“Tak Kan Nak Jalan Kaki Balik Kelantan Bang?” Kisah Lelaki Perlu Balik Ke Kampung Berbekalkan Hanya RM2.00 Dalam Poket.

Assalamualaikum… Harini cerita sedih sikit .. Kisahnya harini aku ride nak pegi chenor .. Tujuannya nk pegi hantar moto. So aku suruh kawan aku bawak kereta sebijik follow belakang .. Jadi jumpa laa abang ni dekat tol gombak dia jalan kaki .. Aku masatu tunggu kawan aku yang naik kereta ni kat BHP gombak..

PINJAM HANDPHONE.. NAK CALL ISTERI, TAK DAPAT.. HANTAR SMS JE

Dia ni orang kelantan lah. masa aku tengah tunggu kawan aku tuh dia tengok plat moto aku “D” jadi dia tahu la aku ni pun klantan so tak malu la dia nk tegur kan.. Dia nak pinjam fon nak call bini dia aku bagi laa tapi bini dia tak angkat .. Lepastu dia meseg .. Aku tanya dia nk pergi mana ?

Dia cakap nak balik kelantan sebab ayah dia sakit ..

Lepastu aku cakap la,

tak kan jalan kaki kot bang?

Dia cakap dia tawakal je mana tahu boleh tumpang lori tau bas yang nak ke kelantan jugak ..

BEKAS MARITIM SEBENARNYA.. INI KISAHNYA

Dia pun mula laa cerita kisah hidup dia ni . Dia dulu maritim . Tapi pencen awal sebab kena santau masa kerja dekat sarawak dulu .. Dia ade tunjuk ic/dengan kat pesara dia kat aku.. Sebab dia takut aku tak percaya..

DUIT ADA RM2.00 SAHAJA

Aku cakap kat dia kenpa abe Tak naik bas ? Dia cakap duit ada RM2.00 je sebab baru sebulan duduk Kuala Lumpur kerja pun tak dapat lagi.. Masa dia nak teruskan jalan kaki tu aku suruh dia naik dengan kawan aku . Aku hantar dia sampai bentong je sebab aku nak pegi arah lain . Kami hulur sedikit sumbangan dapatlah buat makan dengan tumpang bas sampai kelantan. Dia ni orang jati Pasir Mas..

Sekian.. Dalam kita susah ade lagi yang susah ingat tu geng

TAK SANGKA DAPAT BANYAK REAKSI POSITIF DARIPADA NETIZEN.

Assalamualaikum . Terima kasih semua yang mana prihatin tu. Saya tak mintak pun benda ni viral. Tapi dengan kuasa viral macam-macam bantuan dia buleh .. Saya tak dan nak reply komen sorang-sorang. Tapi saya baca semua. Alhamdulillah baik-baik belaka ..

Kebetulan saya ada disitu tadi jadi ape salahnya kalau saya tolong mana yang mampu. Dalam ramai-ramai orang yang tunggu dekat BHP tadi dia pegi dekat saya . Allah takdir dia memang untuk jumpa saya kot ..

Sekarang dia naik bas dah petang tadi. Semua selamat dah. Ayah dia sakit buah pingang adik dia bagitau saya .. Isteri dia kerja tebar roti canai kat setapak. Lokasi kedai saya tak pasti..

Rakan-rakan maritim dia pun ramai yang atnya kabar dia tadi. Saya tak tahu kenapa dia ambik keputusan untuk balik kelatan jlan kaki. Tapi berdasarkan waris dia cerita dia dia mampu nak kerja sebab sakit. Jadi duit takde nak pinjam segan . So tawakal mana tahu orang bgi tumpang. Setapak – BHP gombak jalan kaki 2 jam sebelum jumpa saya. Dengan keadaan lapar tak makan lagi. yang mana kecam saya, saya terima dengan hati terbuka . Salah tak mintak benda ni viral. Cuma tolong mana yang mampu saja . Terima kasih semua !

Diantara Komen – Komen Netizen

Ini no akaun beliau..saya pernah bekerja dengan beliau..seorang yang sangat baik dari tutur kata..mungkin sedikit sumbangan boleh meringankan sedikit beban beliau…Beliau terkena SANTAU hingga tak mampu untuk hadir bekerja dengan baik..😔😔😔..kali terakhir melawat beliau di sarawak ketika dia tak mampu lagi untuk berdiri kerana menanggung kesakitan..😭 – Nurhidayah AL

Ambo salute bro…. dalam rezeki kita ada rezeki orang lain….. #Respect – Mark Roy

Terima kasih kerana membatu yang memerlukan – Ahmad Razali Li

semoga dimurahkan rezeki ke dua2 yng menolong dan yg ditolong,kita rasa diri kita susah dah,tpi ada lgi insan lain lgi susah,jd bersyukurlah dengan apa yg ada rezeki yg allah bgi pada kita semua..inshallah.. – Ja’a Pip

kita memudahkan urusan orang laen . In Sya Allah . Allah akan memudahkan urusan kitaa . Kemahh bos 👏 – Schaa Syathirah Azmi

Sumber : Danial Hasif via Kuala Lumpur Viral

Diolah Oleh : Adam Hawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *