“Adik Aku Minta Maaf Sebab Panggil Dia Abang”. Kisah Agong Menyamar Jadi Rakyat Biasa Yang Tak Pernah Diceritakan

0
3279

Siapa Sebenarnya Sultan Kelantan yang selama ini DIRAHSIAKAN.

Mengalir Air Mata Rakyat Tengok YANG DIPERTUAN AGONG Kita Yang baru Letak Jawatan Ini.

Pepatah menyebut ‘Raja yang adil/baik raja disayangi rakyat, raja yang zalim lagi keji raja dibenci.’ Peribahasa ni aku dah ubah.

Hari ni aku bercerita tentang sultan, sultan yang menjadi kesayangan rakyat, siapa lagi kalau bukan putera Sultan Kelantan yang sudah dinobat menjadi sultan Kelantan tidak lama dulu. Sebelum ni mana pernah aku kisah pun pasal sultan. “Hadoo aku kesahh?”

‘Perkongsian Status Kawan FB Aku’

” Ada cerita disebalik peristiwa Sultan Kelantan ini. Ya, macam orang biasa. Adik aku kawan kepada seorang tentera ada kat situ. Dah duduk-duduk baru ada yang perasan tu Sultan, minum kopi dalam cawan polisterin dan dia duduk sebelah adik aku.

” Adik aku tanya, abang dari mana. Dia jawab, dia orang sini. Lepas berbual lama baru tahu itu Sultan. Adik aku minta maaf sebab panggil dia abang. Dia peluk jer adik aku..

” Bila dah tahu Sultan, Mejar tak pandai dah nak arah. Sultan duduk dalam kumpulan sukarelawan.

” Ini mesej dari kawan. Baikkan Sultan Kelantan, sanggup turun padang senyap-senyap…”

Sementara itu, kisah yang diceritakan di atas cuma sebahagian cerita yang pernah tular tentang peribadi mulia Sultan Kelantan.

Kenapa kelantan?

Aku kan orang pahang. Ceritalah sultan Pahang ke, yang Dipertua Negeri.Sembilan ke? At least atuk sebelah abah aku asal Negeri Sembilan? Tidak. Tidak. Aku takkan bercerita tentang sultan negeri lain, hatta negeri Pahang yang kecoh dengan kontroversi.

Jauh sekali nak cerita pasal Sultan negeri Johor, Selangor atau maca-macam negeri lain lagi. Hanya Sultan Muhammad V Kelantan yang bertahta dihati, iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra yang ingin aku perkatakan. Kenapa? Sebab dia disayangi dan disukai ramai org bukan hanya dari kelantan malah rakyat dari negeri lain termasuk aku.

Banyak yang aku baca tentang Tuanku Muhammad Faris Petra ni. Selain rajin imamkan solat, baginda jugak rajin melawat rakyat-rakyatnya, sempoi dan penuh sederhana. Tak menyombong diri mahupun berlagak. Wajahnya saja dah terpamer jiwa kerendahan budi, Insyaallah.

Setakat ni kita tak mendengar cerita-cerita negatif tentang baginda (kecuali tentang perkahwinan dengan gadis Rusia, itu pun ikutkan cerita positif sebab mendirikan masjid), dan sememangnya kita tak mahu mendengarnya. Apa yang boleh aku katakan, alhamdulillah dikurniakan Sultan yang begini. Tuanku Muhammad Faris Petra satu dalam seribu Sultan.

Beruntungnya kelantan memiliki ulama yang disegani seperti Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan ramai lagi ulama dan guru agama, begitu juga Sultan yang baru ini, penuh budi-pekerti merendah diri. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kasih-sygNya kpd para ulama dan sultan seperti baginda walau dimana jua berada.

Sedikit Info mengenai baginda, ahir pada 6 October 1969. Hensem pula orangnya tu. Mudah membahasakan diri SAYA atau KITA, adalah putera sulung. Pernah mendirikan rumahtangga tetapi jodoh tidak panjang, baginda tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama isteri.

Baginda menukarkan laungan “Daulat tuanku” kepada “Allahuakbar” supaya rakyatnya mendapat pahala apabila melaungkan laungan tersebut. Gambar ketika muda yang tu adalah ketika ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.

Baginda menjawat jawatan itu sehingga 13 September 2010 sebelum Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke- 29. Mulai 13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk satu penggal (5 Tahun).

Baginda dikenali sebagai seorang Raja Melayu yang warak, mesra rakyat dan mengutamakan Agama Islam dalam setiap hal.

Setakat tu dulu info mengenai baginda, kalau ada aku tambah lagi. Bukan dah tak ada tapi penat so, nk berehat seketika bersama kit kat. Oh ya, baginda jugak suka pakai jubah. Yerlah, raja-raja, anak raja, dan orang-orang kebanyakkan macam kita mana suka selalu berjubah ni. Aku tahu pun melalui apa yang ditulis oleh media dan gambar-gambar sebagai bukti.

sumber : ohkisahtentangkita via newscoviral

Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz melalui kenyataan media Istana Negara hari ini.

Dalam kenyataan itu, turut dinyatakan bahawa baginda berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan.

Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016.

Baginda menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dari Kedah.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan ketua negara menggunakan sistem penggiliran yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Sultan Muhammad V bercuti sejak Nov lalu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan yang berakhir 31 Dis lalu.

Perkembangan terbaru ini mengesahkan khabar angin yang mula tersebar minggu lalu.

Berikut merupakan kenyataan penuh Istana Negara:

“Bagi menjujung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini lstana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

“Sepanjang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Baginda telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua Negara, berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang telah memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV bermula 13 Disember 2016.

“Baginda juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah memberi kerjasama dalam mentadbir negara. Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Baginda amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang telah dicurahkan kepada Baginda dan negara selama ini.

“Kepada rakyat Malaysia, KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat ini supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.”

sumber : malaysiakini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here