Ok saya nak ceritakan pengalaman saya sewaktu saya berumur 11 tahun. Waktu tu saya aktif dalam dunia persilatan dan ada pertandingan silat di satu tempat ni. Entah macam mana silap saya masa tu mulut saya lancang. Masa tu van yang kami naiki bergerak dan jam menunjukkan jam 12.30 tengah malam..

Sewaktu van melalui tol saya minta kat driver suruh berhenti dekat RNR berdekatan. Driver tu maklumkan tempat situ keras dan saya pun berkeras jugak sebab saya tak tahan nak buang air kecil. Masa tu memang tempat tu sedia maklum perempuan beserta baby bergentayangan..

Saya cakap dekat pakcik tu takpe kalau jumpe nanti saya nak minta dukung anak dia bukan senang main anak hantu. Driver tu mengeleng dan berpesan jangan takbur dan berhati-hati dalam percakapan. Dan tak lama sampai la di RNR tersebut, ada la dalam 3 buah kereta parking di situ. Kawan-kawan saya semua tidur kepenatan memandangkan silat tu berlangsung dari pukul 10am-10.30pm.

Owh ye ni pertandingan peringkat kebangsaan dan group kami juara. Saya pun turun dari van bersama cikgu pengiring beserta driver van tadi pun keluar jugak sebab nak menghisap rokok. Sampai je di tandas saya ternampak seorang perempuan dan anaknya di satu tempat untuk menukar lampin.

Memandangkan dia membelakangkan saya jadi saya tak nampak muka dia. Nak jadikan cerita, seusai saya dah melepaskan hajat saya ke sink untuk membasuh tangan dan membetulkan tudung. masa saya nak keluar dari tandas, perempuan tu tegur saya.

”Dik, boleh tolong tak pegangkan anak saya”.

Saya terkejut sebab tak perasan pun dia kat tepi saya sewaktu basuh tangan. Saya just tanya

“kenapa kak”..

dia cuma wat isyarat nak masuk dalam tandas. Saya tolong pegangkan baby dan baby tu ya ampun comel sangat. Mata besar tapi muka dia putih-putih pucat dan saya teringatkan mak dia tadi sama kulit dengan mak dia. Masa tu saya dah acah-acah baby tu tapi tak ada respon mungkin tak ada daya penarik langsung kot.

Saya tunggu punya tunggu akak tadi tak keluar-keluar. Ada tu saya intai jugak van yang saya naik dan nampak dari jauh driver dan cikgu tunggu dalam van. Saya pun cakap la kat akak tu

“Akak lama lagi ke sebab saya jauh lagi perjalanan ni”

Tapi tak ada respon. baby yang dalam dukungan saya tu tidur.. saya mengeluh dan cakap lagi dengan akak tu

“kak cepat cikit”

serentak dengan tu pintu terbuka sendiri dan akak tu keluar menunduk.

“Hee kenapa dik, bukan ke adik tadi nak dukung anak hantu kan, tapi kenapa sekarang tak nak main pulak” sambil menyeringai.

Saya terus pandang anak dia. Guys anak dia yang tadinya comel bertukar muka menggerutu dan kulit mengelupas sana sini menyeringai pandang saya.

Saya pun apa lagi lempar anak dia dan berlari lintang pukang. Sampai je di van kelam kabut saya masuk dan satu van berbau bangkai. Cikgu dan driver tu macam dah tau ape jadi dan membaca surah-surah lazim. Sampai je di satu tempat cikgu suruh saya menyalin pakaian dan minum air yassin untuk pulihkan semangat. Cuma saya bertuah sebab tak gomol baby tu dan tak ada apa-apa yang jadi kat saya masa tu..

Pengajarannya.. sentiasa jaga mulut di tempat orang.

Antara komen netizen :

Gee Nisa – Gambar jangan seram sangat please, terbantut nak baca, tekan link sambil tutup mata scroll laju-laju

Rashidah Mohd Fauzi – Suke suki ko je campak anak hantuu tu.. mujur mak nya tak sentap maupun kecik ati .

Nizam Lah –Aku pon pernah jadi pengalaman lebih kurang macam ni, satu malam aku pulang dengan kawan seramai 4 orang dari lumut ke ipoh, aku drive kereta, sampai satu tempat High Way Ipoh-Lumut, jalan gelap kiri kanan hutan, aku dok asyik pikir teringin nak jumpa hantuu sama macam dlm cerita hantu di TV bilamana tengah drive kereta dan nampak benda tu tepi jalan.

Lama jugak aku berangan nak tengok hantu tapi takde la aku cerita kat membe aku, dipendekkan cerita, sampai kat satu trafik light, lampu merah, dalam jam hampir 1 pagi, kereta aku the only kereta time tu, walau merah aku tetap berhenti dan tunggu sampai hijau, tiba-tiba aku terpandang pocong yang sedang baring atas katil seperti katil hospital kat bawah tiang lampu berdekatan trafik light tu, nah, dimakbulkan terus, aku diam je tapi cuak jugak le.

sampai rumah baru aku tanya kawan lain ada nampak tak benda kat trafik light tadi, semua cakap tak de, yang part tak bestnye, sudahla aku dok sorang rumah aku malam tu, sudahnya tak tidur terus malam tu. Kesimpulannya, tak payah la cakap besar atau berangan hatta berkata dalam hati pon nak jumpa benda tu, nanti dia timbul la.

Sumber : Nany via FS
Kredit : edisimedia