“Sekali Lagi. Last, Last”.. Tindakan Pemuda Melayu Suap Makan Warga Emas India Buat Ramai Netizen Sebak & Respek

0
1912

Dalam suasana ketegangan kaum dan agama di Malaysia, ramai menjadi kurang prihatin dan simpati dengan keadaan sesetengah rakyat yang mengharapkan perhatian dari orang lain.

Namun, seorang pemuda Melayu baru-baru ini menyentuh hati netizen selepas videonya menyuap seorang warga emas India makan viral di internet.

Video berdurasi 2 minit 53 saat itu dirakam di sebuah medan selera dan dimuat naik oleh akaun Facebook Tamils Media Malaysia pada 15 Februari lalu dengan caption “Respect abang melayu !!! Inilah namanya prihatin manusia tanpa kira agama dan bangsa …”

Di dalam video itu, pemuda Melayu berkenaan dilihat memegang sepinggan nasi bersama lauk pauk sambil tangan kanannya pula menyuap warga emas berbangsa India itu. Mengikut penampilannya, warga emas itu dipercayai seorang gelandangan dengan memakai T-shirt, seluar pendek dan hanya berkaki ayam.

Dia malah dilihat hanya tunduk malu dan hanya mengangkat muka untuk minum dan menerima suapan. Mesti dia sedih sebab tak sangka diberi layanan macam tu.

Warga emas itu juga dilihat menunjukkan isyarat tangan menandakan cukup, namun pemuda berkenaan tetap mahu menyuapnya makan. “Makan, makan. Kamu sudah makan belum? Belum kan?” kata pemuda itu sebelum menyuap makanan kepada warga emas berkenaan.

Selepas beberapa kali disuap dan minum, warga emas itu sekali lagi menunjukkan isyarat tangan kerana tidak mahu disuap lagi namun dia tetap menerima suapan makanan daripada pemuda berkenaan. Mesti dia lapar tapi dia malu

Warga emas itu mungkin tidak mahu dilihat tamak dan merendah diri. Pemuda berkenaan pula dilihat bergurau dengan orang di sekeliling dengan menawarkan mereka untuk disuap makan berkemungkinan bagi meyakinkan warga emas itu supaya makan jika tidak mahu makanan itu diberikan kepada orang lain.

Kemudian apabila mahu disuap sekali lagi, warga emas itu terus bangun dan mahu beredar. Pemuda itu masih cuba memujuknya untuk makan dan berkata, “Sekali lagi. Last, last. Tak mau?” tanya pemuda itu ketika warga emas berkenaan beredar dari meja.

Nama lelaki itu, lokasi medan selera dan tarikh video itu dirakam tidak dapat dikenal pasti namun n3tizen rata-rata tersentuh dengan pendekatan yang diambil oleh lelaki itu. “Awak adalah hero. Zaman sekarang Malaysia mempunyai banyak isu perkauman. Awak adalah contoh yang baik untuk semua rakyat Malaysia. Sikap kemanusiaan.” komen seorang pengguna Facebook.

Meskipun berlainan bangsa dan agama, ia tidak menghalangnya untuk menunjukkan sifat prihatin dan kemanusiaan kepada warga emas berkenaan. Tindakan yang dilakukannya memang wajar dipuji dan menjadi contoh kepada orang lain. Bravo bang! *tepuk tangan*

Tonton Video Di Bawah Ini:

RESPON NETIZEN SELEPAS MENONTON VIDEO INI:

Bro. Rasullullah juga suapkan makan pada yahudi buta yang kerjanya memfitnah baginda setiap hari. Suapan berterusan hingga baginda wafat. Makian yahudi buta tu keluar masa baginda suapkan makanan ke mulutnya setiap hari. Wallahhua’lam. Tahniah bro. – Abu Bakar

Ade jugak brader macam nie.. tolong share lokasi.. kite support kedai dia – Yogeswaran Sekhar

Now yu hero for me brother. .. malaysia skrg ada banyah isu berkauman. ..kamu satu contoh for all Malaysian. …kemanusiaan. .. – Kanna Kannan

ni orang, nama abu bakar, ini orang kenal sama diri,kenal sama tuhan betoi,tak mcm setengah melayu lain hanya kenal itu tuhan punya nama saja..sebab tu dia tak kisah jaga sama itu uncle,sebab bagi dia manusia semua sama,tak dak beza punya,,, dia sudah jaga ini uncle setahun,suap makan,kasi mandi hari-hari…tapi sekarang dia punya kawan mau rakam suka-suka saja…dia pon tak sangka mau viral…bukan baru sekarang dia jaga,tapi bertahun… kalau lakonan sudah lama dia sudah rakam.. 1 dalam sejuta ini orang – Taufiq Zubib

