalkan 3 kali seminggu, tidak salah berikhtiar, dengan izin-Nya kita akan diberikan kesihatan yang lebih baik.

Jom kita ikuti perkongsian seperti di bawah ini. Semoga dapat memberi kebaikan untuk semua.

Bagus minum air kelapa ni untuk mematikan/memuntahkan racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam tubuh badan. Caranya seperti berikut.

Pastikan air kelapa muda. Jangan letak gula atau air batu (ori). Sebelum minum baca Ayat seperti berikut :-

1. Al-Fatihah 1x.

2. Surah Toha Ayat 69 7x.

3. Berdoa contoh ( Ya Allah Jadikan Air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala ganggun jin dan syaitan yang ada ditubuh badan ku ini)

4. Minum dengan pelan-pelan, sekiranya ketika minum anda terasa mual dan hendak muntah. Jangan di tahan muntah tersebut. Muntah sahaja (mungkin yang keluar itu adalah racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam badan anda.

5. Amalkan minum air kelapa ni, seminggu 3 kali. Insya Allah

Surah Toha Ayat 69

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى

Terjemahan:- “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.

Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen “izinkan saya untuk beramal”. Insya Allah nanti saya ijazahkan.

Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur
#Doa_Usaha_Ikhtiar_Tawakal_Redha
#Al_Quran_Penawar
#Temujanj_Rawatan_0179002914

Sumber 1 : Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur
Sumber 2 : Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur