Dalam Bank Ada RM10, Dalam Beg Ada RM3. Ya Allah Permudahkanlah Rezeki Ku Dengan Amalan Zikir Ini

0
11534

Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.

Mungkin kita lupa. Sebenarnya rezeki tidak mahu mendekati kita. Rezeki seolah-olah takut dengan kita. Yang kita perolehi sedikit itu mungkin ihsan daripada Allah SWT kepada kita. Oleh itu, di sini dinyatakan beberapa zikir yang mampu menggamit rezeki untuk kita sama-sama amalkan.

Zikir ini tidak perlu bayar dan percuma. Hanya perlu bekerja menggunakan bibir kita sahaja. Sesungguhnya bibir kita mampu menggamit rezeki Allah jika kena caranya. Bacalah bila-bila masa sahaja, waktu malam, waktu pagi, waktu petang dan sebagainya.

1.Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas

Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.(HR. At-Tabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqi’ah

Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan beristighfar

Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga.(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Sumber: www.karteldakwah.com

2 Amalan Rasulullah Ajar Bantu Anda Keluar Dari Kesempitan Hidup, Tapi Ramai Yang Tak Ambil Peduli..Jom Amalkan..

Meneruskan kehidupan di zaman sekarang ini amat berat cabarannya, terutama soal kewangan. Bekerja siang malam, demi kelangsungan hidup. Tapi ada juga yang hasilnya cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rupanya ada 2 rahsia amalan Rasulullah SAW yang membantu anda keluar dari kesempitan hidup.

Setiap rezeki ini sebenarnya atas sandaran dan keberkatan dariNya. Video yang dikongsikan oleh Penerbit, Content Creator, Vlogger, Sujimy Mohamad yang menemubual Ustaz Hasbi Hassan, Presiden Singapore Islamic Scholars & Religious Teachers Association (PERGAS) menghadiahkan amalan untuk membantu seseorang keluar dari segala kesempitan hidup malah dilapangkan rezekinya. Insya-Allah.

2 Amalan Untuk Keluar Dari Kesempitan Hidup

Ini amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada seseorang yang datang mengadu padanya tentang hidupnya yang dirundung kesempitan hidup.

1. Beri Salam

Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah SAW minta kita beri salam.

“Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh”

Maksudnya: “Semoga keselamatan, keberkahan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai Anda/kalian.”

Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada diri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.

“Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh”

Maksudnya: “Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.”

2. Baca Surah Al-Ikhlas

Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah s.a.w bacalah surah Al-Ikhlas.

Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas

1 kali – Dirinya akan diberkati.

2 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.

3 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.

“Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak bergaduh, tak berbalah. Itulah keberkatannya.”
Kisah Orang Yang Mendatangi Rasulullah SAW
Selang beberapa waktu, selepas orang itu mengamalkan apa yang Rasulullah SAW ajar, dia datang kembali kepada Baginda dan memberitahu hidupnya sudah berubah.

Kalau dulu sempit, sekarang jadi lapang. Dulu susah, sekarang jadi senang. Dulu rezekinya sempit, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangganya. Mereka pun mendapat sama keberkatan yang diamalkan.

Tapi masa yang sama seseorang perlulah BERUSAHA. Maksud daripada amalan tersebut. Allah tunjukkan jalan-jalannya. Macam mana nak lapangkan kehidupan, kita kenalah berusaha. Bukan bermakna Rasulullah s.a.w ajar kita tak buat apa-apa atau berpeluk tubuh saja. Bukan begitu.

Perubahan Hidup Seseorang Dari Seberang Tambak
Seseorang dari Seberang Tambak pernah bertemu Ustaz Hasbi. Waktu itu dia berhadapan masalah yang sama. Hidupnya susah, rezekinya sempit. Macam-macam problem dihadapi. Beliau beritahu tentang amalan ini padanya. Dia amalkan dan selang beberapa bulan, orang itu bertemu kembali Ustaz Hasbi menyatakan perubahan yang dialami.

Begitulah dalam meniti kehidupan ini, berusahalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan banyak membaca surah Al-Ikhlas.

Video Amalan Lapangkan Kehidupan & Luaskan Rezeki

Sumber/Video/Foto: Sujimy Mohamad Official Page, via mingguan wanita via citesantai.info

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here