Inilah abang saya Haji Abu Bakar…beliau mmg pentingkan sifat setiakawan…Alhamdulillah,beliau berjaya berdakwah melalui akhlak – Khairul Nazmi

Sumber : Lobak Merah via Cokelat Putih
Sumber Vedio : Tamizhar Media 
(Disediakan Oleh : Adam Hawa)

Baca Juga Kisah Ini : ‘Dik, Bayar Untuk Diorang Sekali’

Pagi ini, saya pergi potong rambut. Tukang guntingnya berasal dari India dan berusia agak muda. Bayaran sebenar hanya RM12, tetapi hari ini saya bayar dia RM32 termasuk RM20 sebagai tip untuknya.

Dia agak terkejut, lalu saya memberitahunya, “this one you keep,” dan saya kata terima kasih kepadanya kerana mengunting rambut sebelum bergerak pulang ke rumah.

Semasa dia memotong rambut saya, tiba-tiba saya terfikir, berapalah sangat gaji dia dan berapa banyak duit yang dia hantar pulang ke kampungnya dengan kadar mata wang negara kita pada waktu ini? Dia ada isteri dan anak tak di negara sendiri? Dia dah bersarapan ke belum? Berapa nilai RM20 pada dia?

Baru tadi pula, saya makan tengah hari agak lewat di gerai kawasan Bukit Bintang ini. Saya ternampak dua anggota tentera dan dua anggota polis sedang makan bersama-sama dengan senjata di tangan.

Saya buka dompet dan tengok hanya ada RM20 sahaja. Saya beritahu pelayan yang saya nak pergi ke bank bersebelahan kedai sebentar untuk mengambil wang.

Balik dari bank, saya lihat mereka masih berada di situ.

“Dik, abang-abang polis dan tentera itu, mereka dah bayar ke belum?” soal saya pada pelayan gerai.

“Belum lagi bang,” balasnya

Lalu saya menyuruhnya kirakan sekali harga makanan saya dengan harga makanan mereka kerana saya mahu membayar untuk mereka. Lagipun, berapalah sangat harga makanan yang mereka makan. Total hanya RM30 untuk mereka berempat.

Setakat RM30 itu, cukup ke untuk kerja yang mereka lakukan yang melindungi nyawa orang lain dan bahayakan nyawa diri sendiri? Boleh ke duit itu membeli nyawa mereka kalau mereka mati? Jadi apa maksud RM20 atau RM30 itu untuk saya? Ia hanya satu nilai di atas sekeping kertas.

Sudah 31 tahun saya hidup dan katakan tiba-tiba kalau saya mati esok, kertas itu tidak akan bagi apa-apa manfaat pada saya. Saya mengaku saya tidaklah berduit sangat tetapi apa yang menghalang saya dari memberi? Apa yang membuatkan kita berfikir dengan hanya membuat duit, simpan dan kumpul bertan-tan duit dan selepas itu digunakan untuk diri sendiri akan membuatkan kita bahagia?

Duit itu boleh menjamin hidup kita kekal ke? Sudah tentu tidak! Kalau hari ini saya tidak menghabiskan RM50 ini untuk orang lain, saya mungkin tengah minum di pub dan enjoy. Mungkin pergi beli baju berjenama yang baru, makan malam di Tony Roma’s ke, minum di Starbucks ke, paling tidak pun isi minyak kereta sampai penuh.

Tetapi cuba fikirkan betul-betul, itu saja ke yang penting dalam hidup kita? Hidup ini hanya tentang diri kita sahaja ke? Bukan ke kita semua ini manusia dan hidup untuk matlamat yang sama? Jadi kenapa nak kedekut sangat?

Hari ini, RM50 yang saya keluarkan tidak membuatkan saya hilang senyuman, rasa lapar atau sedih. Saya juga tidak menyesal dan pastinya saya tidak akan jatuh miskin. Apa yang saya hilang, saya sentiasa boleh dapat semula.

Perkara ini membuatkan saya sedar tentang apa yang kita ada hanyalah satu nilai di atas kertas. Tetapi kalau kita letakkan nilai kertas ini pada diri kita sendiri, barulah hidup ini benar-benar berbaloi. Hidup ini bernilai, hanya kalau kita ada nilai.

Di akhir hayat, semua yang kita ada adalah semua yang kita pernah berikan. – Jagdish Singh | PIXELMEDIA

Kredit : The Reporter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here