Menerusi satu perkongsian di Facebook, admin agak tersentuh apabila netizen dedahkan tentang identiti individu di sebalik kostum Doraemon di kawasan pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Korang takkan percaya siapa dia sebab…

“Dia hanyalah seorang makcik tua yang kini habiskan usia tuanya menghiburkan orang ramai di samping mencari rezeki”

Menurut perkongsian tersebut, insan di sebalik kostum Doraemon ni hanyalah seorang makcik tua yang gigih mencari rezeki dan pada masa yang sama nak habiskan sisa hidupnya dengan menggembirakan orang sekeliling. Allah sebak bila baca tentang ni!

Siapa yang selalu ke Teluk Cempedak, Kuantan mesti perasan dengan “Doraemon” ni kan? Difahamkan, disebalik insan yang menyarung kostum comel “Doraemon” tu adalah seorang makcik tua yang kini menghabiskan usia tuanya menghiburkan orang ramai disamping mencari rezeki… Marilah kita bantu hulur yang termampu, bukan untuk makcik “Doraemon” je tapi bantu juga mereka yang memakai kostum superhero dan juga penghibur yang lain dekat situ… Tanpa mereka ni Teluk Cempedak akan sunyi sepi, takde hiburan dan tarikan… ❤️

“Sapa yang bergambar tu berilah RM1 atau seikhlas hati… kalau tengok muka dia korang pasti ingat ibu korang”

Taru Teru Bozu memuat naik komen menceritakan mengenai siapa disebalik Costume Doreamon . Berikut adalah komen yang di muat naik oleh beliau:

Buat korang  yang tak tahu… aku pun kerja macam ni.. cuma aku lebih pada costume superhero.. dan aku kenal orang di sebalik doreamon ni.. dia hanyalah seorang makcik tua yang ingin habiskan sisa sisa hidup dia menceriakan kanak-kanak..

So siapa yang bergambar ti beri la RM1 atauseikhlas hati korang  nak bagi berapa pun.. 

Di ulang seorang makcik.. kalau korang tengok dia korang pasti akan ingat pada ibu korang.. kesian sangat dia

Ada jugak yang terkejut sebab dorang tak sangka suara di sebalik kostum ni rupanya seorang makcik. Aduhai..

Hello Kitty ni pun seorang makcik…

Malah bukan makcik ini seorang saja yang buat kerja macam ni, Hello Kitty yang dikongsikan netizen kat bawah ni juga pun seorang makcik. Sedih admin lihat orang tua buat kerja-kerja begini.

Admin doakan semoga urusan makcik di sebalik kostum-kostum ini dipermudahkan. Kalau korang jumpa dengan maskot macam ni, korang support dan berilah derma sekadar termampu. Jangan usik-usik dorang macam mereka ni tak ada harga diri.

Sumber  : Lobak Merah