Sejak akhir-akhir ini ramai staff Nurse yang datang terima rawatan. Kebanyakan mereka yang datang ini terkena gangguan.. Baru–baru ini seorang staff nurse datang buat rawatan..

Beliau berkerja di ward bersalin. Sebelum ini beliau kurang percaya pada gangguan makhluk halus, sejak terkena pada beliau sendiri baru la beliau percaya…

Beliau ceritakan pada saya pegalaman beliau.. Satu hari tu beliau berkerja waktu malam..Macam biasa kerja beliau menguruskan pesakit di ward beliau..Dalam pukul 1.00 am lebih kurang macam tu beliau hendak buang air kecil.. Bila beliau keluar tandas beliau terserempak seorang makcik tua.. Beliau hairan ,sebab dia tak pernah nampak makcik tu sebelum ini..

Makcik itu terus menyapa beliau..

“Nak katil no.3 itu anak saya yang duduk, Uri anak beliau nurse ada simpan??

Nurse jawab: Ya ada, dah simpan bungkus di bawah katil beliau.

Balas makcik tu, ‘Terima kasih ya nak…’

Dalam fikiran nurse itu mungkin ibunya. Cuba fikir positif. Selesai buang air, beliau terus pergi ke katil no.3. Lalu beliau bertanya pada beliau. Mak ada jaga beliau ke malam ini??

Pesakit menjawab:

“Mak saya tiada,mak saya kat kampung,Semuanya suami yang uruskan saya, esok dah boleh keluar ward”

Nurse tersebut menjadi bingung, tertanya-tanya siapa dia jumpa makcik tadi? Nurse tanya lagi pada pesakit.. Ada seorang makcik tanya Uri kamu letak mana??

Pesakit menjawab ” Tiada” Tapi…tadi saya terbau dar4h hanyir..

Nurse tengok tempat beliau letak uri tersebut,ternyata bau uri itu amat hanyir dengan dar4h sebab belum cuci..

Tiba-tiba seperti ada sesuatu yang cuit di belakang beliau.. Bila beliau toleh ke belakang tiada orang…

Balik dari kerja esoknya…Beliau mandi tiba-tiba beliau keluar dar4h seperti dar4h period..Tapi yang pelik nya beliau baru sahaja selesai period 4 hari lepas, Tiba-tiba datang period balik.. kali ini dar4h itu keluar dengan banyak dan keluar seperti ketulan-ketulan dar4h beku..

Beliau beranggapan mungkin masalah hormon beliau. Masalah itu semakin berterusan selama satu minggu. Pergi jumpa doktor masalah sakit Puan. Doktor kata semuanya ok normal, doktor hanya beri ubat stop dar4h. Walaupun makan ubat Stop Dar4h. Period beliau masih tak henti keluar.

Bila malam susah tidur, kepala jadi berat selalu sakit, badan pula jadi banyak angin, kerap kembung perut, jadi sesak nafas, cepat stress nak marah, bila dapat tidur pula kerap mimpi bukan-bukan.

  • Mimpi bayi,
  • menyusukan bayi,
  • mimpi bermain dengan budak,
  • mimpi jatuh tempat tinggi,
  • mimpi tempat kotor,
  • mimpi orang meninggal,
  • mimpi terbang,
  • mimpi rumah lama,
  • mimpi orang tua nak bagi barang,
  • mimpi suami curang kawen lain,
  • mimpi binatang berbisa,
  • mimpi orang kejar nak bunuh,
  • mimpi di tengah laut…

Beliau dah jadi semakin stress bila jumpa doktor, doktor kata tiada apa-apa. Di atas nasihat kawan-kawan beliau cuba dapatkan rawatan islam pula. Kebetulan beliau sudah berkahwin selama 6 tahun masih belum di kurniakan cahaya mata beliau datang berjumpa dengan saya untuk ikhtiar.

Bila datang jumpa saya. Saya ruqyah beliau, belum sempat habis baca surah Al Fatihah beliau dah menjerit sekuat hati beliau…

tiba-tiba beliau ketawa ….. hahaahahahahahah

Hahahahaha suara ketawa keluar dari mulut beliau..

Saya bertanya beliau dari mana kamu?

Pesakit : Aku ikut dia dari tempat dia kerja. Hahaha aku ikut dia sejak aku jumpa dia di tandas .. Aku tengok dia lemah aku terus masuk dalam dia hahaha

Saya : Buat apa kamu di sana?

Pesakit :Tempat Aku…!! Aku suka tinggal di kawasan itu.. Banyak aku dapat dar4h kotor dari situ.. Kadang-kadang Uri di situ banyak yang tak cuci juga aku suka.. Kadang-kadang ada yang tak bawa balik uri.. Bila buka uri jadi pecah itu kerja aku..s ebab aku makan dar4h uri tersebut hahaha

Saya : Habis kenapa ko ikut dia??

Pesakit : Masa tu aku tengok dia macam tak berapa sihat aku tumpang dalam badan dia.. Aku makan dar4h dalam badan dia.. Sebab itulah dar4h period beliau keluar tak henti-henti.. Semua itu kerja aku hahahaha…

Baru la saya faham kenapa dari nurse tersebut kerap keluar.. Tanpa buang masa saya terus sambung ruqyah ..Syukur alhamdulillah izin Allah dapat keluarkan jin yang menumpang dalam badan nurse tersebut..

Bila beliau sedar, beliau tak sangka beliau terkena gangguan makhluk halus.. memang makhluk halus suka pada dar4h..Tambah-tambah di ward bersalin, banyak uri pesakit, yang terus bawa balik cuci alhamdulillah, kadang-kadang ada yang tinggal tak cuci itu lah yang jadi masalah.

Apa pun kerja Nurse amat mulia membantu orang di dalam sakit..

Nasihat saya untuk mengelakkan gangguan makhluk halus di dalam ward, sebelum kaki jejak masuk dalam ward

  • Baca surah Al ikhlas (3 kali)
  • Masuk kaki kanan dengan niat ‘Ya Allah lindungilah aku, permudahkanlah urusan aku mencari rezeki hari ini Aamiin..’

Bila balik rumah pun sama beri salam

  • Assalamualaikum terus baca surah Al ikhlas (3 kali)
  • Masuk kaki kanan Sambil niat ‘Ya Allah jauhkanlah aku apa yang mengekori aku lindungilah aku sekeluarga dari segala gangguan makhluk halus..’

InshaaAllah izin Allah terhindar dari gangguan makhluk halus..
Itu hanya sebagai ikhtiar semua atas izin Allah. Pada mereka yang dah terkena pasti mereka lebih hati-hati.

Apa pun saya doakan agar nurse tersebut cepat di kurniakan cahaya mata pertama,di beri kesembuhan,di beri kebahagiaan di samping insan tersayang inshaaAllah Aamiin Ya Allah..

Sumber :  Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin