Identiti Sebenar Warga Thailand Yang Sanggup Gadai Tanah Untuk Bantu Rakyat Malaysia Kini Didedahkan

0
4398

KUALA LUMPUR: Di sebalik kesempitan dihadapi rakyat Malaysia yang terkandas di Krabi, Thailand, terselit kisah kemurnian hati seorang warga Thailand yang sanggup mencagarkan geran tanahnya bagi membolehkan Abd Wahab Yahaya, 56, diikat jamin.

Difahamkan, mengikut undang-undang di negara berkenaan, pesalah warga asing perlu membayar ikat jamin selain perlu ada jaminan orang tempatan dengan mencagarkan geran tanah atau rumah bagi memastikan individu yang ditahan tidak keluar dari negara itu.

Hanya dikenali sebagai Haji Ismail, keluarga Abd Wahab mengenali lelaki berkenaan pada 18 Disember lalu, malam sebelum kejadian, ketika menjamu selera di restoran milik warga Thailand itu.

Amirun Abd Wahab, 21, anak kepada Abd Wahab, berkata dia bersama seorang adik dan ibu bapanya makan di restoran selain sempat berborak selama dua jam dengan lelaki Melayu yang berasal dari Patani itu.

“Pada malam berikutnya bapa terbabit dalam kemalangan, kemudian pada 27 Disember bapa pergi ke balai polis berhampiran, namun anggota polis meminta bapa untuk menyediakan seorang penterjemah.

“Bagaimanapun, penterjemah yang biasa kami gunakan khidmatnya tidak dapat hadir, sebelum bapa meminta untuk berjumpa dengan Haji Ismail. Lelaki itu bersetuju dan menemani bapa ke balai polis seterusnya dibawa ke mahkamah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelah kiri ni adalah Hj,Ismail owner restaurant madina makanan muslim di area aonang beach. Dia ni lah orang yg sanggup gadai gran tanah kepada jaminan pak wahab

Beliau berkata, ketika di mahkamah, bapa diarahkan untuk membayar ikat jamin sebanyak 120,000 bath (RM15,379), namun syarat untuk dibebaskan memerlukan seorang warga tempatan meletakkan geran tanah atau rumah sebagai cagaran bagi memastikan bapanya melunaskan pampasan kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia sebelum meninggalkan negara berkenaan.

“Pada awalnya Haji Ismail tidak mengetahui perkara itu kerana hanya menemani bapa ke mahkamah sebagai penterjemah bahasa, namun dia kemudiannya bersetuju untuk mencagarkan geran tanahnya sebelum dia ke pejabat kerajaan di sebelah bangunan mahkamah.

“Ketika urusan mendapatkan geran dan menyerahkan borang ikat jamin diselesaikan, bapa ditempatkan di lokap. Sebaik selesai proses ikat jamin dan cagaran geran tanah milik haji itu, bapa dilepaskan kira-kira jam 4.30 petang,” katanya.

Amirun berkata, dia sangat bersyukur kerana Haji Ismail sanggup membantu keluarganya walaupun tidak pernah mengenali dan tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan lelaki itu.

“Tanah milik Haji Ismail berisiko untuk ditarik kerajaan Thailand sekiranya kami tidak dapat membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

“Jumlah pampasan akan ditentukan ketika perbicaraan di mahkamah pada 9 Januari depan, namun sehingga kini kami difahamkan keluarga berkenaan menuntut sebanyak RM200,000,” katanya.

Sebelum ini, Abd Wahab dilaporkan terkandas di Krabi, Thailand selepas motosikal ditunggangnya bersama isteri terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan seorang pejalan kaki warga Thailand maut ketika bercuti di pusat peranginan berkenaan.

Sumber Artikel: BHARIAN ONLINE via Kuala Lumpur Viral

Berita Terdahulu : Passport ayah dipegang pihak Thailand.Perlu RM200,000 untuk pulang.

PASANGAN suami isteri yang kemalangan di Thailand, mungkin terpaksa menjual rumah mereka di Rawang, Selangor, selepas keluarga kepada warga Thailand yang meninggal dunia dalam kejadian itu menuntut pampasan RM200,000.

Dalam kemalangan pada 10 malam 19 Disember lalu, Abd Wahab Yahaya, 56, dan isterinya, Junaidah Muhammad Said, 45, dikatakan bertembung dengan pejalan kaki ketika menunggang motosikal di Jalan Aonang, dekat Krabi, Thailand.

Mengikut undang-undang di negara berkenaan, penunggang motosikal atau pemandu kenderaan akan dipersalahkan jika kemalangan membabitkan pejalan kaki.

Anak kepada pasangan itu, Amirun Aziz Abd Wahab, 21, berkata, dia sekeluarga kini buntu untuk menyelesaikan pampasan berkenaan, lebih-lebih lagi dengan keadaan bapanya yang p4rah dan masih dirawat di Hospital Krabi, Krabi.

“Dalam kejadian itu, ibu dan bapa saya peπgsan. Mama mengalami gegaran pada otak dan mengalami hilang ing4tan sekejap.

“Bapa pula p4tah tulang rahang, pipi kanan dan hidung selain pendar4han pada mata.

