Tak Sanggup Terus Menyewa, Pasangan Ini NEKAD Beli Rumah Secondhand Dan Dekorasi Sendiri.Hasilnya SUPERB Wey!

Setiap orang pasti mempunya impian memiliki rumah sendiri lebih-lebih lagi hasil titil peluh sendiri bekerja atau melakukan perniagaan.Besar atau kecil rumah yang dimiliki bukanlah kayu pengukurnya.Tetapi hasil penat lelah dan kesabaran mengumpul duit itulah menjadi satu kepuasan dan “moments terindah” bila memilik asset sendiri.Lebih-lebih lagi itu merupakan rumah pertama bagi kita.

Begitulah juga perasaan yang dialami oleh usahawan wanita Berjaya yangberkongsi detik2 gembira apabila Berjaya memilik rumah pertamanya.Perasaan dia sama macam dapat cahaya mata sulung pertama.Happy sangat kan kan.Apa yang lagi best dan menariknya ialan beliau kongsikan renovasi rumah yang beliau lakukan dan hasilnya WOW Dan SUPERB!!

So apa passion yang membuatkan beliau nak sangat beli rumah ni.Jawapannya Beliau dah TAK SANGGUP nak menyewa rumah yang sudah menjangkau 4 tahun setengah dengan bayaran sewa RM750 sebulan.So sepanjang tempoh sewa ni beliau dah spent RM40 500..Banyak kan.tu blum kos2 lain tak kira kan.So dari angka2 tulah beliau nekad nak dapatkan rumah sendiri yang pertama.

Tambah Beliau “I nekad umur 25tahun dari awal tahun 2018 i kumpul duit!Almost one year menabung di Ssp! Sampai lah hujung tahun naik turun bank dan doa banyak2 agar loan rumah lulus. Konon nak beli cash tapi tulah abah kata jangan! Alhamdullilah i share ni untuk anak muda luar sana terus rasa nak guna duit dengan cara yang betul,tak payah lah shopping2 lagi beli aset yang boleh jamin masa depan kecil /murah takpe asal ada asal selesa,jangan merungut dalam banyak hal,buat dulu lama2 akan nampak hasil,nak2 orang business je paham nak beli aset ni bukan main susah kalau management tak betul”

Beliau memilih untuk membeli rumah second hand sebagai rumah pertamanya sebab tanak susahkan suami dan diri sendiri akan datang jika beli rumah “OVER BUDGET” Aset rumah pertama beliau beli berharga RM190K tapi selepas buat negosasi dapat la harga RM160K.Downpayment booking 10% RM16k cash.Loan lepas around RM134k loan bank
manakala Kos renovation for all Rm79k CASH.

Orang tanya dari mana dapat duit cash around 100k? Dah ada saving baru lepas nak beli itu ini,payah kalau kerja sendiri tapi kena sabar sebab sabarlah dapat semua ni,peduli apa orang cakap janji boleh aim apa yang kita nak.Dalam business tak aim nak jadi kaya gila,tapi nak ada harta boleh tinggal dekat anak2 nanti. Nak bersederhana tapi cukup Semuanya.

Mesti tak sabar kan nak tengok transformasi rumah ORIGINAL yang “hambar” kepada rumah yang sudah siap proses renovasi.Mungkin korang boleh dapatkan inspirasi dari perkongsian wany ni.

 

proses renovasi sedang dijalankan      

Dan inilah hasilnya selepas siap renovasi

 

Jika nak tengok fully decor boleh follow ig @wanyzabry or @rumahajwz_ ok

Sumber: Nurwany Zabry

Suami Isteri Jika Nak Rezeki Murah, Amalkan 5 Perkara Ini. Mudah, Tapi Ramai Tak Peduli

Suami isteri nak murah rezeki, ini kena buat selalu.

1. Makan Sama-Sama.

Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.

Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.

Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.

2. Layani Anak-Anak Dengan Penuh Kemesraan.

Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.

Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.

“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”

Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.

3. Beri Panggilan Yang Baik Untuk Suami Dan Isteri.

Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.

Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.

4. Beri Isteri Duit Belanja

Beri isteri duit belanja  sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.

Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.

Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.

5. Selalu Tenangkan Hati Pasangan Ketika Resah.

Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.

Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.

Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.

Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.

Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.

Sekian.

Firdaus Mokhtar,
Begitulah.

Sumber : Firdaus Mokhtar,

Baca Juga : 2 Amalan Rasulullah Ajar Bantu Anda Keluar Dari Kesempitan Hidup, Tapi Ramai Yang Tak Ambil Peduli..Jom Amalkan

2 Amalan Untuk Keluar Dari Kesempitan Hidup

Ini amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada seseorang yang datang mengadu padanya tentang hidupnya yang dirundung kesempitan hidup.

1. Beri Salam

Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah SAW minta kita beri salam.

“Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh”

Maksudnya: “Semoga keselamatan, keberkahan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai Anda/kalian.”

Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada diri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.

“Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh”

Maksudnya: “Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.”

2. Baca Surah Al-Ikhlas

Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah s.a.w bacalah surah Al-Ikhlas.

Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas

1 kali – Dirinya akan diberkati.

2 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.

3 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.

“Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak bergaduh, tak berbalah. Itulah keberkatannya.”
Kisah Orang Yang Mendatangi Rasulullah SAW
Selang beberapa waktu, selepas orang itu mengamalkan apa yang Rasulullah SAW ajar, dia datang kembali kepada Baginda dan memberitahu hidupnya sudah berubah.

Kalau dulu sempit, sekarang jadi lapang. Dulu susah, sekarang jadi senang. Dulu rezekinya sempit, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangganya. Mereka pun mendapat sama keberkatan yang diamalkan.

Tapi masa yang sama seseorang perlulah BERUSAHA. Maksud daripada amalan tersebut. Allah tunjukkan jalan-jalannya. Macam mana nak lapangkan kehidupan, kita kenalah berusaha. Bukan bermakna Rasulullah s.a.w ajar kita tak buat apa-apa atau berpeluk tubuh saja. Bukan begitu.

Perubahan Hidup Seseorang Dari Seberang Tambak
Seseorang dari Seberang Tambak pernah bertemu Ustaz Hasbi. Waktu itu dia berhadapan masalah yang sama. Hidupnya susah, rezekinya sempit. Macam-macam problem dihadapi. Beliau beritahu tentang amalan ini padanya. Dia amalkan dan selang beberapa bulan, orang itu bertemu kembali Ustaz Hasbi menyatakan perubahan yang dialami.

Begitulah dalam meniti kehidupan ini, berusahalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan banyak membaca surah Al-Ikhlas.

Video Amalan Lapangkan Kehidupan & Luaskan Rezeki

Sumber/Video/Foto: Sujimy Mohamad Official Page via citesantai.info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *