Cium Anak Dapat PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dapat bahagia SELAMANYA

Fadhilat Cium Anak

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

ii) Fadhilat Cium Suami

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau di kucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami dan dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat Mencium Iisteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Kesimpulannya: Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak diamalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota :Rugilah mereka yang sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri.. JANGAN BERCIUM DITEMPAT AWAM

Credit : Ustaz Sayuthi

Baca Juga : Lelaki Ini Jumpa Ustaz Dan Tanya Bagaimana Untuk Menjadi Suami Dan Ayah Yang Baik. Apa Yang Ustaz Ebit Lew Beritahu Buat Lelaki Ini Menangis

Sebak di airport tadi jumpa beberapa orang dapat berkongsi nasihat. Ada seorang abang ini baik sangat orangnya. Beliau menangis tanya soalan bagaimana ingin menjadi suami dan ayah yang baik.

“Beliau menangis bantu saya ustaz… Saya ingin bawa isteri dan anak saya masuk syurga. Ustaz selalu kata kita isteri dan anak cermin diri kita..saya terlalu sayangkan isteri dan anak-anak saya..”

Allah sayang abang. Saya suka bila seorang ayah dan suami menangis kerana ingin menjadi yang terbaik untuk keluarga. Abang penatkan. Kesian abang. Begitulah isteri abang..

Pertama. Kita suami setiap hari solat 2 rakaat taubat minta petunjuk dan pertolongan Allah. Minta ampun kerana kurangnya kasih sayang dan didikan kita pada keluarga..

Kedua hidupkan amalan Talim dalam rumah setiap hari. Rumah kita dipenuhi para malaikat. Anak isteri kita dapat sifat Taat dan kasih sayang.. bimbing mereka dengan baik..

Ketiga bawa keluarga solat fardhu awal waktu. Ajak solat tahajud. Anak hari ini mereka rindu dua perkara kasih sayang mak ayah. Dan kasih Sayang Allah.. Bawa isteri dan anak jaga solat dan sujud pada Allah. Allah sayang abang. Kami berpelukan dan beliau menangis.. Kita semua rindu dan cinta sebenar.. cinta pada Allah.

Keempat dirumah haramkan perkataan menghina atau merendahkan. Selalu beri pelukan dan suap makan. Dengar cerita isteri dan anak kita. Mereka rindu ayah mereka. Isteri kita sunyi rindu suami mereka.. Allahuakbar. – EBIT LEW