“Berdasarkan laporan polis, bapa dipersalahkan dalam kejadian itu dan menurut undang-undang di negara itu, bapa perlu bertanggungjawab. Keluarga warga Thailand yang mennggal dunia menuntut pampasan RM550,000 sebelum jumlah itu dikurangkan kepada RM200,000 selepas perbincangan dengan peguam dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Amirun Aziz berkata, bapanya kini masih dirawat dan baru selesai menjalani pembedahan di negara berkenaan serta tidak dibenarkan pulang selagi proses perbicaraan di mahkamah tidak selesai dan ia dijangka akan dibicarakan pada 9 Januari depan.

“Malah, pasport bapa berada di tangan pihak berkuasa Thailand. Dalam keadaan kesihatan bapa yang teruk, saya sekeluarga mahu bapa dibawa pulang secepat mungkin ke negara ini memandangkan ibu sudah dibenarkan pulang .

“Bapa tidak dibenarkan pulang kerana dia yang menunggang motosikal dan perlu bertanggungjawab untuk perbicaraan serta menjelaskan tuntutan kepada keluarga mangsa.

“Saya sekeluarga kini sedang mempertimbangkan untuk menjual rumah bapa di Rawang untuk menampung tuntutan berkenaan. Saya meminta jasa baik rakyat Malaysia untuk mengurangkan beban ini dengan menghulurkan sedikit bantuan kewangan.

“Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank saya 162713016800. Segala jasa baik semua saya dahulukan dengan ucapan terima kasih,” katanya.

Baru Kenal Tak Sampai 2 Jam Tetapi Sanggup Jadi Penjamin Dan Cagarkan Harta.. Subhanallah.

Assalamualaikum kepada semua rakan2 sedikit info kes V1ral Kemalangan di Krabi.

Ketika semua orang di Malaysia berseronok untuk menyambut kedatangan tahun baru 2019 pada tengah malam ni tetapi lain pulak cerita En, Abdul Wahab yg terpaksa kesedihan utk memikirkan tentang nasib beliau yg kem4langan pada 19/12/18 di Krabi.

Sy bersama Abg Zakrozen Wazir (Group Harley BigBike Malaysia) sempat juga pergi menziarahi En,Wahab utk bertanya status keadaan beliau di krabi, Alhamdulillah En,Wahab dalam keadaan sihat walaupun dlm keadaan yg sangat menyedihkan beliau hanya boleh makan menggunakan jarum straw utk dimasukan dlm mulut yg ditutupi rapat dengan besi & getah disebabkan rahangnya p4tah.

PERLU JAMINAN WARGA TEMPATAN ( THAILAND )

Menurut En,Wahab beliau di ikat jamin sebanyak 120k Thai Bhat & perlu ada jaminan orang tempatan thai utk letakkan geran tanah atau rumah sebagai jaminan beliau daripada pihak makamah sekiranya di ikat jamin duit sahaja tidak lagi memenuhi syarat tersebut.

Kenal Tak Sampai 2 Jam ..

Di sebalik cerita tersebut, yg sy paling menyentuh hati adalah ada orang thailand yg baru kenal x sampai 2 jam sanggup menggadaikan tanah kepada En,Wahab sebagai jaminan beliau, kalau di ikutkan hamba Allah tersebut tiada apa2 kaitan persaudaraan pun dgn en, Wahab tetapi dia sanggup buat begitu kalau dia x bgi geran tanah tersebut en,wahab akan ditahan didalam l0kap thailand di Krabi, Allah anda semua bayangkan keadaaan dia yg p4tah 3 tempat di kawasan muka dgn dia pula sakit kencing manis yg perlu makan ubat tiap2 hari dengan menggunakan straw jarum hospital.

Disini sy dpt rasakan yg ketentuaan Allah itulah yg paling berkuasa melainkan manusia, dalam kita mengharapkan org lain Allah menghantar org lain yg sanggup gadaikan nilai yg x semua org sanggup buat begitu.

Pada 3 Januari 2019 ni en,Wahab akan dinaikan di makamah krabi utk kes perbicaraan beliau di krabi.

Pihak keluarga si m4ti tersebut meminta pampasan yg x masuk akal sebanya 3.6M Thai Bhat kepada en,wahab walupun siasatan belum putuskan lagi beliau bersalah. Dengan bantuan org malaysia & Konsul General Malaysia di Songkhla akan pergi bersama en,wahab ke perbicaraan beliau nanti.

Sy disini menyeru semua rakyat malaysia dapat bersabar banyak2 dan jaga emosi masing2, kita berserah kepada Allah sahaja menentukan kes pakcik Wahab diringankan dan dipermudahkan.

Untuk bantuan kewangan dan sebagainya boleh berhubung terus kepada menantu lelaki Pakcik wahab Izwan Yahaya di Krabi.

Sy ingin meminta kepada semua yg membaca posting sy berkenaan kes kemalangan Pakcik wahab disharekan sebanyak mungkin mana nak tahu dalam kesempitan tersebut ada Hamba Allah yg ingin menghulurkan bantuan kepada beliau. Sekurang2 nya kita bantu utk share berita sebegini utk peringatan kepada semua pelancong2 dari malaysia yg datang Thailand.

Sekian laporan daripada sy Yeid Farid Agent Travel Thailand di Krabi.

Sumber 1: Hmetro
Sumber 2: Yeid Farid

Kredit : Real Merah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here